Bismillah
Hari ini Hari Raya Korban.
Di kampung saya ni, tak ada banyak beza sangat baik raya puasa atau raya korban. Meriahnya sama. Sebab tu saya sedih teruk tahun lepas apabila terpaksa beraya jauh di Korea Selatan.
Alhamdulillah tahun ini Allah beri izin untuk saya kembali bersama keluarga. Adik beradik tak ramai, begitulah. Kalau tiada salah seorang, terasa benar lohongnya.
Tahun ini kami sekeluarga tak masuk mana-mana bahagian korban pun. Insya Allah moga ada rezeki, tahun-tahun mendatang- Kita akan usahakannya.
Doakan juga, 10 Zulhijjah ini bakal memberi titik tolak baru dalam kehidupan saya. Banyak sangat yang perlu saya fikir dan atur. Meski saya tahu Allah sudah punya aturannya sendiri, tetapi saya sebagai hamba perlu usahakan apa yang termampu untuk diri.
Masih, seperti tahun tahun yang lepas- Keluarga adalah sumber kekuatan saya. Melihat wajah emak dan ayah, saya akan selalu menangis dalam hati. Pengorbanan mereka terlalu banyak kepada saya si bongsu ini. Sedang pengorbanan saya masih tiada apa-apa. Along dan akak pula adalah simbol kemandirian saya. Kami membesar dalam keluarga kecil, tanpa adik beradik lelaki. Kamilah anak gadis yang belajar memasak, kami jugalah anak lelaki yang melindungi diri kami sendiri. Sungguhlah. Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Usaha itu maruah. Jadi nilai tambah.
Selamat Hari Raya Eidul Adha 1435H
Ikhlas,
Dhiya Dahlia
Salam aidiladha...Moga aidiladha membawa makna kiepada kita.. :D
ReplyDelete