Merdeka!Merdeka! Blogger Contest LAZADA!


Bismillah

Ini dia contest dari laman beli belah kegemaran saya iaitu LAZADA, khas untuk blogger!

LAZADA ni memang laman kegemaran saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bukan sikit pengalaman belian saya dengan LAZADA. Setakat hari ini, saya memang selesa dan gembira betul dengan perkhidmatan yang mereka sediakan. Jadi di kesempatan ini, terima kasih saya ucapkan kepada LAZADA kerana membantu meringankan tugas suami saya untuk membawa saya keluar membeli belah (wah ayat tu~)

Jadi atas rasa gembira ni, saya nak lah masuk contest LAZADA sebagai tanda sokongan.

Here're some questions from LAZADA for me:

1. What do you love about being Malaysian?
(Kalau cakap Malayunya: Apa yang awesome sangat jadi rakyat Malaysia?)

Heh. Baru semalam tulis entri pasal "pernah menangis untuk negara tak?" Benda paling indah jadi rakyat Malaysia semestinya kurniaan keamanan dan keharmonian di kalangan rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama. Ini memang unik.
Mana ada kat negara lain- Banyak-banyak bangsa boleh duduk sekali, sekampung, berjiran? Jawapannya kat Malaysia jeeeeee~
Cuba tengok Rohingya sana tu. Mereka bergaduh sebab berbeza agama. Kat Malaysia? Masjid, tokong, gereja boleh dibina dan semua orang tenang menjalankan kehidupan beragama masing-masing.
Titik persamaan kita semua adalah semua agama membawa nilai baik dan tak ada agama yang mengajar kita berbuat jahat. Jadi selagi kita berpegang pada nilai baik agama masing-masing, pastinya negara kita akan terus aman dan harmoni!

Barulah senang nak shopping online di LAZADA~

2. Jenama tempatan kegemaran saya

Sebut pasal shopping online di LAZADA ni saya dah lama intai produk PENSONIC ni sebab ada cita-cita nak lengkapkan dapur dengan produk PENSONIC. Tapi kenapa jenama PENSONIC? Jenama ni dah lama bertapak di Malaysia. Seingat saya, sejak kecil, emak saya banyak juga menggunakan produk PENSONIC sehinggalah hari ni, masih elok dan berjasa.
Pensonic 

3. 2 Produk yang saya suka (dan saya aim untuk beli!)

Macam saya cakap tadi, saya tengah 'bercinta' dengan dua produk ni, maksudnya saya ada hajat untuk memiliki dua produk ini, iaitu:

Pensonic PBM-2001S Bread Maker
Beli di sini

PENSONIC Water Dispenser 7L PWD-700
Beli di sini
Dua produk ni memang pakej lengkap idaman saya dalam misi menjadi WAHM dan memudahkan kerja saya di dapur. Rasanya hidup lengkap sebab boleh buat roti dan bancuh air teh o panas dengan cepat :P

Mari attend kelas buat roti
Mari kumpul duit

Hehhehehe!

Untuk pengetahuan anda, Merdeka! Merdeka! Sale ini akan berlangsung dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2017 di mana anda boleh mendapatkan diskaun hebat sehingga 80%!. Cepat beli apa-apa yang patut dan enjoy!

LAZADA die hard fan,
Dhiya

McFlurry Durian D24 Sedap Tak?


Bismillah

Sekarang ni viral pasal ais krim McFlurry Durian D24. Sedap sangat ke?

Saya antara rakyat Malaysia yang tak melepaskan peluang untuk merasa sebab katanya diletak durian D24 asli. Heyyyy jangan main main dengan saya, hantu durian ini. Mestilah kena cuba! Bermula dari Jumaat lepas, beberapa kali saya cuba beratur di McD berhampiran pejabat saya, tetapi gagal. 

Nak dijadikan cerita, saya hanya berjaya membelinya pada hari Sabtu, jam 12 malam di McD lebuhraya KL-Seremban setelah banyak McD kami singgah dan cuba untuk beli tapi gagal. Gila kan?
Hahahahahha!
Durian McFlurry, 12 malam Sabtu, McD Lebuhraya KL-Seremban. Akhirnya!
Gigih sungguh. Tak tahulah apa yang diletaknya dalam durian McFlurry ini (selain durian lah~) Hahahahahah!
Tak sampai 12 jam, beli lagi! Tapi kali ni berjaya dapatkannya dekat dengan rumah sahaja dan tak perlu berebut beratur panjang sebab kebetulan kami keluar awal pagi Ahad tu untuk beli barang dapur. Huhuhu!
Ais krim kon tu perisa jagung tau. Bukan durian. Tapi rasanya ok jugaklah~
Jadi apa pandangan saya tentang McFlurry Durian ni?

1. Rasanya sedap. Saya boleh rasa serat durian dalam McFlurry tu. Jadi memang ori lah!
2. Memandangkan ais krim ni sangat viral, belian di McD samada secara pandu lalu atau beratur dalam kedai sangatlah memenatkan. Barisan panjang sebab semua orang pun nak rasa!
3. Marketing strategy McD ni memang terbaik lah! Sama macam kes ayam goreng McD dulu lah. Semuaaaa orang gila. Hahahhaha!
4. Please take note: Harga McFlurry durian ni mahal sikit tau! RM7.99. Jadi bersabarlah~
5. Jangan makan banyak-banyak. Manis. Tak bagus untuk kesihatan. Ceeeewah!

Korang, pergilah beli dan cuba cepat! Nanti dia discontinue, nangis pulak!

Dhiya
Dhiya Durian

Pernah Tak Anda Menangis Untuk Negara?


Bismillah

Merdeka dah dekat.

Dulu-dulu masa di sekolah rendah, bila masuk bulan Ogos- Mulalah cikgu kalut untuk buat kempen bulan kemerdekaan. Cikgu suruh masuk lakonan, masuk. Cikgu suruh masuk sajak, masuk. Cikgu suruh masuk nyanyian, lakonan, semualah masuk tanpa faham pun apa sebenarnya yang cikgu kalutkan sangat ni. Tapi sebab budak-budak, tau nak seronok je- Kita pun enjoy je lah!

Tapi bila saya makin dewasa, perlahan-lahan saya makin faham kenapa cikgu buat semua tu, kenapa kena ada iklan merdeka di tv, kenapa perlu rentang dan pacak bendera Malaysia.
Sewaktu saya belajar di KISAS, ada satu program. Dalam program tu, ada satu slot di mana seorang fasilitator tanya soalan:

"Apa beza Israel, Yahudi dan Zionis?"

Saya tak boleh jawab. Saya tak peka. Saya tak cakna. Tapi mulai hari tu, saya banyak tanya orang dan belajar tentang isu mereka dan berkait-kaitlah dengan kenapa kita perlu hargai negara kita. Dan sejak dari itulah saya mula menghargai apa yang saya ada di tanah air ini termasuklah makan minumnya, peluang belajarnya dan paling penting, keamanannya.
Pernah tak saya menangis untuk negara?

Jawapannya ya!

Kenapa?

Entahlah. Tak boleh nak diterangkan kenapa. Cuma rasa beruntung tu buat kita rasa sebak kalau nak dibandingkan dengan orang yang terpaksa mengemis untuk sedikit makanan dan keperluan hidup. Kalau tengok berita pasal isu Palestin, lagilah rasa menangis. Menangis sebab kasihan, marah dan bersyukur bila kaitkan balik dengan kehidupan di Malaysia.

Masa saya duduk di Korea dulu, kami merasalah juga jiwa bara patriotism ni. Rasanya memang lain macam. Terasa ada spirit, pride dan chin up yang lebih berbanding di Malaysia. Kenapa? Kami hanya 10 orang di sana, berbilang bangsa- Melayu, Cina dan India. Nak taknak kami memang bergerak bersama sebab ini bukan Malaysia yang boleh kita buat macam rumah sendiri. Kami juga dah macam duta kecil apabila ditanya banyak tentang Malaysia. Jadi kami akan jawab yang baik-baik saja tentang tanah air, berpandukan fakta yang betul. 

Sekarang pula kan musim Sukan Sea, bila tengok Team Malaysia dapat emas, berdiri atas podium dan lagu Negaraku dinyanyikan, rasa meremang dan bergenang je air mata. Proud inside me! Itu baru Sukan Sea. Bayangkanlah waktu Sukan Olimpik Rio tahun lepas.

Jadi bersempena ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang hampir tiba, marilah kita sama-sama menghayati erti kemerdekaan. Tengoklah filem Bukit Kepong lakonan Tan Sri Jins Shamsudin. Biar kita tahu susah payahnya untuk senang yang kita kecapi hari ini.

Budak-budak sekarang, belajar malas (random je ni), main WeChat je lebih, kecam orang kat FB, jadi samseng- Sebab hidup dah senang. Tak fikir panjang sebab semua dah disua di depan mata. Tak tahulah generasi esok, siapa pemimpinnya kalau budak-budak WeChat ini tak mengubah sikap.

Kecewa.

Menangis untuk negara lagi.

Sedih.

Semoga negara kita kekal aman dan maju. Kalau Malaysia 'lingkup', ke manalah kita nak lari. Kita bukan ada kewarganegaraan lain untuk keluar dari negara ni. Ini kan tanah air kita. Jagalah!

Happy birthday, Malaysia!
Chin up.
Tolak tepi politik kotor.
Kita bersaing untuk majukan negara.
Bukan mengejar jawatan dan wang~

Hayatilah lagu ini:


Dhiya  

Ideal Life


Bismillah

Tak sihat.

Jadi nak tolak tepi dunia sebenar dan nak duduk dalam dunia impian, yang dipanggil ideal life.

Berkahwin dengan suami saya ni memang impian yang nyata. Alhamdulillah. Soal rezeki keluarga kami tak akan banyak cakap. Apa yang ada sekarang pun syukur, lebih dari cukup. Rezeki anak masih belum, tapi kami tahu Allah sedang membelai kami dengan rezeki lain.
Rumah kami di Sungai Buloh masih dalam senarai menunggu. Tengoklah, lepas pilihanraya nanti baru kami akan gegar pejabatnya. Kalau ikutkan hati, kami lebih mahu membeli tanah dan bina rumah idaman sendiri. Rumah di kawasan kampong, banyak pokok merendang dan meriah dengan bunyi unggas. Dapatlah kami bercucuk tanam pokok buah-buahan dan saya nak bina pagola yang dikelilingi pokok bunga kecil yang rimbun, dan tak lupa juga taman herba!
Tapi nak beli tanah, bukannya ada kemudahan pinjaman 'tanah'. Pinjaman perumahan adalah. Kalau nak buat pinjaman untuk beli tanah, kenalah guna pinjaman peribadi~
Kami ingin sangat berjalan ke dalam dan luar negara sambal melihat tempat orang. Bak kata pujangga:
Bermusafirlah, supaya engkau faham mengapa engkau harus pulang.
Sekarang pun kami dah bermula dengan hobi ni. Dulu masa bujang manalah nak buat kerja ni. Tambah pula saya ni anak bongsu yang selalu kena ada depan mata mak abah. Jadi sebaik kami bernikah, memang Alhamdulillah merata jugalah kami sudah berjalan, cuma masih belum direzekikan ke luar negara. Insya Allah, tahun depanlah agaknya. Saya nak bawa suami saya kembali ke Daejeon untuk dia lihat sendiri kehidupan saya di sana ketika saya belajar di sana dulu. Saya sendiri pun rindu Daejeon, kalau boleh masa musim bunga atau musim luruh.
Apa yang mengekang kami adalah masa. Cuti banyak, tapi kadang-kadang tak boleh nak ambil sekali banyak, lebih-lebih lagi kerja suami saya yang menuntut banyak masa berurusan dengan orang lain. Marilah kita berdoa supaya Allah beri rezeki masa yang lebih untuk kita spend masa untuk diri kita sendiri.

Bercakap tentang soal kekangan masa dan kesibukan kerja, saya berharap agar suami saya segera direzekikan dengan jawatan J41 di mana-mana sahaja. Macam saya cakap dulu, ke mana saja dia pergi, saya akan ikut dan saya akan jadi WAHM menjahit dan menjadikan hobi saya sebagai sumber pendapatan. AMIN!
Tak ideal mana pun sebenarnya kehidupan yang saya tulis tu. Ia lebih kepada impian keseimbangan kehidupan. Saya tak mahu anak-anak saya 'hilang' emak dan ayahnya kerana komitmen kerja. Saya membesar dengan emak yang sentiasa berada di depan mata. Saya tak pernah duduk dengan orang gaji atau apa saja gelarannya melainkan emak saya. Saya makan masakannya, dan begitulah saya mahu untuk anak saya juga kelak.
Kerana itu saya mahu settle down di rumah, biar anak-anak di depan mata.

Siapa kawan-kawan saya yang bercita-cita nak jadi WAHM juga? Takpe. Mengaku je, sambil berdoa semoga Allah tunaikan niat suci murni kita tu. Tak ada dosa dan tak hina kalau kita memilih jalan hidup begitu, dan semoga rezeki kita dan suami kita dimurahkan atas asbab niat ini demi anak-anak dan keluarga. AMIN!

Ideal life
Dhiya

Dari Diri Dhiya Berwajah Baru


Bismillah

Alhamdulillah DDD sekarang berwajah baru!
Dah lama berkenan dengan blog templat yang macamni. Tapi semuanya berbayar dan tak yakin dengan kebolehan diri untuk install. Takut codingnya lari dan blog jadi haru biru. (Dan pelbagai lagi alasan la kan sebenarnya~)
Tapi kali ni saya tekad sungguh-sungguh untuk jadi DDD yang baru. Tak apalah kalau kena bayar pun. Tapi hasilnya saya sangat puas hati!

Kenapa tukar templat blog?

Kisahnya begini...

DDD memang antara sumber pendapatan pasif saya sejak belajar di universiti lagi. Walaupun tak banyak, tapi saya gembira sebab hobi saya mendatangkan untung.

Templat yang sebelum ni, saya tak boleh masukkan iklan nuffnang. Kalau letak, blog saya tak boleh dibaca oleh pembaca. Bila tak boleh dibaca, apalah maknanya saya menulis?
Jadi sebab tulah saya tekad beli templat dan minta orang yang ahli untuk bantu saya setup kan perkara perkara basic dalam DDD ni. Dulu pernah cuba buat sendiri, acah acah pandai bab coding ni, belajar dari blog orang lain je kononnya.  Sekaliiii huru hara dibuatnya blog saya! Sebab tulah saya dah serik walaupun dalam hati teringin sangat nak blog lawa. 

Tapi hari ni semuanya dah tercapai. Tinggal beberapa bab yang kecil kecil tu saja yang saya kena update sendiri. Yeay! 

Terima kasih kepada semua yang menolong, memberi semangat dan menyokong. 
Teruskan membaca DDD dan Insya Allah banyak lagi perkongsian yang akan saya tulis di sini. 

Terima kasih

Dhiya

Al Fatihah


Bismillah

Innalillah Wainna Ilaihi Raaji'un

Dimaklumkan bapa saudara saya, Hj Ibrahim Mohd b Anor telah meninggal dunia malam tadi setelah uzur kerana sakit tua.

Semoga Allah merahmati Allahyarham bapa saudara saya dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh...

Al Fatihah

Dhiya

Resepi: Kerang Bakar dengan Sambal


Bismillah

Resepi hari ini:
Kerang bakar dengan sambal
Minggu lepas kami balik ke Sg Air Tawar Selangor untuk melawat pakcik saya yang sedang uzur. Dalam perjalanan balik ke KL, kami singgah di Pasar Pasir Penambang untuk membeli sedikit barang basah terutamanya ikan dan lepastu mulalah melilau membeli apa-apa yang menarik

Akhirnya ikan dapatlah 3-4 ekor. Yang selebihnya keranglah, udanglah, sotonglah~
Tapi saya nak cerita pasal kerang yang kami jumpa di Pasir Penambang ni- Sekilo RM15 dan besar sangat sangat! Rasanya 20 biji je dah sekilo.

Sampai di rumah, saya buat kerang bakar dengan sambal jelah sebab itu yang paling cepat dan mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Kerang dibasuh bersih kulitnya. (Saya guna berus)
Kerang yang saya beli ni kerang besar. Sekilo RM15. Ni proses memberus dan membuang lumut dan kotoran
...Sehinggalah jadi bersih dan putih bersinar macam ni
2. 2 batang serai
3. Garam
4. 6 biji bawang merah dan 4 biji bawang putih (dikisar)
5. Cili kisar (dalam 2-3 sudu)
6. Kicap dan sos tiram
7. Perasa (gula dan garam)
8. Air asam jawa dan air bancuhan belacan

Cara-cara:
1. Rebus kerang dengan garam dan bubuh serai. Biarkan masak dan ketepikan.
2. Untuk sambal, tumis bawang yang dikisar tadi hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau hingga garing dan naik minyak
4. Masukkan air bancuhan belacan dalam 2-3 sudu. Masa ni bau dia sedap gilaaaa!
5. Kacau, masukkan kicap dan sos tiram untuk beri warna gelap sedikit. Boleh tambah air kalau rasa nak banyak
6. Masukkan air asam jawa tadi dan seimbangkan perasa dengan garam dan gula sampai puas hati
7. Biar sekejap hingga sambal tu sedikit pekat dan hampir kering
8. Kemudian, masukkanlah kerang yang dah direbus tadi sekali dengan serainya
9. Siap!
Jadi di mana 'bakar' nya?

Hahahah!

Bakar tu optional sebab kerang dah masak melalui kaedah rebus tadi. Ada orang tak puas hari dan masih mahu dibakar. Kalau nak, pindahkan kerang yang dah bersambal tadi tu ke dalam pemanggang ajaib dan bakarlah sekejap sementara tunggu waktu makan.

Saya secara peribadi tak berapa suka bakar sebab nanti isi kerang tu akan kecut. Rebus lebih baik :)

Senang tak?
Senang kan?

Selamat mencuba, ya!

Dhiya

Cara Aktifkan Akaun Maybank untuk Paypal


Bismillah

Ini adalah pengalaman baru yang saya dapat dan saya betul-betul nak kongsikan bagaimana saya lakukannya.

Isu:
Saya nak beli sesuatu dari laman web luar negara, dan pilihan bayarannya cuma melalui kad kredit dan Paypal. Saya tak ada kad kredit. Tapi tak tahu nak guna Paypal!

Penyelesaian:
Guna saja Paypal. Meh sini saya ajar

Paypal ni apa sebenarnya?
Paypal ini adalah mediator (system atau orang tengah) yang membolehkan kita buat bayaran kalau kita beli barang dari web luar negara macam E-bay, Etsy dan sebagainya.
Paypal ni boleh di link kan dengan akaun bank kita (saya akan ajar macam mana nak link kan dengan Maybank) supaya kita boleh bayar melalui Maybank.

By default, kad ceri Maybank kita tu memang tak boleh sebarang-sebarang terus guna untuk buat bayaran atau transaksi atas talian, dalam atau luar negara. Fungsi tu memang tidak diaktifkan. Kalau nak, kena mohon. Ingat tak, nak buat M2U online pun mula-mula kita kena aktifkan secara manual di bank, kan? Ini adalah ciri keselamatan yang dibina oleh Maybank.
Jadi apa yang saya buat adalah:

Pertama:
Mestilah ada akaun Paypal. Daftar secara percuma di sini. Senang saja. Jangan bimbang :)
Kemudian, pada tab 'wallet', ada dua pilihan samada masukkan maklumat kad kredit atau akaun bank. Anda boleh isi kedua-duanya atau salah satu saja. Macam saya, saya isi maklumat akaun Maybank sahaja. Nombor kad adalah nombor 16 digit yang ada di depan kad tersebut.
Kedua:
Call customer service Maybank dan bercakaplah dengan operator. Anda boleh beritahu mereka dalam bahasa paling layman yang anda nak aktifkan akaun Maybank untuk bayaran melalui Paypal.

Cara aktifkan Maybank e-commerce melalui panggilan telefon:

1. Call dan bercakap dengan operator
2. Beritahu yang kita nak aktifkan penggunaan e-commerce sebab nak guna Paypal
3. Operator akan minta verification: Nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon yang didaftarkan, nombor akaun
4. Kemudian dia akan beritahu sedikit disclaimer atau implikasi pengaktifan ni
5. Kemudian dia akan terangkan yang pengaktifan e-commerce ni hanya untuk kegunaan Malaysia sahaja. Tapi kalau untuk kegunaan antarabangsa (macam Paypal), perlu aktifkan satu lagi bahagian (something to do with international activation which requires TAC number). Yang ni kita kena buat sendiri samada di mesin ATM atau di M2U. Kebetulan masa tu saya depan laptop, jadi saya minta dia bantu saya step by step dan ting! Siap! Operator tu cakap dah boleh terus boleh guna.

Ketiga:
Saya terus ke website pembelian untuk buat bayaran melalui Paypal dan memang terus boleh guna! Website pembelian saya pula teramatlah efisyen sampai terus respon belian saya dah berjaya. Woooho!

Jadi, inilah sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang saya dapat dan dikongsikan di sini. Insya Allah ini adalah cara yang paling mudah dan cepat dan saya sendiri dah alaminya.Customer service Maybank pun very helpful dan sangat baik.

Kalau masih tak faham, boleh tinggalkan komen di entri ini dan saya akan bantu anda sebaiknya.

All the best!
Dhiya

Random


Bismillah

Ogos sedang berjalan pantas. Macam tahun lepas, kami menyambut anniversary sehingga hujung Ogos (kemain kau!). Maklumlah, nikah hujung Julai, bersanding awal bulan Ogos- Haruslah sambutannya selama dua bulan!
Tapi berbeza tahun ini. Kami berdua sangat sangat sibuk dengan urusan kerja. Hujung minggu pun dua hari saja, memang tak cukup nak melayan kehendak berjalan, bercuti dan bergembira.

Tapi Insya Allah September nanti kami akan bercuti jauh sikit, sebagai self reward setelah sekian lama tak bercuti panjang. Kemudian sekali lagi bulan Oktober, Insya Allah nak naik kapal terbang!

Ok let's get back on track.

Minggu lepas kami balik ke kampung, rutin biasa yang sedikit terlewat kerana awal bulan haritu kami pergi bercuti. Suami saya ni suka betul balik ke kampung belah saya sebab it's a real kampung dengan tanah yang walau tak luas, tapi boleh bercucuk tanam. Jadi hobi baru dia sekarang adalah membeli anak pokok dan dia akan tanam di sekitar rumah.

Dulu dia ada beli anak pokok mangga jenis apa tahhh (lupa). Sekarang dah nak dekat setahun, saya tengok pokok tu membesar bagai juara. Daunnya panjang-panjang dan sudah rimbun dan tinggi. Tiap-tiap kali balik, dia akan tanya: "Bila nak berbuah?" Saya risau sangat. Risau kalau pokok mangga tu bercakap dan jawab soalan tu~ (Muaahahahhaah!)

Minggu lepas kami beli anak pokok kedondong dan kelapa matag. Mak saya geleng kepala. Katanya malu sebab menantu dia lagi rajin dan lagi pandai bercucuk tanam dari dia. Nak buat macam mana, mak. Menantu mak tu kan anak orang kampung, anak petani agung. Jadi mendapatlah sedikit sebanyak baka rajin berkebun tu dalam darah dia. Mak kena bangga!

Kalau panjang rezekinya, dapatlah kita menuai hasil makan buah-buahan tempatan setiap kali balik ke kampung. Durian? Belum lagi kut. Saya tengah fikir macam mana nak pagarkan rumah mak dan abah ni supaya tak dimasuk babi dan menyondol habis anak-anak pokok yang ditanam di tepi rumah. Kemudian barulahhhhh kita fikir nak tanam durian, manggis, bakau, balak dan sebagainya~

Itu hidup di kampung. Masya Allah kehidupan di kampung saaaaaaangat indah. Bila balik ke KL semula, terasa hidup berjalan pantas. Bangun tidur, pergi kerja, balik kerja, tidur. Hidup macam robot. Saya sangat takut dan saya tak pernah bercita-cita untuk selamanya menjadi robot.

Jujurnya, cita-cita saya sudah bertukar sejak beberapa tahun yang lepas. Percaya atau tidak, saya pernah beritahu suami saya:
"Abang, kalau abang dapat J41 nanti, D nak berhenti kerja boleh? Abang relocate ke mana pun, D boleh ikut. D nak jadi WAHM. Nak jadi tukang jahit. Nak jaga anak."
Dia diam.
Kemudian menyambung:
"Anything is possible. Tapi sekarang abang belum J41, dan D belum pergi kelas menjahit"
Lawak dia, hanya saya yang faham.

That's life. Kadang-kadang, kita dok struggle kat dalam dunia ni sampai kita lupa apa matlamat hidup kita. Yes, matlamat hidup di dunia ini adalah mati! Dan kehidupan dunia ini bukan suka-suka. Semuanya adalah komitmen.
Dan atas sebab matlamat hidup untuk mati, saya betul-betul mahu komited dengan tanggungjawab kehidupan. Semoga ia dibawa sebagai saham selepas mati. Pilihan saya, biarlah kehidupan saya untuk keluarga. Kerana itulah, saya bercita-cita untuk menjadi WAHM.

Doakan!

Tapi kerjaya sekarang pun sungguh menggembirakan. Saya direzekikan bekerja di sini sudah hampir setahun lebih. Superior and subordinate semuaaa baik-baik belaka Ya Allah! Kadang-kadang saya pelik, orang kita (Melayu), ada pangkat besar, ada company besar- Terus rasa hebat. Bos saya, dengan gelaran Dato' , masih boleh datang ke pejabat dengan seluar biasa, T shirt dan selipar sambil memegang secawan kopi Starbucks dan tak mahu dipanggil dengan gelaran Dato'. Tak ada protokol. Tak ada formaliti. Dia bagaikan emak. Kami semua berebut nak jumpa dia atas pelbagai urusan.

Dan saya selalu tertanya-tanya, bagaimana dia boleh membina hubungan dengan pekerjanya sebaik ini? Anak-anak buah sikit pun tak mengeluh: "Ala...bos masuk lah hari ni" Malah sebaik dia masuk ke bilik, kami semua sudah beratur untuk berjumpa dengan dia!
Sifat yang saya nampak: Respect and trustworthy. Tiada siapa yang nak caras sesiapa, tiada isu mengejar gaji dan bonus. Environment di sini sangat sihat dan bos saya benar-benar membawa nilai Islam ke dalam pejabatnya. Saya malu tapi bangga.

Random ini terlalu random dah. Jauhhh menyimpang dari cerita anak pokok kelapa matag sampailah ke watak bos saya yang bergelar Dato'. Inilah penyakit menulis blog. Kalau tak ada idea, bukan main kering kontang. Tapi kalau dah mula ada idea, inilah dia~

Banyak lagi ceritanya.

Doakan penulisan ini bermanfaat, walaupun sedikit. Rasanya perlu letak noktah dulu di sini kerana ada komitmen lain yang perlu diselesaikan sebelum menjadi WAHM. Eh~?

Dhiya

What Friends are For?


Wordless Wednesday

Lipstick dan Masalahnya


Hai!

Tahukah anda sejarah lipstick atau gincu? Nah, baca ni: LIPSTICK
Are you tired of your coffee cup getting your lipstick right after you put it on?  Time to make the switch to Lipsense!  https://www.facebook.com/groups/777110825773315/
Menjadi seorang wanita, memang tak sah kalau tak ke bahagian kosmetik terutamanya ke bahagian lipstick/ gincu di farmasi atau pusat membeli belah. Lebih teruk, sejam pun tak cukup sampai kadang-kadang shutter kedai dah ditarik ke bawah. ( Sayalah tu!)

Kalau ditanya keperluan saya terhadap gincu, saya ada beberapa kriteria yang buat gincu tu bagus.

1. Saya lebih suka gincu matte. Nampak lebih 'jujur' dan yakin. Kadang-kadang, berkilat macam matahari menyilau sangat tak membawa apa-apa makna pada penampilan. Nampak macam doll tambah-tambah untuk majlis formal~

2. Saya tak suka gincu yang melekat terutamanya pada bekas minuman. Ini memang fail!

3. Paling penting, saya nak warna yang saya nak. Saya tak akan beli sebarang jenama gincu ala-ala tangkap muat saja. Kalau warna yang saya nak tu tak ada, saya tak akan main sebat beli asal ada.

4. Selain tu, saya perlukan gincu yang senang ditanggalkan bila waktunya. Ya lah, kadang-kadang, nak cuci muka, tapi gincu masih merah.

That's my rants about beauty, lipstick especially. Walaupun saya ni tak lah berapa pandai sangat nak melawa teruk. Hahahaha!

What say you?

Dhiya

Kedai Kopi & Aiskrim Kow Po Bentong


Bismillah

Minggu lepas, selepas daftar keluar dari Colmar Tropicale, kami ke Bentong. Hajatnya nak ke Bukit Fraser, tapi macam malas pula sebab nak hujan. Nak makan lemang Tok Ki pun macam kenyang lagi sebab kami duduk di La Bloson Café sampai dekat pkul 10, makan sambil meneman suami saya uruskan hal pejabat sikit.
Akhirnya kami Google saja apa yang menarik di Bentong ni dan salah satunya keluarlah cerita pasal ais krim ni.
Tak susah pun nak cari kedai ni. Dari lebuhraya, cari Hentian Raya Bentong (stesen bas Bentong) di sebelah kiri. Bila dah nampak, terus bagi signal ke kanan. Anda akan nampak satu kedai tayar dan ada deretan kedai yang bermula dengan Hong Leong Bank. Kedai Kopi Kow Po ni terletak sebelah Hong Leong bank. Senang kan!
Walaupun kedai ni kedai kopi Cina, tapi mesti anda kagum sebab yang datang ke kedai ni tak kira bangsa dan agama. Kebersihan pula memang bersih tahap A. Saya sendiri ke bahagian dapur kedai ni dan tengok kedai mereka sangat bersih. Lantai berkilat!

Sebaik masuk, kami disapa oleh seorang uncle yang sangat ramah. Kami rasa dia adalah pemilik kedai ni. Siap cadangkan menu yang menarik. Macam-macam ada. Cendol, banana split dan macam-macam lagi. Yang penting, ais krim yang ada kat kedai ni lah. Suami saya ambil cendol dengan ais krim pandan dan saya ambil cendol dengan ais krim peanut butter.

Menangis
Sebab sedap.
Ais krim dia memang sedap!

Harga dah tolak tepi sebab sedap. Hahahahah! Tapi cendol saya tu lebih kurang RM4.50 je.
Lepas makan cendol ais krim di Kedai Kopi Kow Po, kami terus termenung- Nak jalan-jalan lagi ke atau nak balik KL? Hari nak hujan~

Akhirnya kami memutuskan untuk balik ke KL sahaja dan sampai di rumah lebih awal. Rehat saja sebab esoknya dah nak kerja. Hahahahha!

Tapi sebelum sampai ke rumah, suami saya buat satu kajutan. Dia tahu saya kecewa sebab tak jumpa durian Bentong dan Raub, akhirnya kami singgah di Durian SS2 untuk makan buffet durian! Yeay! Thanks babang!
Maka berakhirlah percutian sempena ulangtahun perkahwinan kami. Terima kasih abang sebab bawa D jalan-jalan, dengar D karok dalam kereta dan dengar D jerit "durian-durian-durian" all the way from Bentong to KL

Semoga kita terus gembira walaupun kita semakin tua.

Amin.

Dhiya

Koleksi Soalan Temuduga PTD Tahun 2017- Panel 05


Bismillah

Ini adalah perkongsian koleksi soalan temuduga yang terakhir. Sebenarnya panel ada dalam 8 orang, tapi saya tak ada koleksi yang ke-6, 7 dan 8 masing-masing. Kalau ada, saya akan kemaskini kemudian, ya :)

*Memandangkan perkongsian Panel 5 ini agak panjang, saya tak tulis dalam entri ni. Anda boleh terus muat turun dan simpan: File 5

Demikianlah sedikit sebanyak soalan yang ditanya oleh panel untuk jawatan PTD tahun 2017. Anda dah boleh agak kan macam mana bentuk soalannya? Anda dah boleh nampak kan macam mana provokasi dilakukan oleh panel? Dari soalan-soalan ini, anda boleh belajar tempo para panel supaya anda tak terkejut pada hari temuduga sebenar.

Insya Allah banyak lagi perkongsian yang akan saya tulis dalam DDD ini. Saya dah tak mengharap dah nak masuk ke dalam skim ni. Saya harap perkongsian ini dapat membantu orang lain terutamanya adik-adik fresh grad di luar sana.
Akak dah masuk industri yang akak dah gembira berada di dalamnya. Andai terpilih, akak anggap itu adalah rezeki extra saja.

Bercuti di Colmar Tropicale Bukit Tinggi Julai 2017


Bismillah..

Minggu lepas kami menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-?. Usia perkahwinan yang masih muda. Kami masih bertatih dalam kehidupan berumahtangga ini. Kami masih tak sempurna dan memang tak sempurna. Tapi kami sedar yang kami perlu berusaha untuk memberi yang terbaik.

Kebetulan tarikh 31 Julai tu memang jatuh pada hari Ahad. Kami pun sepakat mengambil cuti pada Isnin 1 Ogos untuk ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi.
Kenapa Colmar Tropicale Bukit Tinggi?
Sebab kami mahukan kelainan untuk ulangtahun perkahwinan kali ini. Hotel lain, ikut tangkap muat terasa terlalu mainstream dan kali ini kami mahukan sesuatu yang ada tema.

Colmar Tropicale terletak di KM48 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur menghala ke Pahang. Kalau dari KL, lebih kurang 40 minit saja untuk sampai ke lokasi. Hari Ahad tu, kami gerak dari rumah lepas solat Zuhur sebab dekat. Hhahaha!

Sebaik sampai di pintu masuk, kena bayar RM15/pax sebagai yuran masuk. Tapi bagi yang mendaftar masuk, bayaran itu akan dikembalikan semula sebaik kita daftar keluar nanti.

Kami daftar masuk ke blok Heliconia, bilik deluxe di tingkat satu dan yang paling awesome, bilik kami menghadap padang golf yang luas terbentang dan sangat cantik! Bilik yang menghadap kawasan dalam hotel pun cantik juga dengan pemandangan lampu-lampu yang bergemerlapan, tapi agak bising terutamanya kalau malam minggu.
Bilik kami. Colmar ni pelik sikit. Twin sharing room lebih murah berbanding queen bed room. Pandai laa depa buat duit~
Tapi tak apa...Semua bilik kat sini cantik-cantik. Paling seronok, bukak tingkap balkoni je, dah dapat rasa angin segar. Bilik ni juga boleh pilih samada nak guna kipas angin atau pendingin hawa. Kami tak buka langsung pun sebab suasana di situ memang dah sejuk!
Pemandangan luar dari katil~
Inilah pemandangan penuh dari balkoni bilik kami. Cantik sangat Masya Allah!
Petang tu kami jalan-jalan sekitar hotel. Jujurnya tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar hotel ni. Kalau nak beraktiviti, kena ke kawasan lain; seperti ke Taman Jepun, taman haiwan dan adalah beberapa tempat lain. Tapi kesemua tempat ini kena gunakan servis bas pengantara yang akan membawa anda naik ke kawasan tersebut. Bas ni boleh didapati di kawasan depan hotel, dan ada jadualnya. Bas paling awal jam 10 pagi dan bas terakhir pada jam 4.45 petang.

Tapi memandangkan kami dah pernah pergi ke semua tempat tu, kami hanya berjalan di sekitar hotel saja menikmati pemandangan bangunan hotel ala-Prancis yang unik dan cantik.

Cantik kan? Memang tak sempat nak bosan pun sebenarnya! Tapi bagi mengisi masa, pihak hotel ada menyajikan persembahan setiap hari di pentas terbuka yang terletak berdekatan dengan water fountain.
Kami memang tunggu persembahan pukul 7 dan 10 malam. Saja nak hiburkan diri.
Lepas solat Maghrib, (kat sini tak boleh solat Jamak Qasar, ya! KL-Bukit Tinggi dekat saja~), kami turun ke bawah untuk makan malam. Untuk pengetahuan, di sini ada beberapa restoran dan kedai roti ala Perancis tapi harga memang boleh tahan mahalnya. Macam kami, kami pilih untuk makan pizza sebab dah alang-alang, nak lah merasa dilayan ala-Perancis!
Simple anniversary celebration. Pizza dia sedap!
Malam tu kami berjalan-jalan di sekitar hotel saja. Pemandangan malam di sini sangat cantik sebab ada lampu-lampu yang memberikan impak cahaya. Pukul 10 malam, kami sekali lagi menonton persembahan sebelum naik ke bilik untuk tidur.

Colmar Tropicale kalau malam weekdays agak sunyi dan tenang. Orang pun tak ramai. Kalau malam minggu, kawasan tengah tu dah macam pasar malam. Bising. Sebab tu saya rasa bilik yang menghadap kawasa tengah tu tak seronok kalau malam minggu bagi pasangan yang mencari ketenangan
Pemandangan Maghrib di Colmar Tropicale. Langit tanah tinggi ni cantik sangat Masya Allah! Kami rasa hotel ni memang kami yang punya sebab orang tak ramai langsung. Local memang almost tak ada. Yang kami jumpa pun, mungkin orang yang ambil cuti macam kami dalam 2-3 pasangan, dan ada sepasang newly wed couple. Yang lain kebanyakannya orang Timur Tengah.
Pemandangan malam. Nampak tak betapa tak ramainya orang di situ sampai adik yang jual ais krim ni Nampak macam tak ada kerja!
Restoran pun lapang dan tak ada barisan menunggu. Jadi nasihat saya, kalau nak datang ke sini, daftar masuklah pada hari Ahad dan daftar keluar pada hari Isnin.
Saya sebenarnya pernah sampai ke sini beberapa tahun dulu atas urusan kerja di hujung minggu. Memang tak seronok sebab padat dengan pengunjung. Nak bergambar pun susah.
Pagi Isnin, kami bersarapan di La Bloson Café yang terletak di belakang pentas terbuka. Makanan di sini tak berapa banyak variasi, tapi saya suka omelette dan pastries mereka. Mungkin inilah kekuatan dan keistimewaan mereka. Overall ok sebab sekurang-kurangnya mereka menyediakan sarapan pagi untuk kami yang berada jauh dari gerai nasi lemak tepi jalan ni.
Bubur ayam panas dimakan sambil angin sejuk bertiup manja
Selepas sarapan, kami bersiar-siar lagi menagmbil angin pagi di sekitar kawasan hotel. Kali ni kami tak terjun ke dalam kolam renang kerana tak mahu kesejukan dan rasanya aktiviti kolam renang di sini bukanlah aktiviti yang popular
Selepas itu, kami balik ke bilik dan berehat sambal mengemas untuk daftar keluar. Overall percutian satu malam kami di sini sangat indah tanpa gangguan. Seronok sebab dapat lari dari kesesakan bandar walau sekejap.

Sedikit tips:

1. Bayaran masuk RM15 seorang. Kalau daftar masuk untuk hotel, wang tersebut akan dikembalikan semasa daftar keluar nanti.
2. Colmar ni ada banyak jenis bilik pada harga yang berbeza. Sila semak di laman web mereka atau mana-mana booking website.
3. Makanan agak limited di sini. Siapa yang kuat makan tu, bawalah mi segera atau roti atau apa saja yang tak perlu dimasak. Memasak adalah dilarang di dalam bilik hotel
4. Bawa duit siap-siap. Kat atas sana tak ada mesin ATM
5. Kalau nak ke taman Jepun, tunggulah bas awal supaya boleh luangkan masa lama sikit di atas sana. Kalau ambil bas pukul 4.30 petang, sampai atas je dah kena turun balik sebab bas akhir dah panggil

Sekian dulu cerita percutian kami. Insya Allah more to come on September. Yang nak provide accommodation kat Kedah tu mana? Sila mengaku~

Dhiya