POPULAR: Buku Baru Lagi


Bismillah

Selasa lepas, saya 'terlepas kandang' lagi. Dapat ke POPULAR pula. Pada mulanya macam tak ada niat nak membeli apa-apa pun. Tapi jalan punya jalan seluruh pelusuk kedai tu, saya terjumpa pek kombo judul ni.

Saya tak fikir panjang dan terus beli. Memang agak lama juga dah cari siri buku ni. Ada dua buku dari genre yang sama saya beli tahun lepas, tapi dalam Bahasa Melayu keluaran PTS. Kelemahannya adalah terjemahan yang agak lemah dan tidak mencapai maksud yang sama seperti buku dalam bahasa asal.

Jadi sebab tu saya mencari sangat buku yang tidak diterjemah. :)
Men Are From Mars, Women Are From Venus.
Mars and Venus Together Forever
Dua buku ni dibalut sekali pada satu harga- RM49.90. Agak-agak berbaloi tak? Memang berbaloilah kan?
Saya tak fikir panjang untuk laburkan BB1M saya yang pertama untuk buku ini. Halallah baki sekupang tu. Yang penting saya dapat buku idaman saya!
Dah mula baca buku putih.
Saya rasa dah sampai masanya saya baca buku-buku macamni sebab saya banyak sangat perbezaan dengan orang lain, terutamanya dengan kaum lelaki. Kadang-kadang apa yang saya fikir, apa yang saya maksudkan dan apa yang saya mahu langsung tidak boleh dimengerti oleh mereka. Mungkin mereka memang begitu, atau saya tidak mahu bertoleransi dengan mereka.
Semoga buku ini dapat membantu memberi idea.
Inilah rupanya kalau bercakap dengan orang yang tak sama minat dengan kita. Di saat saya sangat teruja dengan buku baru, ada orang macam tak ada perasaan. Gr...~
Tapi tak apa...Saya tak rugi apa-apa pun dengan hobi saya ni. Malah saya rasa sangat diberi nafas baru. Buku masih gagal menandingi bahan bacaan lain dari media sosial atau mana-mana sumber internet. Sekali sekala, kita kena berbalik kepada buku.
Kawan-kawan, kalau tak ada pesta buku pun- Pergilah kedai-kedai buku berhampiran dan reward diri sendiri dengan senaskah dua buku. Orang yang membaca, menambah ketamadunan bangsa. Jadilah sebahagian daripadanya! 
Jom!

Salam sayang, 
Dhiya

2 comments

  1. yeah!!
    Sama la. tapi skrg mcm dah tersadai sikit sebab hujung2 sem ni banyak pulak kerja sekolahnye

    ReplyDelete