Bismillah
Minggu lepas, selepas daftar keluar dari Colmar Tropicale, kami ke Bentong. Hajatnya nak ke Bukit Fraser, tapi macam malas pula sebab nak hujan. Nak makan lemang Tok Ki pun macam kenyang lagi sebab kami duduk di La Bloson Café sampai dekat pkul 10, makan sambil meneman suami saya uruskan hal pejabat sikit.
Akhirnya kami Google saja apa yang menarik di Bentong ni dan salah satunya keluarlah cerita pasal ais krim ni.
Tak susah pun nak cari kedai ni. Dari lebuhraya, cari Hentian Raya Bentong (stesen bas Bentong) di sebelah kiri. Bila dah nampak, terus bagi signal ke kanan. Anda akan nampak satu kedai tayar dan ada deretan kedai yang bermula dengan Hong Leong Bank. Kedai Kopi Kow Po ni terletak sebelah Hong Leong bank. Senang kan!
Walaupun kedai ni kedai kopi Cina, tapi mesti anda kagum sebab yang datang ke kedai ni tak kira bangsa dan agama. Kebersihan pula memang bersih tahap A. Saya sendiri ke bahagian dapur kedai ni dan tengok kedai mereka sangat bersih. Lantai berkilat!
Sebaik masuk, kami disapa oleh seorang uncle yang sangat ramah. Kami rasa dia adalah pemilik kedai ni. Siap cadangkan menu yang menarik. Macam-macam ada. Cendol, banana split dan macam-macam lagi. Yang penting, ais krim yang ada kat kedai ni lah. Suami saya ambil cendol dengan ais krim pandan dan saya ambil cendol dengan ais krim peanut butter.
Menangis
Sebab sedap.
Ais krim dia memang sedap!
Harga dah tolak tepi sebab sedap. Hahahahah! Tapi cendol saya tu lebih kurang RM4.50 je.
Lepas makan cendol ais krim di Kedai Kopi Kow Po, kami terus termenung- Nak jalan-jalan lagi ke atau nak balik KL? Hari nak hujan~
Akhirnya kami memutuskan untuk balik ke KL sahaja dan sampai di rumah lebih awal. Rehat saja sebab esoknya dah nak kerja. Hahahahha!
Tapi sebelum sampai ke rumah, suami saya buat satu kajutan. Dia tahu saya kecewa sebab tak jumpa durian Bentong dan Raub, akhirnya kami singgah di Durian SS2 untuk makan buffet durian! Yeay! Thanks babang!
Maka berakhirlah percutian sempena ulangtahun perkahwinan kami. Terima kasih abang sebab bawa D jalan-jalan, dengar D karok dalam kereta dan dengar D jerit "durian-durian-durian" all the way from Bentong to KL
Semoga kita terus gembira walaupun kita semakin tua.
Amin.
Dhiya
No comments