Bismillah
Destinasi terakhir dalam siri Gongju.
Selepas menghabiskan satu pusingan lawatan di Hanok Village, kami mengambil teksi untuk ke Tomb of King Muryeong. Sebenarnya jarak antara dua tempat ini dekat sahaja, tapi bagi meraikan Kai dan Ten Ten, saya dan Kak Ammar bersetuju untuk menaiki teksi.
|
Replika tugu berhadapan dengan Tomb of King Muryeong yang dihiasi dengan bunga hidup. Subhanallah... Cantik sangat. Kalau nak diikutkan jakun, memang saya akan petik bunga-bunga tu! |
|
Tak tipu, ini bunga hidup. Geram sangat! |
|
Gongju memegang tagline Hi-Touch Gongju. Saya tak pasti bagaimana, tapi saya yakin setiap daerah di Korea Selatan ini akan ada tagline mereka sendiri. Daejeon memegang tagline It's Daejeon. Mungkin ini adalah identiti daerah mereka. |
|
Sebaik turun dari teksi, kami terus menyeberangi jalan dan masuk ke Ungjin Baekje Historical Meseum. Muzium ini terletak sangat dekat dengan Tomb of King Muryeong. Dah alang-alang tu, kami ke sini dahulu. |
|
Bukti saya telah ke sini. Nak harapkan letak muka sendiri, memang belum lagi. Kami hanya mengambil masa kurang 15 minit di sini, sebab muzium ini memaparkan sejarah setempat. Maaf sangat sebab kami tak ada jiwa untuk menghayati sejarah tersebut tambahan pula banyak penerangan yang disediakan adalah dalam bahasa tempatan. Kisah dalam muzium ini berkait rapat dengan ketokohan King Muryeong yang dikatakan banyak berjasa. Sebab tu sebelum ke Tomb of King Muryeong, perlu masuk ke muzium ini dulu untuk sekurang-kurangnya faham cerita. |
|
Pintu hujung akan membawa kami terus ke Tomb of King Muryeong. Kalau tak mahu pergi pun tak apa, ada pintu keluar. Tapi sebagai pelancong, kami tak akan melepaskan peluang untuk melihat tempat orang. |
|
Ada lif yang membawa kami ke bahagian atas muzium, dan terus ke pintu masuk Tomb of King Muryeong. Tempatnya unik tapi canggih. Lif ni berada dalam hemisfera kaca dan boleh lihat pemandangan luar. |
|
Ini gambar lif yang kami naiki tadi. |
|
Pintu masuk. Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, dalam banyak-banyak tempat di Gongju yang kami lawati, semuanya percuma kecuali Tomb of King Muryeong ini. Memang mengujakan. Mereka sangat menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan hingga membenarkan free admission dalam banyak tempat yang boleh gain knowledge. |
|
Tomb of King Muryeong. Kubur terbesar milik pemimpin agung masyarakat setempat. Mula-mula rasa ngeri je nak masuk ke dalam. Tapi rupa-rupanya di dalam tu bukan kubur semata-mata. Body pun dah tak ada. Banyak penerangan dan kesan-kesan sejarah. |
|
Berikut adalah langkah dan proses menggali kubur sebaik menerima berita kematian pemimpin mereka. |
|
Proses tradisional ini sangat panjang sebab masa tu masih tiada mesin dan teknologi canggih. |
|
Batu bata pun mereka buat dan bakar sendiri, untuk pengebumian pemimpin yang disanjungi. |
|
Membuat keranda |
|
Saya tak pasti ini proses apa, tapi seolah-olah ritual atau upacara keagamaan. |
|
Setelah mayat dikebumikan, mereka akan menimbun tanah supaya kubur tersebut menjadi tinggi. |
|
Pintu juga dibina. Pintu yang kami masuk ke dalam Tomb of King Muryeong tu adalah pintu sebenar yang dibina semasa proses membina kubur beliau. |
|
Lama-kelamaan, kubur tersebut akan dilitupi rumput dan kelihatan seperti bukit bukau yang cantik. |
|
Ini gambar sebenar. Sebaik keluar, saya dapat ambil satu gambar begini. Nampak cantik je. Tak rasa spooky atau apa-apa. Kawasan ini pun dah jadi macam kawasan rekreasi untuk pengunjung setempat. Kebetulan semasa kami datang ni, musim luruh baru bermula. Banyak daun-daun sudah bertukar warna. Siap ada wedding photography lagi. Haha! |
|
Lupa saya nak cerita tadi. Ini adalah ruang sebenar yang menempatkan jasad King Muryeong. Boleh masuk kalau berminat nak tengok hiasan dindingnya, tapi saya tak masuklah. Dindingnya memang cantik. Hiasan tu dah macam susunan buku dalam perpustakaan. |
|
Lagi pandangan luar |
|
Sempat ambil satu gambar ni. Kami sempat beramah mesra dengan satu pasangan Korea yang bersiar-siar di situ. Jadi dek tak tahu nak sembang sangat sebab masalah bahasa, kami bermain dengan anak kecilnya dan ambillah gambar, nampak la macam penghargaan. Tapi memang betul..saya suka kaedah tu. Mereka pun gembira sebab rasa macam dihargai dan diingati. |
|
Pengunjung yang datang. Ramai kan? Jadi tak perlu takut atau bimbang. |
Alhamdulillah siri Gongju sudah tamat. Saya akan masuk ke destinasi yang lain pula, yang lebih menarik lagi. Lapan minggu ini terasa panjang kerana saya telah menggunakannya dengan optimum. Tak sabar untuk terus menulis.
Tunggu!
Salam sayang,
Dhiya
No comments