Petrol: Dua Kupang yang Hilang


Saya sangat emosi apabila terpaksa mengakui bahawa berita itu bukan khabar angin. 
Ianya benar-benar dilaksana, benar-benar terjadi...

Saya tak berminat untuk menambah lagi perasa dalam isu ini. Di luar sana kita sudah boleh menebak dan mengagak respon seluruh rakyat marhaen.

Cumanya saya secara peribadi agak terkilan apabila mengenangkan Elis. Entah mengapa dia yang hinggap dulu dalam fikiran saya. Saya kenal dia. Bekerja sebagai seorang jurutera (bunyi memang hebat~) menuntut beliau untuk banyak bergerak menggunakan kereta untuk ke sana ke sini. Itupun sejak bekerja, dia masih kekal dengan keretanya yang satu itu. Jauh sekali hendak menukar kereta yang lebih sepadan dengan jawatannya. Jauh!
Saya tahu perbelanjaan di Kuala Lumpur sangat tinggi. Saya juga pernah tinggal dan bekerja di sana. Jadi saya faham bagaimana kenaikan minyak Ron95 yang paling banyak digunakan oleh kita semua memberi kesan berantai kepada hal-hal yang lain.

Harga bahan mentah makanan akan naik
Harga makanan siap masak di restoran-restoran juga akan naik
Teh O mungkin boleh mencecah RM1.70 segelas
Roti canai kosong boleh naik lagi 2-3 kupang
Hanya kerana apa?

Hanya kerana kos pengangkutan yang naik
Hanya kerana harga bahan api yang meningkat
2 kupang.

2 kupang yang nampak sedikit
Tapi semoga kita semua tahu yang pencari rezeki yang menggunakan bahan tunggang atau bahan pandu, mereka 'meneguk' Ron95 itu.
Kerana itulah makanan dan minuman ruji mereka.

Merasionalisasikan subsidi.
Bukan ini caranya.

Saya berdoa
Semoga pak menteri yang terlibat dengan keputusan itu, agar tidurnya tidak lena sama seperti tidak lenanya rakyat marhaen memikirkan nasib survival  mereka.

Maaf cakap, saya tumpang kecewa

Salam bantahan,
Dhiya

No comments