Pagi ini aku tak ada semangat langsung nak ke pejabat. Kau tahu kan isu gaji aku yang tertunggak dua bulan tu? Ha...sebab tu aku masih aktifkan mod 'aku'. Aku geram dalam banyak hal. Aku geram sebab bos aku push-push suruh buat macam-macam tapi benda tu sebenarnya sangkut kat bilik pengarah tengah pending signature. Nak aku push Dato' Pengarah pulak? Boleh. Kalau aku ni anak bongsu dia :p
Aku geram sebab staf ayam daging kat sini dah mula pasang lagu raya konon-konon ambil semangat raya siap sambal anyam ketupat reben. Pooodah~ Di celah-celah keterujaan korang itu, ketahuilah ada seorang manusia yang dianiaya dengan tidak dibayar gaji. Akulah tu!
Aku gigihkan juga datang sebab aku fikir aku nak penuhkan punch card aku sampai hujung bulan ni, bos sign borang gaji aku dan letak jawatan sambil flip hair. Aku akan sudahkan mana-mana kerja yang boleh. Mana yang sangkut kat tangan orang lain, aku akan follow up sampai habis minggu depan. Kalau ada feedback, aku akan bantu selesaikan. Kalau sampai ke sudah senyap, maka aku pun akan senyap dan akan terussssss senyap. Lepas raya aku kan dapat kerja baru~
Sebut pasal kerja baru, hari ini orang HR sudah semangat call aku minta macam-macam dokumen. Jemput aku datang pejabat sebab nak tunjuk bilik aku dan terus nak minta tandatangan surat tawaran, siap ngorat aku untuk masuk kerja 1 Julai 2016.
Tapi aku cakap, aku tetap nak mula lepas raya. Aku nak cuti awal untuk raya sebab nak kemas beg untuk balik kampung. Hahahha!
Sungguh aku tak ada mood sekarang. Kalau boleh berhenti sekarang, aku memang akan buat.
Cepatlah pukul 4 petang. Aku nak balik rumah memasak juadah berbuka.
Dhiya
singgah sini
ReplyDelete