Bismillah...
Saya sekarang berada di Kuala Lumpur, sejak hari Rabu 11 September lepas. Kedatangan saya kali ini atas banyak urusan. Multiple purpose, multiple aim.
Disebabkan penat dan tak larat minyak naik, saya ambil keputusan untuk hanya menaiki bas. Kebetulan, saya baru terima panggilan dari abah pagi ni, mengatakan bateri kereta saya lemah dan enjin kereta tak boleh dihidupkan. Fuh! Lap peluh (-.-)
Kalau saya bawa kereta tu ke Kuala Lumpur, mesti saya tengah gelabah sekarang! Memang betullah Allah tu Maha Mengetahui.
12 & 13 September 2013
(Khamis & Jumaat)
Kursus Synergize! High Energy Team Performance Program telah diadakan di Commonwealth Forest Park & Resort Rawang.
Masya Allah tempat ini memang cantik dan sangat tenang. Terletak jauh dari hiruk pikuk Kuala Lumpur menjadikan tempat ini sunyi dan terasa seperti berada di kampung.
Program kami boleh dikatakan sebagai program persediaan sebelum berangkat ke Korea minggu hadapan dan diadakan selama dua hari satu malam. Dapatlah saya berkenalan dengan beberapa orang rakan baru manakala selebihnya adalah rakan-rakan saya semasa di TPM tiga tahun dahulu.
Walaupun hanya dua hari, tapi saya sangat gembira dan banyak modul yang telah kami lalui untuk memantapkan group bonding kami bersepuluh agar dapat hidup rukun dan damai di Korea. :)
Saya juga sangat teruja dengan pengalaman ini. Banyak modul yang tidak pernah saya lalui sebelum ini. Memang saya tabiklah Conseiller Consulting yang diketuai oleh Encik Amir atas perkongsian singkat yang bermakna ini.
Dan ya, saya tak akan lupakan modul The Last Mohican yang sangat 'menakutkan' itu. Insya Allah segala tauladan baik yang diperolehi, saya akan aplikasikan dalam perjalanan kehidupan saya ini.
Terima kasih kepada mak dan abah, penaja, rakan-rakan seperjuangan, rakan-rakan yang bersusah payah untuk saya semasa di Kuala Lumpur dan Elis yang banyak menaruh percaya atas kemampuan saya yang sepicing ini. Doakan, pengalaman singkat nanti akan memberi manfaat kepada semua orang di sekeliling saya dan memberi nilai tambah dalam diri saya. :)
14 September
(Sabtu)
Alhamdulillah, saya berjaya mendaftar masuk ke guest house KTSN ini dengan mudah setelah banyak ujian dan dugaan dalam mendapatkan tempat bermalam.
Sebaik melangkah masuk, saya sangat terkejut. Rumah tamu ini sangat besar, dilengkapi satu bilik tidur, satu bilik air dan ruang tamu yang tersedia televisyen, peti ais dan meja makan.
Saya hanya duduk seorang dan tidak terfikir pun untuk menerima semua kemudahan ini. Saya ingatkan ianya hanya sebuah bilik sederhana dengan kelengkapan tilam dan katil sahaja. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah.
Kenapa saya mendaftar masuk ke rumah tamu? Kenapa tidak terus balik selepas program di Rawang? Jawapannya pendek saja: Saya nak membeli belah!
Alhamdulillah persiapan yang sedikit-sedikit itu telah berjaya saya cukupkan. Alah. Bukan nak merantau lama pun. Persiapan pun biasa-biasa sahaja sebab banyak barang saya dah ada semasa persediaan ke Beijing dulu. Saya cuma beli sedikit barang-barang travel- tambah dua helai jaket tebal dan sepasang kasut sebab dah ada bau-bau yang akan banyak melancong! Yeay! (eh~)
15 September 2013
(Ahad)
Bangun dari tidur, tiba-tiba terasa sakit-sakit badan. Sekarang baru saya ingat yang sejak sampai Rabu lepas, tidur saya tidak sesempurna tidur malam tadi. Team building yang lasak, shopping sakan dan berjalan ke sana ke mari buat saya penat, tapi seronok!
Hari ini perancangannya masih rahsia. Jadi saya tak boleh dedahkan apa-apa.
Sabar, ya.
Saya akan balik ke Pahang esok untuk siapkan barang. Insya Allah akan berada di kampung hingga Khamis dan akan kembali ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke KLIA untuk memulakan pengembaraan saya selama 2 bulan di bumi Daejeon, Korea.
Teruja, tambah takut, tambah sayu. Bakal rindu.
Salam sayang,
Dhiya

No comments