Kerana Aku Berstatus Kontrak: Pengalaman Gaji Dibayar Lewat 2 Bulan

Mode 'aku' activated

Aku malas nak cerita aku kerja sebagai apa, aku kerja di mana dan segalanya. Tapi secara randomnya, aku bekerja dengan salah sebuah jabatan kerajaan di sebuah wilayah pentadbiran negara paling gah di Malaysia (kau tekalah sendiri~hahahaha!) dengan kolaborasi sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia sebagai seorang penyumbang tenaga dalam bidang kajian akademik secara kontrak.

Berikut adalah kronologi kerja aku yang tak dibayar gaji bukan sebab masalah documentation dari pihak aku, tapi dari pihak kewangan. Aku minta justifikasi dari mereka, tapi setakat ini aku masih belum terima penjelasan dari mana-mana pihak. Aku masih tunggu sebab aku masih nak beri mereka peluang daaaaannnn aku nak mereka selesaikan perkara ini baik-baik dengan aku. Aku tak nak marah-marah di luar sana. Cukuplah aku zahirkan kekecewaan aku dengan mode 'aku' activated ini saja.

1 Jun
Hantar dokumen gaji Mei dengan penuh gembira, dengan harapan aku akan dapat gaji seperti yang mereka janjikan. Dalam 10 hari katanya.
Bos aku cakap - Selalunya tak sampai 10 hari pun, D. By 5 haribulan selalunya awak dah dapat gaji. Okay happy!

5 Jun
Buka M2U. Bersemangat ni! Tengok-tengok akaun, masih belum ada gaji. Hati bisik baik- 
"Tak apalah. 10 haribulan kut"

10 Jun
Buka M2U
Tak ada lagi
Sejak tarikh tu, aku semak akaun M2U setiap hari, tapi setiap hari jugalah harapan aku punah dan aku kecewa. 
Ini gaji bulan Mei kut. Aku mintak gaji bulan yang aku dah kerja. Bukan aku mintak gaji advance!
Bos aku pun tanya-tanya, tunjuk concern. Ok terima kasih. Tapi still concern dia tu tak boleh ditukar menjadi duit gaji yang aku nak.
Aku tanya CLI yang melantik aku. Kata mereka:
Kami baru hantar kepada kewangan 9 Jun. 
Pengarah baru tandatangan 7 Jun sebab kita terima dokumen gaji terakhir dari seorang staf lain pada 6 Jun.
I was like.....
"Habis aku yang hantar 1 Jun ni apa? Lurus bendul la?"


11 Jun
12 Jun
Kau agak-agak, ada ke duit yang akan release pada hujung minggu? Tak ada kan?

13 Jun
14 Jun
15 Jun
16 Jun
Tak ada

17 Jun
Gaji bulan Mei aku masih belum masuk. Aku ahirnya call **** cari pegawai bernama A. Bos aku yang beri nombor ini untuk aku tanya sendiri ke mana duit gaji aku. Orang yang angkat tu beri nombor lain. Katanya A boleh dihubungi melalui nombor tu.
Aku dah mula rasa macam kena tendang bagaikan bola. Itu sudah aku jangka.
Apabila aku dapat bercakap dengan A, dia cakap bukan dia yang uruskan gaji orang macam aku ni. Katanya ada seorang lagi pegawai yang uruskan gaji orang macam aku, namanya B. Nombor telefon B: ****. Again, aku rasa sudah jadi bola.
Menjelang tengah hari, aku call B. Berbelas-belas kali tapi tak berjawab. Aku kecewa.

Aku call balik A. Minta dia bantu aku.

Aku: Saya dah banyak kali call B ni. Tapi tak dapat. 
A: Saya pun tak pasti samada dia datang atau tidak.
Aku: Boleh bantu saya tak? Saya betul-betul nak tahu status gaji saya. Dah hampir dua bulan kerja tak ada gaji ni.
A: Ok nanti saya tengokkan B ni ye. Boleh tinggalkan nombor telefon cik? Nanti saya call balik.
Aku: 019-*******

Tak sampai 15 minit

A: Cik, saya A yang call tadi
Aku: Ada apa-apa perkembangan?
A: B bagitahu saya yang gaji staf (macam cik) ni kena hold dulu sebab kita tak terima MOF statement dari CLI
Aku: Ha? Saya tak tahu pun? Kenapa tak bagi tahu?
(Dalam hati aku dah penuh dengan kecurigaan tentang alasan MOF statement tu. Kalau dokumen tu tak ada, takkanlah selama ni gaji orang lain pun tak pernah berbayar? Aku pernah kerja dan aku faham bab bayaran ni. Kalau bayaran sebelum ni kau dah ada MOF statement tu, takkanlah kau tak ada copy untuk buat proses yang sama untuk bulan ni?)
A: Bos kami dah beritahu bos cik. Cuba tanya bos cik.
Aku: Siapa nama bos awak tu? Saya berurusan dengan seorang bos saja di sini. Bos saya tak cakap apa-apa pun.
A: Saya pun tak pasti bos saya yang mana. Cuba cik tanya kut-kut atas bos cik tu ada bos lagi ke.
(Wah wah wah...Nampaknya aku sudah kena game!)
Aku: Habis sampai bila gaji saya nak kena hold ni?
A: Tak pasti, cik. Selagi kami tak dapat MOF statement tu, selagi tulah kami tak boleh bayar gaji. Bukan gaji cik seorang je. Ada lagi orang lain.
Aku: Macamnilah...Saya nak something written. Tolong emailkan saya sebab-sebab gaji saya kena hold macam yang B cakap kat awak tadi. Ni email saya: **********

Aku letak telefon dan aku terus menangis. Bukan sedih, tapi geram!

Ada banyak sangat kecurigaan dan kegeraman aku dalam phone conversation dengan A ni (walaupun dia tak salah, dia cuma sampaikan fakta je) sebenarnya.

1. Awal-awal lagi aku dah kena tendang macam bola. Call nombor X, disuruhnya call Y. Dah dapat cakap dengan Y, disuruhnya aku call Z. Hal ini memang aku dah jangka kalau berkomunikasi dengan pihak ayam daging ni. Dulu zaman aku kerja (tapi jadi ayam hutan laa), jangankan tak angkat call, ringing 5 kali pun bos aku dah berdiri depan pintu tengok siapa punya extension yang tak berangkat tu dan kenapa lambat atau tak angkat phone.

2. Aku call B tu berbelas-belas kali sampai aku rasa dah nak putus asa dan assume dia cuti. Last effort aku call balik A dan tanya dia. Bila A revert balik bagitahu yang B tu ada, aku rasa geram sangat kenapa dia tak angkat phone. Kalau betul nombor yang aku call tu extension dia sendiri, aku terfikir betapa sampainya hati dia dengar phone tu ringing tak berjawab atau betapa keringnya hati dia untuk mute kan phone tu. A cakap B tu sibuk so tak boleh angkat phone. Aku geram dua kali sebab aku dulu pernah juga sibuk kerja macam Bangla tapi tak pernah tak boleh angkat phone! Aku benci alasan SIBUK sampai tak boleh angkat phone walhal itu adalah nombor telefon pejabat. Kalau kau tak ada kat workstation kau, itu cerita lain.

3. Kecurigaan aku terhadap MOF statement tu banyak sangat. Aku sakit hati macam kena kanser. Tak boleh nak tulis panjang di sini sebab aku nak terus dapatkan penjelasan bos aku, CLI dan sesiapa saja yang bertanggungjawab melambatkan gaji aku.

4. MOF statement ini aku pasti adalah internal documentation. Takkanlah disebabkan internal problem, orang macam aku yang terpaksa menjadi mangsa? Di mana keadilan?

5. Email yang aku minta tentang penjelasan pihak kewangan tentang kelewatan gaji aku tu- Aku tak dapat pun, dan aku dapat rasa yang aku memang tak akan dapat pun. Aku buat macam tu sebab aku nak bukti bertulis dan aku nak buktikan yang aku tak bodoh. Tapi aku tahu deorang bukan kisah sangat ikan bilis macam aku ni. Jadi aku tahu dan aku pasti yang aku memang tak akan dapat email tu.

Husband aku suruh aku habiskan kerja sampai bulan Jun ni, dan uruskan gaji Jun cepat-cepat. Selepas tu resign saja. Tapi resign dengan cara bermaruah.
Ya, aku akan resign dengan cara bermaruah walaupun aku sangat marah. Kalau ikutkan hati, aku nak resign notis 24 jam dan 'cuci tangan' bersih selepas itu dan laporkan hal ini kepada JTK bawah perkara lewat membayar gaji.
Tapi yang paling pasti, aku akan buat satu surat kepada pihak universiti kolaborasi untuk melaporkan hal ini. Aku akan turut mengesyorkan agar jawatan ini tidak lagi diwujudkan dan pihak universiti tak perlu lagi bantu jabatan berkenaan untuk dapatkan human resource kerana pihak jabatan tidak menjaga kebajikan pekerja. Aku akan buat ini. Janji.

Aku bermodal besar sebab aku berulang alik dari PJ. Aku tak isi tangki dengan air hujan. Aku tak lalu Tol Sg Besi hanya dengan seyum di tollgate dan barrier tu terbuka secara automatik untuk aku. Aku bawa bekal setiap hari selama sebelum Ramadhan dulu. Kalau modal aku untuk bulan Mei tak berbayar, macam mana aku nak roll dan survive untuk bulan Jun? Agak-agak koranglah, duit siapa yang modalkan aku untuk bulan Jun sekarang ni?
Duit husband akulah!
Jangan cakap: 'Eh takpelah...Husband awak kan enginner. Dia boleh tanggung awak~' Meh aku nak cili mulut tu
Dia memang boleh tanggung aku. Kalau aku tak kerja dengan jabatan lembap dan penipu ni pun, aku masih boleh hidup bawah tanggungan dia. Kalau macamtu buat apa aku kerja, kan? Dari dia modalkan aku (let say) RM400 untuk minyak dan tol aku, lebih baik dia bagi cash tu kat aku, aku duduk rumah tulis blog sambil uruskan rumahtangga. Blogging aku pun dapat buat duit siap boleh bayar road tax kereta dan cover Baby K masuk bengkel haritu, tahu?! Tapi aku nak kerja sebab ini personal and career goal aku. Cuma mungkin aku kena mengaku yang aku silap sebab terima tawaran ni. Silap besar sangat sebab aku ingat everything is ok memandangkan aku akan duduk dalam satu jabatan yang sangat stabil, gah lagi mahsyur di Malaysia. Rupanya tak. Fatamorgana betul~

Minggu depan orang dah sibuk nak bersiap untuk raya. Aku masih rasa sedih. Kadang-kadang aku rasa bersalah dengan husband aku. Niat aku bekerja supaya sedikit sebanyak aku boleh bantu dia nak buat persiapan raya. Tapi sebaliknya pula berlaku.
Husband aku pujuk; Sabarlah D. Dunia inikan bulat. Semoga susah ni, berkat sabar- Kita akan diberi kegembiraan. Hari ini kita mungkin di bawah. Esok lusa giliran kita pula di atas. Ayat klise. Tapi sebab keluar dari mulut orang yang aku sayang, aku hadam betul-betul sampai masuk dalam hati dan akhirnya aku mengaku apa yang dia cakap tu betul.

Lebih kurang 2 bulan aku tak ada gaji.
Dengan nama Allah aku tak akan redha pada tangan-tangan yang melambatkan urusan gaji aku. Nasihat aku, berhati-hatilah memohon kerja samada PSH atau kontrak. Gaji kau bukan automatik macam pegawai tetap. Gaji kau memang akan lambat sikit sebab kena habiskan sebulan kerja dulu baru boleh mohon gaji. Tapi dalam kes aku, agak malang sebab bukan lambat sikit, tapi lambat banyak.
Mujurlah suami aku kerja besar dan bergaji besar malah sebenarnya aku dah tak payah kerja pun~ Eh sedap juga ayat sindir ni kan?

Update:

Petang 17 Jun tu jugak aku dapat call for interview dari sebuah company pada 21 Jun di sebuah sentral di Kuala Lumpur (Kau tekalah sekali lagi). Masa tu aku tekad yang aku akan pergi dan aku takkan keluar dari company tu kalau tak dapat position tu (ok tu hyperbola).
Persediaan dilakukan secara senyap.
Bos aku tak tahu. Kalau dia tahu pun, biarlah. Biar dia tahu aku pun reti rasa kecewa. Bab duit gaji ini sangat sensitif, kan?

21 Jun
Aku pergi interview tu dengan memakai baju kurung kegemaran aku, kegemaran suami aku juga. Biar ada semangat kononnya. Aku dah telefon emak dan abah semalamnya. Mohon tembakan doa yang paling padu untuk perjuangan aku ni.
Korang boleh agak tak macam mana rasanya- Kau frust kat tempat kerja sekarang, dan kau betul-betul nak angkat kaki ke tempat lain? Ha itulah yang aku rasa.
Aku malas nak cerita bab interview tu.
Susah juga macam pandu kereta dekat bukit. Aku pun dah jadi terbelah bahagi. Entah dapat atau tidak. Kalau tak dapat, nampak gayanya aku kenalah kekal dengan jabatan yang bayar gaji lambat ni. Tawakkalna 'Ala Allah.

23 Jun
Pagi-pagi lagi aku dah gegarkan BKA mencari staf gaji B yang katanya uruskan gaji aku.
Aku cari sampai ke lubang gagang telefon tu dan akhirnya aku dapat dia. Fuh!
Aku: Encik, tolonglah bantu uruskan gaji Mei saya secepat mungkin. Encik pun dah dapat gaji Jun kan? Saya nak beli baju raya ni!
B: Ok cik. Nanti saya semak dulu ye. Saya kena pastikan gaji cik ni siapa yang bayar dulu. Kita di sini banyak bahagian.

Aku dengar dan layankan saja. Aku tinggalkan nombor telefon. Minta dia telefon balik dengan jawapan yang jitu.

Tak lama kemudian, dia telefon aku semula. Bagus. Sekurang-kurangnya dia bertanggungjawab.

B: Cik, gaji cik kita dah proses. Yang pasal MOF statement tu kan...Sebenarnya memang dah sedia ada. Cuma baru-baru ni dokumen tu expired. Jadi kita minta CLI perbaharui.
Aku: Tapi CLI sendiri beritahu saya yang dokumen tu TIADA dan cara deorang cakap tu macam bukan deorang yang kena sediakan dokumen tu. Kesian saya encik. Banyak online sale saya terlepas sebab tak ada gaji (Hahahah!)
B; Ok lah cik. Sekarang dah boleh standby depan Zalora atau boleh siap-siap ke Masjid Jamek
Aku: (Kuangasam kau game aku balik!)

Balik kerja, aku buka M2U. Memang laa belum ada. Siapa nak masukkan duit jam 4 petang. Tunggu sajalah esok, ya.

Sambil-sambil aku semak M2U tu, aku dapat satu email. Dari company yang aku interview dua hari lepas.
Tak ada (WALLAHI TAK ADA) apa yang mampu aku ucapkan. Aku menangis dan call suami aku.

Dia: Kenapa menangis ni?
Aku: D dapat kerja tu
Dia: Alhamdulillah
Aku: Thanks abang. Tengah speechless ni. I fight for my career goal for about 3 years since my last permanent job. Nanti kita cerita panjang ok. Malam ni D masak lauk berbuka best.

Yep, aku dapat kerja tu. Masih rasa macam mimpi dan terasa tak layak pulak nak terima kerja tu. Tapi aku bersyukur sangat-sangat. Pencarian panjang aku telah menemukan hasil. Semoga ini adalah jalan terbaik untuk aku, untuk keluarga aku. Hanya kawan-kawan rapat aku yang tahu bagaimana mencabarnya perjalanan karier aku. Jadi tak salah kalau aku rasa mereka adalah sebahagian daripada tiang kuat yang menyokong aku untuk bersandar.

Dan aku pasti korang pun dah boleh agak apa yang aku akan buat dengan kerja aku sekarang kan? Ya, aku akan letak jawatan dalam minggu depan dan tulis surat kepada universiti berkenaan tentang sikap jabatan ini melayan orang akademik seperti aku. Cuma aku tengah pening kepala macam mana nak menghadap bos aku yang agak bossy tu untuk aku bagitahu dia yang aku dah tak nak kerja dengan dia. Aku harap dia tak kena serangan jantung dan jatuh dari kerusi empuknya.

Apart from that, aku agak malu dengan Allah dan diri aku sendiri. Di saat aku diuji, sabar aku menjadi nipis. Sekarang bila Allah beri kegembiraan, aku sebenarnya rasa tak layak pun nak gembira atau apa. Aku malu. Aku rasa emosi aku tak adil dengan semua pemberian Allah. Aku memang teruk :(
Semoga Allah ampunkan dosa aku, semoga Allah jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak lupa diri.

Hari ini satu kebenaran agung telah terbukti. Kau pernah dengar ayat Quran: Bersama kesusahan itu ada kesenangan?
Nah. Allah dan bentangkan seluas-luasnya depan mata aku. Dan aku termalu pada diri aku sendiri tapi syukur- At least Allah masih sayang aku dan tunjukkan pada aku kekuasaanNya. Kalau dia dah benci dan lantakkan aku- Hanyutlah aku macam batang balak reput.

Sekian
Dhiya Dahlia
23 Jun 2016

12 comments

  1. Assalammualaikum D..PC faham perasaan D..bukan kerana baca apa yang D kongsi ini tapi kerana PC pernah alaminya..tanpa gaji hampir 3 bulan sebagai PSH..subhanAllah..masatu tnpa gaji...lalui ramadhan dan hingga habis raya...Allahu..tapi tak apalah...semuanya berhikmah..memang sangattt sakittt...

    ReplyDelete
  2. sedih plak yui bc.. kalau yui di tmpt sis. xtaula cmne hadapi. dugaan dlm kerja.

    ReplyDelete
  3. tahniahnyer., thanks citer ikhlas nih,, ;p

    ReplyDelete
  4. Ko 2 bulan je kami ni dah 3 bulan takda gaji pekerja psh.. Tngah usha cari kerja lain ni skg..

    ReplyDelete
  5. luppy, sebab taknak tunggu smapai 3 bulanlah weolls angkat kaki pada bulan kedua. hahahah! cukup2 lah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi D, kalau kita kerja xsampai sebulan then resign sbb dpt keje lain still dpt gaji x? Sbb takut kena game je

      Delete
  6. Sy pon sme D..da dua kali berturut turut kena..lagi2 skrg ni yg iris gajibsy tu orng baru memng lmbt lah dpt ya..mcm2 alasan keluar..dia ingat kita kerja goyang2 kaki..kita kerja ni nk hmpir patah kaki drpd pekerja yg tetap..

    ReplyDelete
  7. Hi kak d, baru baca blog post ni. seronok baca story ni huhu

    ReplyDelete
  8. Soalan dari Nurfatin Aida:

    Hi D, kalau kita kerja xsampai sebulan then resign sbb dpt keje lain still dpt gaji x? Sbb takut kena game je

    Hi Fatin,
    Awak berhak dapat gaji walaupun awak kerja sehari je kat company tu, sebaik awak sign surat terima jawatan. Kalau tak terima, awak boleh report kat labor law

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya pernah melalui saat saat begini. Sesiapa pun tidak akan faham sekiranya mereka tidak berada di tempat kita. Terutamanya pekerja tetap berpencen. Mereka tidak peduli kerana mereka berada di zon selesa. Saya yakin Allah mendengar rintihan kita yg senasib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, setiap kali Ramadhan, saya akan teringat kisah ni. sebab masa saya tak gaji ni, tgh bulan Ramadhan n orang bersiap nak raya. semoga allah murahkan rezeki kita :)

      Delete
  10. Boleh sy tau ni University mana awk kerja..
    Sebab sy ada apply byk kerja di University sbg kontrak
    Takut juga ni
    Wasap sy
    011-23391989

    ReplyDelete