Semalam. 29 Jun 2016


Alhamdulillah

Aku dah terima gaji Mei aku semalam (29 Jun 2016). Tak..Tak..Korang tak salah baca. Aku pun tak salah tulis. Memang aku terima gaji bulan 5 pada hujung bulan 6.
Itulah yang aku perjuangkan selama dua minggu lepas sehingga akhirnya aku mengambil keputusan untuk meletak jawatan dengan cara paling bermaruah (walaupun aku dimalukan dengan kata-kata yang sangat tak elok dan dilayan teruk selepas aku serahkan surat berhenti itu) kerana pertama bab gaji yang lewat dan kedua sebab aku dah menerima tawaran kerja yang lebih baik.

Aku belum cerita lagi kisah tragik dalam bilik bos masa aku bagi surat tu. Itu memang kena ambil masa sikit. Tapi dipendekkan cerita, dia memang tak suka aku berhenti sebab kerja dia akan melambak balik. Dia juga expect aku sangat tabah dengan kerja tapi tak bergaji macam ni. Katanya itu hal kecik je kalau nak dibandingkan dengan career development aku kat sini. Kalau bab gaji dia boleh cakap hal kecik, aku tak tahulah apa yang besar pada dia.

Aku bukan tetap pun untuk dapat gaji pending dua hingga ke tiga bulan. Lagipun deorang tak pernah maklumkan benda ni akan terjadi atau sedang terjadi. Maka haruslah aku expect gaji aku macam biasa walaupun tak macam orang tetap sebab bos aku pun cakap macam tu. Aku kontrak, dan nilai aku adalah pada kemahiran akademik aku. Maksudnya aku tak buat kerja pejabat macam orang dalam jabatan ni buat. Kerja aku macam belajar untuk orang lain. Kerja aku ni kan ada kolaborasi dengan university.

Haih...
Mengeluh panjang

Kenangan kerja tapi tak bergaji buatkan aku rasa lebih berhati-hati dengan jabatan ayam daging seperti ini. Aku tak akan cuba-cuba lagi untuk terima apa-apa jawatan kerajaan kecuali SPA yang panggil aku, aku datang temuduga, aku lulus temuduga dan aku dilantik secara tetap dan ada hitam putih yang jelas. Aku tak akan ulang kesilapan ini lagi.

Hari ini akan jadi hari terakhir aku di sini. Bos aku janji yang dia akan tandatangan gaji Jun aku hari ni. Tapi malangnya dia tak datang. Salah seorang staf dia cakap EL. Ini nak game aku ke apa ni~? Dia sikit pun tak mesej atau bagitahu aku yang dia tak dapat datang dan cadangkan sesiapa yang boleh tandatangankan bagi pihak dia; seolah-olah dia memang macam nak tengok aku susah. Kalau betul memang dia ada masalah, semoga urusan aku mudah. Tapi kalau dia ada niat nak buat aku susah, semoga Allah yang balas dia. Aku memang rasa teraniayai sangat sekarang ni, tahu?

Pesanan aku kepada diri aku dan juga kawan-kawan aku yang ada jawatan dan akan pegang jawatan besar, jangan susahkan urusan anak buah atau sesiapa saja yang berurusan dengan kita. Kadang-kadang tak payah tunggu jadi bos pun untuk buat semua tu. Jadi saja manusia yang baik hati. Baik dengan semua orang. Benda baik jugalah akan datang kepada kita.

Tak payah nak cerita lebat sangat pasal KARMA atau apa-apa saja.

Ingat tu?
Ingatan untuk aku dulu~

No comments