Bercuti di Colmar Tropicale Bukit Tinggi Julai 2017


Bismillah..

Minggu lepas kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-?. Usia perkahwinan yang masih muda. Kami masih bertatih dalam kehidupan berumahtangga ini. Kami masih tak sempurna dan memang tak sempurna. Tapi kami sedar yang kami perlu berusaha untuk memberi yang terbaik.

Kebetulan tarikh 31 Julai tu memang jatuh pada hari Ahad. Kami pun sepakat mengambil cuti pada Isnin 1 Ogos untuk ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi.
Kenapa Colmar Tropicale Bukit Tinggi?
Sebab kami mahukan kelainan untuk ulangtahun perkahwinan kali ini. Hotel lain, ikut tangkap muat terasa terlalu mainstream dan kali ini kami mahukan sesuatu yang ada tema.

Colmar Tropicale terletak di KM48 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur menghala ke Pahang. Kalau dari KL, lebih kurang 40 minit saja untuk sampai ke lokasi. Hari Ahad tu, kami gerak dari rumah lepas solat Zuhur sebab dekat. Hhahaha!

Sebaik sampai di pintu masuk, kena bayar RM15/pax sebagai yuran masuk. Tapi bagi yang mendaftar masuk, bayaran itu akan dikembalikan semula sebaik kita daftar keluar nanti.

Kami daftar masuk ke blok Heliconia, bilik deluxe di tingkat satu dan yang paling awesome, bilik kami menghadap padang golf yang luas terbentang dan sangat cantik! Bilik yang menghadap kawasan dalam hotel pun cantik juga dengan pemandangan lampu-lampu yang bergemerlapan, tapi agak bising terutamanya kalau malam minggu.
Bilik kami. Colmar ni pelik sikit. Twin sharing room lebih murah berbanding queen bed room. Pandai laa depa buat duit~
Tapi tak apa...Semua bilik kat sini cantik-cantik. Paling seronok, bukak tingkap balkoni je, dah dapat rasa angin segar. Bilik ni juga boleh pilih samada nak guna kipas angin atau pendingin hawa. Kami tak buka langsung pun sebab suasana di situ memang dah sejuk!
Pemandangan luar dari katil~
Inilah pemandangan penuh dari balkoni bilik kami. Cantik sangat Masya Allah!
Petang tu kami jalan-jalan sekitar hotel. Jujurnya tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar hotel ni. Kalau nak beraktiviti, kena ke kawasan lain; seperti ke Taman Jepun, taman haiwan dan adalah beberapa tempat lain. Tapi kesemua tempat ini kena gunakan servis bas pengantara yang akan membawa anda naik ke kawasan tersebut. Bas ni boleh didapati di kawasan depan hotel, dan ada jadualnya. Bas paling awal jam 10 pagi dan bas terakhir pada jam 4.45 petang.

Tapi memandangkan kami dah pernah pergi ke semua tempat tu, kami hanya berjalan di sekitar hotel saja menikmati pemandangan bangunan hotel ala-Prancis yang unik dan cantik.

Cantik kan? Memang tak sempat nak bosan pun sebenarnya! Tapi bagi mengisi masa, pihak hotel ada menyajikan persembahan setiap hari di pentas terbuka yang terletak berdekatan dengan water fountain.
Kami memang tunggu persembahan pukul 7 dan 10 malam. Saja nak hiburkan diri.
Lepas solat Maghrib, (kat sini tak boleh solat Jamak Qasar, ya! KL-Bukit Tinggi dekat saja~), kami turun ke bawah untuk makan malam. Untuk pengetahuan, di sini ada beberapa restoran dan kedai roti ala Perancis tapi harga memang boleh tahan mahalnya. Macam kami, kami pilih untuk makan pizza sebab dah alang-alang, nak lah merasa dilayan ala-Perancis!
Simple anniversary celebration. Pizza dia sedap!
Malam tu kami berjalan-jalan di sekitar hotel saja. Pemandangan malam di sini sangat cantik sebab ada lampu-lampu yang memberikan impak cahaya. Pukul 10 malam, kami sekali lagi menonton persembahan sebelum naik ke bilik untuk tidur.

Colmar Tropicale kalau malam weekdays agak sunyi dan tenang. Orang pun tak ramai. Kalau malam minggu, kawasan tengah tu dah macam pasar malam. Bising. Sebab tu saya rasa bilik yang menghadap kawasa tengah tu tak seronok kalau malam minggu bagi pasangan yang mencari ketenangan
Pemandangan Maghrib di Colmar Tropicale. Langit tanah tinggi ni cantik sangat Masya Allah! Kami rasa hotel ni memang kami yang punya sebab orang tak ramai langsung. Local memang almost tak ada. Yang kami jumpa pun, mungkin orang yang ambil cuti macam kami dalam 2-3 pasangan, dan ada sepasang newly wed couple. Yang lain kebanyakannya orang Timur Tengah.
Pemandangan malam. Nampak tak betapa tak ramainya orang di situ sampai adik yang jual ais krim ni Nampak macam tak ada kerja!
Restoran pun lapang dan tak ada barisan menunggu. Jadi nasihat saya, kalau nak datang ke sini, daftar masuklah pada hari Ahad dan daftar keluar pada hari Isnin.
Saya sebenarnya pernah sampai ke sini beberapa tahun dulu atas urusan kerja di hujung minggu. Memang tak seronok sebab padat dengan pengunjung. Nak bergambar pun susah.
Pagi Isnin, kami bersarapan di La Bloson Café yang terletak di belakang pentas terbuka. Makanan di sini tak berapa banyak variasi, tapi saya suka omelette dan pastries mereka. Mungkin inilah kekuatan dan keistimewaan mereka. Overall ok sebab sekurang-kurangnya mereka menyediakan sarapan pagi untuk kami yang berada jauh dari gerai nasi lemak tepi jalan ni.
Bubur ayam panas dimakan sambil angin sejuk bertiup manja
Selepas sarapan, kami bersiar-siar lagi menagmbil angin pagi di sekitar kawasan hotel. Kali ni kami tak terjun ke dalam kolam renang kerana tak mahu kesejukan dan rasanya aktiviti kolam renang di sini bukanlah aktiviti yang popular
Selepas itu, kami balik ke bilik dan berehat sambal mengemas untuk daftar keluar. Overall percutian satu malam kami di sini sangat indah tanpa gangguan. Seronok sebab dapat lari dari kesesakan bandar walau sekejap.

Sedikit tips:

1. Bayaran masuk RM15 seorang. Kalau daftar masuk untuk hotel, wang tersebut akan dikembalikan semasa daftar keluar nanti.
2. Colmar ni ada banyak jenis bilik pada harga yang berbeza. Sila semak di laman web mereka atau mana-mana booking website.
3. Makanan agak limited di sini. Siapa yang kuat makan tu, bawalah mi segera atau roti atau apa saja yang tak perlu dimasak. Memasak adalah dilarang di dalam bilik hotel
4. Bawa duit siap-siap. Kat atas sana tak ada mesin ATM
5. Kalau nak ke taman Jepun, tunggulah bas awal supaya boleh luangkan masa lama sikit di atas sana. Kalau ambil bas pukul 4.30 petang, sampai atas je dah kena turun balik sebab bas akhir dah panggil

Sekian dulu cerita percutian kami. Insya Allah more to come on September. Yang nak provide accommodation kat Kedah tu mana? Sila mengaku~

Dhiya

1 comment

  1. Seronoknya kalau dapat bercuti dengan orang tersayang mcm ni..

    ReplyDelete