Pernah Tak Anda Menangis Untuk Negara?


Bismillah

Merdeka dah dekat.

Dulu-dulu masa di sekolah rendah, bila masuk bulan Ogos- Mulalah cikgu kalut untuk buat kempen bulan kemerdekaan. Cikgu suruh masuk lakonan, masuk. Cikgu suruh masuk sajak, masuk. Cikgu suruh masuk nyanyian, lakonan, semualah masuk tanpa faham pun apa sebenarnya yang cikgu kalutkan sangat ni. Tapi sebab budak-budak, tau nak seronok je- Kita pun enjoy je lah!

Tapi bila saya makin dewasa, perlahan-lahan saya makin faham kenapa cikgu buat semua tu, kenapa kena ada iklan merdeka di tv, kenapa perlu rentang dan pacak bendera Malaysia.
Sewaktu saya belajar di KISAS, ada satu program. Dalam program tu, ada satu slot di mana seorang fasilitator tanya soalan:

"Apa beza Israel, Yahudi dan Zionis?"

Saya tak boleh jawab. Saya tak peka. Saya tak cakna. Tapi mulai hari tu, saya banyak tanya orang dan belajar tentang isu mereka dan berkait-kaitlah dengan kenapa kita perlu hargai negara kita. Dan sejak dari itulah saya mula menghargai apa yang saya ada di tanah air ini termasuklah makan minumnya, peluang belajarnya dan paling penting, keamanannya.
Pernah tak saya menangis untuk negara?

Jawapannya ya!

Kenapa?

Entahlah. Tak boleh nak diterangkan kenapa. Cuma rasa beruntung tu buat kita rasa sebak kalau nak dibandingkan dengan orang yang terpaksa mengemis untuk sedikit makanan dan keperluan hidup. Kalau tengok berita pasal isu Palestin, lagilah rasa menangis. Menangis sebab kasihan, marah dan bersyukur bila kaitkan balik dengan kehidupan di Malaysia.

Masa saya duduk di Korea dulu, kami merasalah juga jiwa bara patriotism ni. Rasanya memang lain macam. Terasa ada spirit, pride dan chin up yang lebih berbanding di Malaysia. Kenapa? Kami hanya 10 orang di sana, berbilang bangsa- Melayu, Cina dan India. Nak taknak kami memang bergerak bersama sebab ini bukan Malaysia yang boleh kita buat macam rumah sendiri. Kami juga dah macam duta kecil apabila ditanya banyak tentang Malaysia. Jadi kami akan jawab yang baik-baik saja tentang tanah air, berpandukan fakta yang betul. 

Sekarang pula kan musim Sukan Sea, bila tengok Team Malaysia dapat emas, berdiri atas podium dan lagu Negaraku dinyanyikan, rasa meremang dan bergenang je air mata. Proud inside me! Itu baru Sukan Sea. Bayangkanlah waktu Sukan Olimpik Rio tahun lepas.

Jadi bersempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang hampir tiba, marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan. Tengoklah filem Bukit Kepong lakonan Tan Sri Jins Shamsudin. Biar kita tahu susah payahnya untuk senang yang kita kecapi hari ini.

Budak-budak sekarang, belajar malas (random je ni), main WeChat je lebih, kecam orang kat FB, jadi samseng- Sebab hidup dah senang. Tak fikir panjang sebab semua dah disua di depan mata. Tak tahulah generasi esok, siapa pemimpinnya kalau budak-budak WeChat ini tak mengubah sikap.

Kecewa.

Menangis untuk negara lagi.

Sedih.

Semoga negara kita kekal aman dan maju. Kalau Malaysia 'lingkup', ke manalah kita nak lari. Kita bukan ada kewarganegaraan lain untuk keluar dari negara ni. Ini kan tanah air kita. Jagalah!

Happy birthday, Malaysia!
Chin up.
Tolak tepi politik kotor.
Kita bersaing untuk majukan negara.
Bukan mengejar jawatan dan wang~

Hayatilah lagu ini:


Dhiya  

1 comment