Terkini Tentang Hobi Bunga Tisu Saya


Bismillah

Malu sebenarnya nak tunjuk pada pembaca. Apalah sangat bunga keras kejung si Dhiya ni. Tapi mengenangkan saya betul-betul gembira, menikmati dan puas hati dengan hasil tangan sendiri, saya tolak semua rasa segan dan malu tu.
Harapnya sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada rakan-rakan saya yang sedang gigih dengan DIY macam ni.

Tolak tepilah mulut-mulut orang yang selalu menilai dan memandang material dan wang ringgit. Yang penting, kita berjimat cermat.

Sejak minyak naik ni, siapa yang nak berbelanja lebih? Semua nak berjimat. Dua tiga kupang tu pun dah berkira sangat sekarang. Betul kan?

Jadi pasal DIY bunga-bunga ni, saya rasa kita tak perlu malu. Entah-entah hasilnya sama cantik je macam bunga yang dibeli di kedai pada kos yang jauh lebih rendah!

Silakan, gambar-gambar saya:

Ini kertas-kertas warna dusty pink saya yang baru dilipat. 1 lipatan tu, ada 4 helai dan boleh buat 1 kuntum bunga.
Ada beberapa kuntum yang saya dah kembangkan. Tapi atas sebab isu penyimpanan, saya tak kembangkan semua. Bunga yang dah dikembangkan ni lebih susah nak simpan.
Sekarang ni, saya memang sedang fokus untuk 2 warna ni. Baby blue macam dah cukup dan dah elok tersimpan dalam kotak.
Sempat kut siapkan semua ni sebelum terbang ke Korea. Ke ada yang nak buat kerja sambilan?
Sebekas lagi perlu dilipat, dan dijadikan bunga.
Rasanya macam dah boleh ambil tempahan kut. Siapa-siapa nak ambil tempahan dengan saya? Hews~
Ok, ini kisah reben dan organza merah darah saya pula. Saya fikir nak digabungkan dengan bunga tisu putih saya. Kita blend ajelah dengan apa-apa warna, asalkan cantik. Tapi setakat ni warna merah darah dulu. Nasib baiklah tema warna warni...
Ok. Bak sini nak puji diri sendiri. Gabungan merah dan putih ni memang cantik.
Nak tempah? Boleh. Tunggu saya balik dari Korea ye. :)
Ada cadangan lain selepas merah darah ni? Bunga putih memang boleh masuk dengan banyak warna reben dan organza. Cadangkan ye!
 Wah...Meriahnya. Macam dah ada tarikh je. Ces...Ini hanyalah hobi masa lapang saya sejak beberapa bulan lepas. Tapi tak apa. Barang ni tak obsolete dan tak payah pun nak jaga, nak bagi makan atau nak siram air. Lagi 2-3 bulan sebelum tarikh bolehlah mulakan misi jadikan pokok bunga telur. (Eh, bunga telur?)~ Sekarang memang buat raw material sahaja.

Ok. Tempahan diterima.
(berani la kau, Dhiya!)

Salam bunga,
Dhiya Dahlia

2 comments

  1. Cuba combine wrna putih dgn very ligth lime green dayah..;)

    ReplyDelete
  2. Utk kau ke? Yeay!
    Btw aku mmg nak blend dgn bnyk warna sbb ada more than 1k pcs dgn aku skrg.
    (Tarik rambut)

    ReplyDelete