Doily Paper di 2Ply Kuala Selangor


Bismillah...

Lama menyepi, tiba-tiba terus update cerita pasal doily paper kan~
Konon stunning sangat lah tu!

Saya pernah buat research on this lama dulu sehinggalah terjumpa banyak review yang mengatakan 2Ply menyediakan variasi doily paper.

Mungkin ramai yang dah maklum, doily paper ni sangat popular di kalangan B2B yang DIY- (Bakal pengantin yang buat persediaan dengan menggunakan kreativiti sendiri)- Dan saya adalah sebahagian kecil dari mereka :) <--------- Wah dah mengaku sekarang~

Kebetulan 5 Disember lepas, saya berada di bandar Kuala Selangor. Bandar tu kecil je. Kalau pusing-pusing tu memang tak sesatlah. Tujuan utama adalah untuk mencari alat kelengkapan umrah, tapi masa memandu perlahan di situ, saya ternampak 2Ply ni. Masa tu seronok lah sebab selama ni rasa mustahil sebab semua cawangan 2Ply jauh dari saya. Sekarang ni memang kebetulan sangat.

Selepas urusan utama, saya singgah juga ke 2Ply ni tapi bukanlah sebab doily paper sangat. Saja nak tengok-tengok sambil survey barang.
2Ply menyediakan kelengkapan membuat kek dengan cemerlang sekali. Banyak sangat pilihan. Masa ni saya mulalah bercita-cita nak buka bisnes buat kek pula. Melihatkan keperluan yang super-complete di situ, memang rasa nak belajar buat kek!

Doily paper?
Adaaaaa....
Tapi tak banyak pilihan. Apabila saya tanya pekerja di situ, mereka cakap mereka kehabisan stok sebab lately ramai pula yang beli dalam kuantiti yang banyak. Lain kali, mungkin ada.
Tu mesti B2B DIY lah yang beli tu. Hahaha~

Akhirnya saya keluar dengan jenayah belian ovalet dan sepaket doily paper (akhirnya). Cis...ada damage juga rupanya!

Ok nak cerita tu je. Dapat beli doily paper (bukan borong) di 2Ply Kuala Selangor. B2B DIY sila terjah ya. Tapi kena cepat dan bergantung kepada nasib juga sebab stok mereka macam ombak laut. Ada pasang surut :p

Senyum sebab dapat doily paper,
Dhiya

4 comments

  1. Projek bunga telur n bally shoes dh sambung smula dah..hehehe

    ReplyDelete
  2. Belum mula lagi. Tgh kira stok raw material je baru :(

    ReplyDelete
  3. Caiyok!!! Nnti aku boleh mintak nasihat n blaja dr ko..yeay!

    ReplyDelete
  4. Caiyokk!!! Nnti aku boleh blaja dgn ko..yeay!

    ReplyDelete