Siapa kata duduk rumah boleh goyang kaki.
Minggu ini sepatutnya minggu terakhir untuk bersenang lenang di rumah dalam cuti semester. Ahad ni dah kena kembali ke kampus. Tapi disebabkan harga minyak yang naik, saya ambil keputusan untuk tidak kembali ke kampus. <---- Ok, itu tipu.
Rasanya rakan-rakan terdekat dah maklum yang saya tidak mendaftar untuk semester akan datang ini.
Minggu depan sudah mula team building. Teruja dan ada juga sikit-sikit takut. Iyalah...Dah tua-tua ni, rasa tak layak dah untuk team building. Namun mengenangkan nak hidup bersama seramai sepuluh orang tu lah selama 8 minggu, memanglah kena attend team building.
Barang-barang tak mula membeli lagi. Rasanya tidaklah nak shopping beria pun. Tapi mungkin ada beberapa barang yang perlu seperti luggage dan beberapa helai baju sejuk. Entah bilalah nak membelinya. Masa makin suntuk. Ya Allah!
Kalau barang pun belum beli, mengemas apatah lagi! Ehuu.
Senarai barang dah ada. Cuma tinggal nak masukkan ke dalam beg sahaja. Itupun perlukan motivasi juga. Tunggulah. Seminggu sebelum, mesti semangat tu akan datang sendiri. Doakan!
Baby K akan diletakkan bawah jagaan abah. Tak boleh jalan jauh-jauh dah. Minyak dah naik 2 kupang je. Jangan sedih sangat. Lepas ni kita kena lebih berjimat. Bila dah jadi macam ni, saya dah tak rasa nak dapatkan Baby K adik. Mungkin saya dan dia akan kekal selamanya berdua. Rakyat biasalah katakan. Miskin, tak mampu!
Memang la sibuk sekarang. Bila orang tanya banyak pun, cepat je rasa nak marah. Hai la diri. Mari duduk dan muhasabah sekejap...
Salam sayang,
Dhiya
Semoga kwn aku sorg selamat pegi..selamat kt tempat org...selamat balik..:)
ReplyDeleteJaga diri kak! :D..hahaha
Semoga cita2 kamu terus tercapai..:)
Thanks olin.
ReplyDeleteTakde cita2 lain kecuali nak menamatkan pengajian dgn jayanya dan kembali ke desa menyumbang daya. Mungkin nk jd wakil rakyat kwsn ni kut. Hee