Bismillah
Sejak sejak sibuk dengan kerja baru ni, DDD memang sangat terabai. Nak cerita banyak benda, tapi kadang-kadang tak cukup masa. Tuntutan kerja di sini pun banyak (biasalah tu kan). Tapi kadang-kadang golongan bos ini pelik-pelik. Suruh buat hari ini, Tapi nak kena submit semala. Faham tak kebengongannya di situ~
Ok ini bukan entri luahan perasaan tentang kerja. Mari kembali ke cerita asal. Cerita ke Tanjung Piai. Ini adalah kedatang sulung saya ke sini bersempena mengikut rombongan kenduri sepupu sebelah suami saya. Sebelum ini memang saya tak pernah jejak kaki ke sini. Alang-alang sudah dekat sangat, jadi kami pergi sajalah.
Pintu masuk |
Tempat ini asasnya taman yang dijaga dan dipelihara. Di dalam taman ini banyaklah haiwan-haiwan yang tinggal di habitat asal mereka sendiri tanpa diganggu dari sekecil-kecil ketam entah apa spesies sehinggalah sebesar-besar monyet di atas dahan pokok. Pihak Taman Negara juga telah sediakan laluan khas supaya kita tak ganggu habitan haiwan di situ dan dalam masa yang sama kita boleh berjalan menikmati alam semulajadi dengan selesa.
Tiket bayaran masuk: Dewasa RM5 sahaja (untuk warganegara Malaysia)
Kawasan bakau. Masa kami datang ni, air surut jadi kami nampak la macam-macam haiwan terutamanya ketam |
Jalan menghala ke anjung tempat rehat yang menghadap Selat Melaka |
Sambung jalan. Tempat ini agak luas.
1. Jangan pakai kasut tumit tinggi.
2. Bawa payung takut-takut hujan dan tak sempat nak lari keluar.
3. Bawa topi sebab keadaanya agak panas (tepi laut kan)
Malangnya tempat yang dikatakan kawasan paling hujung itu sedang ditutup atas sebab-sebab baik pulih. Ada jalan ke sana yang runtuh mungkin sebab hakisan. Jalan menghala ke kasawan itu juga ditutup atas faktor keselamatan. Jadi kecewalah juga saya kerana hanya sampai takat yang dibenarkan itu sahaja.
Jalan menghala ke kawasan paling hujung yang ditutup |
Pokok bakau dengan akar jangkang paling tinggi. Dulu-dulu waktu sekolah rendah mesti biasa dengar akar jangkang ni kan? Ha inilah dia akar jangkang paling tinggi!
Kami ambil masa hampir sejam lebih juga untuk habiskan seluruh kawasan Taman Negara Tanjung Piai ni. Seronok sebab dapat tengok pokok-pokok bakau dari jarak dekat. Boleh juga tengok ketam-ketam kecil dan berwarna-warni menjalankan rutin hidup mereka di bawah jambatan.
Sebaik keluar, kami terus rasa lapar walhal kami baru saja pulang dari kenduri kahwin dan makan lauk pengantin. Metabolisma banyak terpakai, sebab tu lapar teruk~
Nah, sepinggan!
Sekian ceritaDhiya
No comments