Gaji Mana Gaji?


Update 28 Jun 2016

Aku masih merayu, mengemis dan meminta-minta gaji aku sendiri. Dari Jumaat lepas bos aku cakap 'gaji you masuk hari ni'. Semalam pun 'gaji you masuk hari ni'. Berapa banyak hari ni daaaa~! Masuk hari ni memang aku tak percaya dah bila dia cakap macam tu lagi. Aku naik jelak.

Berdosa ke aku mintak hak aku sendiri? Tambah lagi dekat-dekat nak raya ni. Aku pelik betul dengan tangan-tangan mereka yang uruskan gaji aku ni. Takkan la tak ada sikit pun rasa kemanusiaan bila sampai bab duit-duit ni. Aku bukan mengemis duit orang lain. Itu duit hasil kerja aku.
Aku faham di mana-mana dalam urusan korang mungkin ada masalah dalaman, tapi takkanlah masalah dalaman tu berlarutan sampai 2 bulan sampai gaji aku pun ditahan tanpa sebarang notis macam ni?
Zalim, tahu?

Dengan nama Allah aku tak akan redha atas penganiayaan ni.

Aku sakit jiwa. Bukanlah sampai tak ada duit langsung. Tapi di mana 'reward' yang aku patut dapat sebaik aku dah buat kerja? Oh Tolong jangan cakap dengan aku bab ikhlas dan pahala. Itu bab lain. Korang pun kalau dah kerja turun naik tren, bayar tol, isi minyak sehari je RM15, belum masuk makan- Tiba-tiba tak ada gaji- Tidakkah kau rasa;

Dah buat apa aku kerja?
Charity work?

Semalam aku sudah hantar surat letak jawatan. Memang tragik habis. Itu aku cerita kemudianlah ok.
Hari ini pula aku sudah tandatangan surat terima tawaran kerja baru. Welcome to the family katanya. Itu pun aku cerita dalam entri lain nanti.

Kawan-kawan, doakan gaji aku masuk cepat. Aku ada weekend ni je lagi nak bersiap untuk raya. Nak la juga beli sebalang dua kuih raya untuk mak aku. Lepas tu dah nak balik kampung. Duit minyak dan tol, takkanlah suami aku spend sorang-sorang. Aku pun ada la niat nak bantu walau tak banyak.

Dan kepada CLI, BKA dan semua yang terlibat dengan kelewatan gaji aku ni, aku harap korang gembira di hari raya. Moga tidur korang lena sebab buat orang lain susah dan tak lena tidur. Gaji aku tak banyak. Suku je dari gaji bos aku. Tapi yang sikit tulah banyak pada aku dan aku nak bawa untuk family aku. Macam korang jugalah~ Ada mak ayah, ada adik beradik, ada anak buah. Habis kau ingat aku ada anak tekak je? Anak tekak pun kena bagi makan, kan?

Dah lah.
Aku nak memasak juadah berbuka. Tak boleh sedih-sedih sebab nanti tak ada perisa kasih sayang untuk suami aku.

Hahah
Dhiya
Gaji mana gaji?

No comments