Liebster Award by Adinda Baizura Mazlan


Bismillah

Banyaknya kene tag lately. Tapi maaf sangat sebab tak sempat nak respon terus dek kesempitan masa. 

Terima kasih, ABM atas ingatan. :) Saya sangat menghargainya...
Jadi mari saya selesaikan 'hutang' Liebster Award yang dikirimkan oleh ABM ni kepada saya. Saya recycle soalan yang sama je lah sebab sibuk dah macam isteri Perdana Menteri.

1. Perkenalkan diri anda secara ringkas. Kalau nak tambah pun boleh.
Dhiya Dahlia, lahir di Pahang. Bermastautin di KL.

2. Apa pendapat anda terhadap blog ABM?
ABM, saya tak boleh copy soalan Liebster tu. Tapi selainnya, saya suka blog awak sebab santai.

3. Siapakah 1 blogger perempuan dan 1 blogger lelaki yang menjadi pilihan anda?
Pilih diri sendiri boleh? I blog for myself dan amatlah malang sebab jarang buat rujukan tentang blogger-blogger ni. Tapi pada saya, blogger yang tulis entri dan ada update setiap hari adalah pilihan saya.

4. Andai kata masa boleh diputarkan, apakah perkara yang anda ingin perbetulkan dalam hidup anda?
 Saya nak kembali ke usia 17 tahun dan betulkan keputusan peperiksaan SPM dengan belajar semula bersungguh-sungguh.

5. Apakah gadget yang menjadi impian anda dan ingin dimiliki suatu hari nanti?
Tiada (setakat ini)

6. Apakah kenangan paling berharga yang anda tidak boleh lupakan sehingga di saat ni?
Terpilih sebagai mini ambassador ke Korea Selatan. Semua entri tentangnya boleh dibaca di sini

7. Apakah barang wajib yang ada di dalam beg anda bila keluar pergi jalan-jalan/kuliah?
Purse, tisu, pen, telefon bimbit.


8. Adakah anda seorang yang sukakan kucing? Kalau ada bela kucing please nyatakan nama kucing dan berapa ekor yang dibela
I'm not a fan of cat or any pets


9. Haiwan apa yang anda tidak suka? 
Katak. Er..kesian katak~


10. Apakah tajuk lagu kegemaran anda dan nyatakankan sebab mengapa lagu tersebut menjadi pilihan hati anda?
Ku Berlari. Dengar setiap pagi sebab boleh naikkan semangat.

11. Siapakah yang anda fikirkan di saat ni? Mohon dijawab dengan jujur ya!
Supervisor saya. Projek ni makin rumit pula menjelang akhir-akhir semester ni. Argh! 

Done!
Tapi maaf ya, ABM. Saya tak tag siapa-siapa sebab masa saya dah terhad untuk blogwalking.

4 comments