Bekerja


Bismillah

Kerja baharu sekarang mengambil masa 1 jam perjalanan dari rumah ke tempat kerja. Saya ambil WP1 (7.30 pagi) menuju ke kawasan yang agak padat di pusat kerja saya ini. Jadi anda boleh agak pukul berapa saya keluar dari rumah kan?

Dulu bolehlah terhegeh-hegeh macam anak itik. Sekarang waktu pagi saya kena flawless (Jangan ingat muka je nak flawless~). Semuanya kena sempurna, dari segi emosi dan persiapan fizikal. Kalau lambat 5 minit bertolak, saya boleh lambat 20 minit tiba ke pejabat. Itu semua gara-gara kesesakan lalu lintas.

Ha sebut pasal kesesakan lalu lintas ni, saya sebenarnya kalau boleh nak sangat elak perkara ni. Kalau boleh nak pergi tempat kerja tumpang suami, atau naik kenderaan awam atau jalan kaki. Pandu kereta dengan pakai cermin mata hitam (kadang-kadang) memang nampak cool. Tapi yang hanya pemandu itu saja yang tahu lenguhnya badan kalau terperangkap dalam kesesakan, ditambah lagi dengan dua tiga buah kereta kerek yang cari pasal. Sakit hati pula!

Saya bilang pada suami;

Saya janji saya akan usahakan untuk kembali bekerja dekat dengan rumah. Dia sendiri pun tak sanggup lihat saya begini, apatah lagi tuan badan yang menanggung. Tapi apalah pilihan yang saya ada. Tak banyak. Apa yang saya dapat ini pun bukan main susah lagi perjuangannya. Insya Allah moga atas semua kesukaran ini, Allah gantikan dengan suatu yang lebih baik suatu hari nanti.

Di zaman 2.6 juta bintang yang hilang, ditambah dengan kekejaman pemimpin sekarang- Memang susah nak dapat kerja. Nak berniaga pun bukan semudah petik jari. Marilah kita berfikir bagaimana untuk menjadi orang yang berpendapatan, walaupun tidak bekerja. Asalkan halal. Marilah.
Kerjalah apa pun. Janji kerja yang halal. Tak salah pun beli lembu dengan duit gaji. Cukup 10 ekor, boleh berhenti kerja- Balik kampung- Bela lembu.

Saya tak boleh bandingkan diri saya dengan orang-orang di dalam pejabat ni. Mereka sudah stabil. Malah sangat stabil. Attitude mereka terkenal di seluruh Malaysia dan boleh dianalogiakn sebagai 'ayam daging'. Semua spoon fed. Saya memang tak boleh berlama-lama dalam pejabat ni. Saya nak move on dan tak mahu jadi ayam daging. Dulu memang pernah teringin nak jadi ayam daging, tapi sejak kebelakangan ini, cita-cita saya telah berubah.

Cerita bab kerja dan kerjaya ni memang agak emosi pada saya. Career goal saya masih belum tercapai sedangkan usia saya semakin meningkat. Kadang-kadang down juga. Tapi sebab masih waras, saya cool kan diri.

Doakan
Doakan Ramadhan ini ada hadiah yang menggembirakan untuk saya.

Salam sayang
Dhiya

1 comment

  1. kerja apa sekarang? dok baca pengalaman ptd sampai paling latest ni.hehe

    ReplyDelete