Bismillah...
Jom...
Saya kembali bawa cerita hidup di Korea. Kali ini siri Seoul yang boleh tahan menariknya :)
Rasanya saya pernah beritahu sebelum ini, yang program kami memang ada diselitkan dengan cultural visit
selari dengan objektif program ini bagi membolehkan kami memperolehi
ilmu dan kemahiran di samping menghalusi kehidupan tradisi dan
kebudayaan setempat. Selalunya slot Jumaat ni ditaja penuh oleh pihak institut dan memang sudah dirancang dengan baik dalam itinerary.
Jadi 18 Oktober (Jumaat) kami tidak ada kelas. Visit to Seoul tu kira macam learning session jugalah, cuma lagi best kut sebab bukan duduk bertapa di dalam kelas sambil tersengguk mengantuk~ Haha!
Dalam siri ini, kami hanya berpeluang melawat tiga tempat sahaja iaitu Gyeongbokgung Palace, Insadong dan Namsan Tower.
Sebab?
Jarak perjalanan dari Daejeon ke Seoul memakan masa 3 jam, tetapi lawatan ini hanya sehari. Jadi pihak institut tiada pilihan lain kecuali memilih beberapa tempat yang terbaik untuk dilawati.
Kami pun dah sedia maklum akan hal ini dan memang dah rancang untuk kembali ke Seoul sekali lagi dua minggu dari tarikh ini dan bermalam di sana atas kos sendiri untuk menikmati Seoul sebagai seorang pelancong backpackers. <--------------Ni cerita lain ye :)
Dah nama pun trip yang ditaja, kami menaiki bas persiaran ke Seoul seawal jam 8 pagi, dengan suhu 9 darjah Celsius. Cuaca baik...cerah dengan sinaran matahari. Tapi suhu ni sama macam duduk dalam peti ais. Baru peti ais ya. Dah hujung-hujung program, suhu mencecah -1. Lagi laaa menggigil. Mandi pun malas. Jadi mengenakan trench coat, bersarung tangan dan berstokin tebal itu bukan drama. Nak pergi tandas dan ambil wudhu' pun bukan main berkira lagi!
Menghala ke Gyeongbokgung Palace. Jom baca entri saya yang seterusnya!
Salam sayang,
Dhiya

Perjalanan tiga jam tidak pernah mengecewakan. Kami disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik. Ini pemandangan yang saya lihat sebaik kami memasuki bandar Seoul. |
Macam saya katakan tadi, Seoul ni macam Kuala Lumpur. Banyak bangunan tinggi-tinggi dan kenderaan yang bersesak-sesak. Pelancong sangat ramai. |
Satu yang istimewa, bandar ini selamat dan mesra pelancong. Sebab tu awal-awal lagi kami dah rancang untuk gamble sekali lagi ke Seoul sebagai backpackers dan berjalan sendiri |
Korea sangat memberi perhatian kepada pejalan kaki. Laluan mereka sangat dihormati dah macam karpet merah. Lampu isyarat untuk melintas jalan sentiasa berfungsi tanpa gagal. Bagaimana di Malaysia??? |
Antara tempat menarik untuk dilawati di Seoul. Masa ni saya masih berada di dalam bas. |
Menghala ke Gyeongbokgung Palace. Jom baca entri saya yang seterusnya!
Salam sayang,
Dhiya
hai, ditag
ReplyDeletehttp://madihahdaisy.blogspot.com/2013/12/giveaway-giga-join-win-by-wanie-putri.html