Hai
Siapa pernah ke KL Food Truck Festival ni, angkat tangan!
Kalau yang belum pernah pergi atau yang masih belum tahu, KLFTF ini diadakan setiap malam minggu di Dataran Merdeka. Memang meriah sangat sebab masa kami datang tu, ada juga pameran automotif dan battle of the band.
Rasanya ini adalah tempat terbaik untuk hang out dengan keluarga (saya tak suruh dating dengan boyfriend, ya!) sebab diadakan pada waktu malam dan tak panas.
Berikut adalah gambar-gambar yang kami sempat ambil untuk menggambarkan suasana malam di KLFTF di Dataran Merdeka. Rasanya sekarang mesti ramai yang sudah sedar kenapa jalan depan Dataran Merdeka tu selalu ditutup setiap kali malam minggu.
Ha inilah jawapannya.
Banyak food truck, tempat duduk pun ada. Cuma satu yang say agak kecewa, makanan food truck ni kat mana-mana pun mesti agak mahal sedikit (mahal banyak sebenarnya) dari harga makanan biasa. Takkanlah hipster sikit terus jadi mahal kan? Kami tinggalkan KLFTF dan menghala ke pameran kereta. Yang ini kegemaran encik suami. Saya mengikut saja. Bingit telinga sebab bunyi muzik yang berdentum-dentum dari speaker kereta mereka yang macam-macam jenis dan kuasa. Adeehhhh!
Satu malam di Dataran Merdeka. Erm...macam tak berapa sesuai untuk bawak baby yang fragile tu. Banyak pencemaran bunyi!
Kalau orang tanya samada saya nak datang lagi tak? Saya nak datang lagi. Tapi nak bawa makanan sendiri dan lepak-lepak tepi padang tu dan makan. Tak mahu beli makanan di sana. Hahhahaha!
Dhiya
No comments