Awesome sangat.
Keputusan temuduga untuk jawatan Pegawai Penyelidik yang saya hadiri pada 4 Julai lalu telah diumumkan melalui email.
Di laman SPA masih belum ada. Entah.
Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.
Alhamdulillah.
Kalau saya berjaya
Mungkin saya seronok, dua tiga ronok sambil melompat tinggi ke langit
Mungkin juga saya tambah pening kepala dengan macam-macam urusan yang perlu diselesaikan
Mungkin juga saya lupa yang semua ini Allah punya
Sebab...
Sebab iman saya mash senipis kulit bawang
Sebab ilmu saya masih dangkal
Tak rasa sedih mana pun, sebab saya tahu saingan memang tinggi. 750 calon, yang dicari hanya 5 orang. Lagi pun ini adalah pengalaman pertama saya dalam temuduga perkhidmatan awam. Jadi masih banyak yang perlu diperbaiki dan saya yakin saya telah dan akan belajar banyak perkara dari pengalaman pertama ini.
Untuk yang berjaya, tahniah!
Insya Allah kalau ada peluang lagi di masa akan datang, saya dah tahu di mana kekuatan dan kelemahan yang perlu saya perbaiki.
Salam optimis,
Dhiya
No comments