Tiba di Daejeon (21 September 2013)


Bismillah

Baru nak kongsi gambar masa mula-mula sampai. Dah basi seminggu.

Penerbangan Korean Air kami selamat sampai jam 7 pagi waktu tempatan. Urusan imegresen dan lain-lain tu lama juga. Dr. Jung yang menunggu kami pun katanya dah menunggu lebih 2 jam. Kami juga diberitahu oleh beliau yang perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon mengambil masa lagi 3 jam untuk sampai ke Daejeon.

Mujur, bas yang membawa kami tu cukup selesa. Mula-mula duduk, teruja juga nak ambil gambar pemandangan kiri kanan bas. Rasanya tak sampai sejam, saya hanya memilih untuk tidur. Masa turun makan di RnR (kut), saya tak turun. Tidur lagi best kot~

The arrival
Si ketua darjah. Keluar je dari balai ketibaan, kami mencari-cari juga wakil yang menjemput kami. Tapi tak ada. Atas inisiatif sendiri, tulislah KRIBB tu walaupun tak jelas. Belum sempat display, wakil kami datang menjadi penyelamat. Yeay survive!
Antara pemandangan dari dalam bas.
Masa ni kami jalan-jalan di Yuseong, tempat macam pasar jual barang harian. Tapi kebetulan masa tu cuti umum, tempat tu lengang.
Kiri dan kanan kami banyak kedai-kedai kecil macam ni.
Cuaca baik. Rasanya macam lebih kurang Malaysia. Tapi untuk pengetahuan, 4 hari selepas ketibaan kami, suhu dah cecah 14 darjah. Sejuk macam Korea. Muahaha!
Berjalan kaki untuk ke J Buffet. Dr. Jung nak bagi makan. Katanya pelajar Malaysia susah sikit nak bagi makan. Jadi pergi buffet adalah pilihan terbaik sebab boleh pilih apa nak dan boleh makan. Insya Allah kami survive dan boleh jaga diri di sini.
 Cerita J Buffet akan saya kongsikan dalam entri berikutnya. Insya Allah. Kita tengok dulu macamana kesibukan minggu ini. Minggu baru, kelas baru, pengajar baru.

Salam rindu,
Dhiya

No comments