4 Ramadhan



Bismillah

Welcome, Ramadhan!

Ramadhan ini adalah Ramadhan pertama saya sebagai seorang isteri. Banyak ilmu baru yang saya belajar dan banyak sangat situasi baru yang saya perlu hadapi.

Sekarang kami berdua bekerja. Saya akan cuba sehabis baik untuk lesap seawal jam 4 petang (WP1, dan berita dapat pelepasan setangah jam awal sempena Ramadhan telah diumumkan oleh KSU kan?) Hahahha.
Suami saya beritahu, setiap kali Ramadhan- Kadang-kadang dia akan dapat jemputan berbuka puasa di luar samada oleh kontraktor atau client atau sesiapa saja dari kalangan networking kerjanya.

Habis macam mana tu? D boleh ikut tak?
Boleh kut. Alah D bukan makan banyak mana pun~

Heh

Dan saya baru terima mesej dari suami saya tadi. Minggu depan sudah ada satu majlis berbuka puasa yang menunggu. Boleh bawa pasangan katanya. (Berani ko ajak laki aku jeeee~!??) Kalau tak boleh bawa pun saya nak ikut!

FB wall sekarang penuh dengan perkongsian resepi sahaja. Kadang-kadang seronok juga melihat. Kadang-kadang rasa bosan pula. Setakat ini saya masih belum ada hati untuk kongsi juadah atau tag location berbuka puasa. Harapnya tidak perlu langsunglah kan.

Baju raya? Baju raya masih belum siap. Tahun ini kononnya istimewa sedikit. Almaklumlah raya pertama bersama si dia. Teringin juga nak melawa. Kut-kut terlajak ke kampung mertua, tak adalah kita ni nampak biasa sangat. Kena tunjuk hipster sikit tahu?

Oh ya. Tahun ini kami beraya di Pahang. Kalau boleh tiap-tiap tahun pun di Pahang. (Eh banyak cantik muka kau!) Kemudian kami akan fast trip ke Selatan dan balik semula ke KL sambil makan jem. Itu memang sudah dijangka awal-awal lagi.

Puasa baru 4 hari. Sudah seronok cakap pasal raya nampak? Haish.
Teruja
Teruja menulis dalam DDD, teruja nak membebel, teruja nak berkongsi cerita. Begitulah~

Nanti saya tulis lagi ok?

Selamat berpuasa.
Jangan makan waktu siang.

Dhiya

No comments