Bismillah
Enam hari di Kuala Lumpur atas urusan yang bermacam-macam telah membawa saya ke slot makan- durian-sampai-muntah ini.
Terima kasih Elis yang sudi melayan kerenah saya yang teringin sangat akan durian.
Saya tak pasti sangat tempatnya. Biasalah...saya kan memang tak kisah sangat pasal jalan ni. Tapi yang pasti, di kawasan Wangsa Maju dan Seri Rampai tu memang banyak terdapat lorry stall yang menjual durian. Bagi yang culas untuk membawa pulang durian dek sayangkan bau asli kereta baru masing-masing, mereka turut menyediakan tempat duduk untuk makan di situ sambil menikmati udara segar.
Pilihan banyak. Ada yang RM10 untuk 5 biji, RM10 untuk 4 biji bergantung kepada kualiti dan saiz. Ada juga yang jual kilo. Katanya itu durian bukit dan rasanya lebih sedap. |
Kami pilih yang 2 biji RM10. Puaslah untuk dihadap berdua. Lebih kurang macam seorang sebiji. Tapi lepas tu melilau masuk Jusco sebab nak cari aircond. Mauahaha! |
Eh ada sesiapa yang tak makan durian ke kat sini? Aish~ Ruginyaaa.
Saya ada kenal seorang rakan semasa di universiti dahulu- Dia memang tak boleh dekat langsung dengan durian. Kalau rakan-rakan bawa balik durian dan makan di dalam bilik, dia akan berlari keluar dan lebih teruk boleh jadi muntah-muntah. Hai laaa...
Tapi tak boleh nak cakap banyak juga. Mungkin dia memang tak boleh dengan durian macamana saya tak boleh dengan ikan keli.
Salam sayang,
Dhiya
No comments