DIY reben: Sibuk nak cerita juga!


Off- Korea story.

Baru semalam cucuh api di WhatsApp- pada salah seorang rakan baik, pasal bunga telur DIY. Saya kata gambar yang dihantar tu ekslusif. Tak ada di blog.

Tapi

Tapi

Tapi

Terasa nak kongsikan juga sekeping dua gambar cerita DIY ni. Bukan pasal the whole bunga telur, tapi one part of it iaitu simpulan reben.


Bunga kembang saya tu rasanya tak payah la dibincangkan lagi. Dah banyak kali saya tayang kat sini. Sebenarnya part reben ni saya sangatlah stress sebab tak tahu nak simpul macamana (sebenarnya la).
Tengok gambar bunga orang, elok je reben tu tersusun dekat bunga tisu tu. Dalam hati saya membebel apesal korang buat jadi, aku buat terus ke laut~???
Puas saya google sana sini mencari tutorial sampai saya hampir putus asa dan untuk batch pertama simpulan reben ni, saya TERPAKSA tempah dari orang untuk buat benda mudah macamni.
 
Abaikan tracking number Poslaju tu. Melainkan kalau ada yang nak tempah simpulan reben ni dari saya. Harga murah, harga blogger je :p
Setelah melakukan R&D yang agak lama, akhirnya saya berjaya menghasilkan simpulan reben ni sendiri! (Tepuk bahu sendiri). Ramai yang tanya apa besar sangat keperluan benda ni? Heh~ Tak apalah kalau ada yang cakap macam tak perlu. Tapi esok lusa kalau saya tunjuk gambar bunga telur yang dah siap, mesti ada yang tanya balik macamana nak buat simpulan reben ni. (flip hair~) Haha!- Ok. gurau.

Kesimpulan:

1. Jangan cepat putus asa atas setiap apa yang kita lakukan.
2. Teruskan berusaha sehingga dapat apa yang kita mahukan. (sama je maksudnya dengan 1.)
3. Jadi pekak ni kadang-kadang bagus. Kita akan abaikan cakap-cakap negatif yang boleh menjatuhkan semangat kita. (Tapi jangan jadi pekak badak)
4. Sikit- sikit lama-lama jadi bukit.
5. Berjimat cermatlah!

Ni yang dah gigih sangat buat semua ni kenapa? Dah confirm ke?- Diri sendiri bertanya kepada diri sendiri.

Terdiam sekejap.

Belum confirm. Tak tahu pun apa yang ada di depan.

Lantaklah. Sekurang-kurangnya saya sedang berusaha ke arah itu dan saya mahu memudahkan apa yang sepatutnya mudah.
Kalau bunga-bunga telur tu (dan raw material nya) bukan ditakdirkan jadi hak saya, saya akan berikan kepada rakan-rakan saya. :)

Salam sayang,
Dhiya

No comments