Perkara yang Merosakkan Manusia


Bismillah

Sejak kebelakangan ni, banyak sangat terserlah kebenaran dan pelbagai hikmah yang Allah simpan selama ni. Setiap hari sebaik buka mata, kami sedar yang kami akan mendapat 'ibrah dan pengajaran yang baru. Hidup ini terlalu luas untuk diterokai. Ujiannya juga bukan sedikit. Kadang-kadang kami boleh handle, kadang-kadang kami tewas. Adatnya memang begitu.

Wang Ringgit, harta dan Pangkat Bukan Segalanya

Sebaik bernikah, kami dibentangkan dengan satu pengajaran yang sangat-sangat berguna. Hampir setahun berlalu, saya harap saya tidak akan membuka kisah ini. Tapi isi pentingnya adalah- Kekayaan, pangkat dan kedudukan yang tinggi belum tentu dapat membeli budi pekerti mulia. Jawatan tinggi dalam bidang profesional tidak boleh dibawa dengan lagak tak tentu hala apabila berjumpa orang. Allah lihatkan pada saya bagaimana sikap ini telah menghancurkan diri si pelaku sendiri.

Lantakkan apa kata orang. Kita buat kerja kita!

Tidak ramai yang tahu betapa struggle nya kami sebaik berpindah ke Kuala Lumpur selepas bernikah. Dengan apa yang orang lihat pada luaran, ramai yang sangka kami boleh terus senang selepas berkahwin. Kadang-kadang saya rapuh dengan pertanyaan dan sembang-sembang tentang kehidupan.
Duduk di mana?
Rumah apa?
Kerja di mana?
Naik kereta ke motor?

Saya tak suka soalan begitu, kalau di hujungnya ada cerita perbandingan.

Suami saya bilang- Biarkan apa orang nak kata, apa orang nak sangka. Kita jalani hidup kita, cara kita. Kalau ikut cakap orang, kita belum tentu bahagia.

Betul

Memang dua perkara itulah yang akan membuatkan hati manusia membusuk
- Kemewahan yang berlebih-lebihan
- Perkataan yang berlebih-lebihan 

Dan semoga kita tidak melakukan apa yang kita bencikan ini. Cukup untuk ingatkan diri.

Hati-hati
Dhiya

1 comment