J Premium Buffet- Hidangan Pertama di Korea


Bismillah

Sebelum sampai, Prof. Jung bawa kami makan.

"Makan kenyang-kenyang" 
Mungkin itu niatnya sebab dia tahu kami akan merindui makanan sedap untuk beberapa minggu mendatang. Hahah~

J Premium Buffet ni menyediakan menu pelbagai. Prof. Jung cakap, semua senior kami dibawa makan di sini sebab ada di kalangan kami (Muslim terutamanya) adalah isu dalam pemilihan makanan.

Regardless of the other menu, kami hanya makan mana yang boleh dimakan. Kalau nak jadi particular sangat sampai nak fikir bekas makanan dan periuk belanga yang digunakan, apa pun tak boleh masuk ke dalam perut.
Insya Allah kami sudah dan sedang berusaha yang terbaik untuk mencari makanan halal di sini. Kami juga sekarang ni memasak sendiri. Selebihnya kami hanya berserah dan bertawakkal. Mudah-mudahan Allah mudahkan hidup kami di sini. :)

Pintu masuk
Ketam. Ha kau~
Buah-buahan. Sejak lepas makan di sini, saya masih belum jumpa lagi buah-buahan dalam menu makanan. Ooooolahai!
Salad
Ann dengan ketamnya
Prof. Jung
Menyelerakan? Hm. Tapi saya tak ambil ni
Pusing-pusing dan ambil gambar.
Sushi!
Waffle!

Ok. Sekarang sedang lapar. Menunggu jam 6 petang untuk makan malam di cafe. Kimchi hari-hari dah buat wajah saya licin. Hahaha.

Salam sayang,
Dhiya

Tiba di Daejeon (21 September 2013)


Bismillah

Baru nak kongsi gambar masa mula-mula sampai. Dah basi seminggu.

Penerbangan Korean Air kami selamat sampai jam 7 pagi waktu tempatan. Urusan imegresen dan lain-lain tu lama juga. Dr. Jung yang menunggu kami pun katanya dah menunggu lebih 2 jam. Kami juga diberitahu oleh beliau yang perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon mengambil masa lagi 3 jam untuk sampai ke Daejeon.

Mujur, bas yang membawa kami tu cukup selesa. Mula-mula duduk, teruja juga nak ambil gambar pemandangan kiri kanan bas. Rasanya tak sampai sejam, saya hanya memilih untuk tidur. Masa turun makan di RnR (kut), saya tak turun. Tidur lagi best kot~

The arrival
Si ketua darjah. Keluar je dari balai ketibaan, kami mencari-cari juga wakil yang menjemput kami. Tapi tak ada. Atas inisiatif sendiri, tulislah KRIBB tu walaupun tak jelas. Belum sempat display, wakil kami datang menjadi penyelamat. Yeay survive!
Antara pemandangan dari dalam bas.
Masa ni kami jalan-jalan di Yuseong, tempat macam pasar jual barang harian. Tapi kebetulan masa tu cuti umum, tempat tu lengang.
Kiri dan kanan kami banyak kedai-kedai kecil macam ni.
Cuaca baik. Rasanya macam lebih kurang Malaysia. Tapi untuk pengetahuan, 4 hari selepas ketibaan kami, suhu dah cecah 14 darjah. Sejuk macam Korea. Muahaha!
Berjalan kaki untuk ke J Buffet. Dr. Jung nak bagi makan. Katanya pelajar Malaysia susah sikit nak bagi makan. Jadi pergi buffet adalah pilihan terbaik sebab boleh pilih apa nak dan boleh makan. Insya Allah kami survive dan boleh jaga diri di sini.
 Cerita J Buffet akan saya kongsikan dalam entri berikutnya. Insya Allah. Kita tengok dulu macamana kesibukan minggu ini. Minggu baru, kelas baru, pengajar baru.

Salam rindu,
Dhiya

Menjual Buku Tulis Tesis Cepat Dr. Othman Talib


-*DDD BUKAN LAGI EJEN JUALAN BUKU INI. SEGALA LINK TELAH DIPADAM. DDD TIDAK LAGI MEMPUNYAI SEBARANG KAITAN DENGAN MANA-MANA INDIVIDU YANG TERLIBAT DENGAN JUALAN BUKU INI-

Assalamualaikum

Saya kesal!

Saya kesal kerana tidak memiliki buku ini seawal pengajian Ijazah Sarjana Muda saya dahulu. Waktu itu penulisan saya dilakukan secara primitif dan penuh naif. Buta kaedah baik dari segi teknologi komputer dan juga aspek penulisan itu sendiri.

Saya yakin ada rakan-rakan siswazah saya di luar sana yang pernah atau sedang menghadapi isu dalam menulis tesis.
Jujurnya saya bersyukur kerana dapat mengenali Dr. OT dengan agak rapat melalui bengkel-bengkel yang dijalankan dan memiliki buku beliau yang satu ini. Ya, buku ini tidak akan  membantu apa-apa jika tidak saya sendiri yang bertindak.
Buku ini telah memberikan saya momentum luar biasa untuk menulis. Isinya bukan hanya sekadar huruf dan ayat. Malah ia lebih dari itu, menyuntik semangat dan inspirasi dalam misi menyudahkan perjuangan Master saya.

Buku ini bukan Tuhan yang menentukan jayanya seorang saya. Tapi kutiplah apa-apa iktibar dan contoh tauladan baik serta kaedah-kaedah yang dikongsikan di dalamnya.

Mudah-mudahan urusan perjuangan kita dimudahkan dan dianugerahkan kejayaan yang paling bermakna.

Buku ini tidak ada dijual di kedai-kedai buku premier seperti MPH atau POPULAR. Buku ini buat masa sekarang sedang laris dijual hanya melalui online.
Buku Tulis Tesis Cepat ini dibekalkan dalam 3 bentuk:
E-book (sesuai untuk rakan-rakan saya di luar negara)
Buku kulit lembut
Buku kulit keras

Kepada rakan-rakan saya yang berminat untuk memiliki buku ini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya membuat tempahan melalui link berikut. Buku yang telah ditempah akan diposkan kepada anda dalam tempoh maksimum seminggu (bergantung kepada lokasi).

BELI DI SINI

-JUALAN SECARA PEMBELIAN MELALUI LINK DI BAWAH KINI DIBUKA KEMBALI-

Salam mujahadah,
Dhiya

Melawat Daejeon Observatory


Bismlillah

Untuk tatapan rakan-rakan pembaca dan rakan-rakan terdekat yang selalu mengikuti perkembangan DDD.
Jumaat lepas, saya tak ke mana-mana. Ada je yang mengajak ke sauna dan bermalam di sana. Tapi memandangkan saya ada Skype appointment, maka saya hanya berada di bilik. 
Selepas makan malam, beberapa orang rakan lain telah mengajak saya ke Daejeon Observatory ni yang terletak hanya 10 minit dengan berjalan kaki daru hostel kami. Masuk pun percuma. Apa lagi. Laju je lah~ Tempat orang tak boleh dipandang sepi. Kena gali segala isi petinya!

Daejeon Observatory ni lebih kurang macam Plenetarium Negara di Malaysia yang menempatkan maklumat tentang aero angkasa. Tempatnya kecil je. Ada satu open hall yang telah dilengkapi dengan skop untuk mencerap bintang. Kalau nak tengok, perlu beratur sikit dan bergilir-gilir. Tapi masih boleh tengok dan memang mengujakan!

Bahagian depan Daejeon Observatory. Ada model shuttle space lagi.
Bangunan ni tak besar. Kalau tak silap hanya ada 3 atau 4 tingkat sahaja. Masa kami datang tu, ada satu rombongan budak-budak sekolah. Comel je~
Bahagian dataran depan Daejeon Observatory
Di kawasa Pavilion, yang menempatkan pameran dan model maklumat angkasa lepas. Sangat informatif.
Penimbang ni akan menimbang berat kita di planet tertentu.
Pintu masuk Open Dome, untuk mencerap bintang. Malam tu kebetulan agak berawan. Jadi bintang pun tak banyak yang kelihatan.
Banyak maklumat yang mereka letak di dinding-dinding. Cuma tinggal nak faham je. Gagaga
Tangga turun ke bawah ni menempatkan Planetarium, macam dewan yang ada closed dome dan di sekelilingnya ada kerusi yang boleh dibaringkan. Planetarium ni adalah tempat di mana ada pertunjukan galaksi di atas kubah tersebut sambil diiringi oleh alunan muzik biola dan gitar. Tenang dan romantik sangat. SANGAT
Pintu masuk ke Planetarium. Pekerja yang berbaju kuning tu boleh berbahasa Inggeris dan beritahu kami yang telefon dan kamera tidak dibenarkan dalam Planetarium.
Selesai pertunjukan, saya baru perasan yang pertunjukan ini hanya dipersembahkan pada masa-masa tertentu sahaja. Macam kami, telah berjaya menyelitkan diri dalam slot 8.00 hingga 8.30 malam.
Sebelum balik, sempat tembak satu lagi gambar space shuttle ni. Entah apa masalah setting Nikon saya, semua nak kabur kalau tak cukup cahaya. Gr!
 Tapi all in all, semuanya sangat menarik dan bermanfaat. Percuma pula tu. :)

Untuk yang rindu, saya tahu. Sabar ye :p

Salam rindu,
Dhiya Dahlia
Daejeon

Sabar. Memang banyak Cerita~!


Sabar.

Semua cerita ada di dalam buku pink ni. Cuma masih perlukan mood menulis. Hew~!


Minggu pertama hampir tamat. Banyak pengalaman baru yang diperolehi bermula dari  adat dan gaya hidup hinggalah makanan mereka.

Sabar.

Mana nak blogging lagi, mana nak buat report lagi. Haha!

Salam rindu,
Dhiya Dahlia
Daejeon, Korea

SPAM: Only in Korea


Salam rindu dari Daejeon, Korea.

Masih dan masih dalam fasa menyesuaikan diri. Hari-hari makan kimchi buat saya yakin yang saya sedang kurus. 

Minggu lepas dapat membeli belah di Emart. Banyak lagi gambar. Tapi saya kongsikan yang ini dulu.
SPAM: Only in Korea.

Nama produk makanan mereka ni SPAM. Haha!


Cerita Korea pun macam dah boleh adapt sikit. Mungkin cukup 2 bulan di sini, jadilah saya macam kawan-kawan saya di Malaysia yang sangat fanatik akan cerita Korea. Pelakon menangis, dia pun menangis tersedu-sedu.

10 pagi ni ada sesi amali makmal. Nanti sambung lagi. Bye!


Salam sayang,
Dhiya

Menu Pertama @ Daejeon, Korea


Bismillah...

Saya masih dalam situasi sambungan internet yang tidak menentu, tapi Alhamdulillah stabil.

Untuk perkongsian dan kenangan peribadi, berikut adalah gambar-gambar menu pertama kami sebaik sampai di Daejeon.

Menu makan malam. Kongsi beli barang dan masak gotong royong seramai lima orang. Bagus sangat.
Bila dah dalam keadaan macam ni, memang apa semua depan mata-asal-ada sangatlah dihargai.
Nasi goreng ni pula adalah menu sarapan pagi hari kedua di Daejeon. Yang pinggan kecil tu kami bagi sharing-mate kami yang lelaki.
Mak, ada talent tak? Terima kasih :)

 Untuk tatapan rakan-rakan yang dirindui juga. :)

Salam rindu,
Dhiya

Selamat Sampai @ Daejeon, Korea



Bismillah...

Saya telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea pada 21 September 2013, jam 6.45 pagi waktu tempatan.

Penat. Peh~!

Banyak cerita. Tapi semuanya hanya atas kertas, dalam buku catatan saya dahulu. Belum punya masa sesuai untuk berteleku dan menghadap DDD sepenuh jiwa.

Masih dalam mod pengadaptasian.

Ada beberapa gambar dalam Korean Air. Tak sempat nak ambil gambar pramugari Korean Air yang sangat cantik. Ouh! Sangat cemburu. Semoga terhibur. Haha.

Menu sarapan, jam 4 pagi, atas udara.
Special request, Muslim and Halal food
Bihun goreng. Dengan udang 6 ketul.
6 jam tempoh, 4000 ++ km jarak perjalanan.
Sempatlah menonton The Internship. Itu pun banyak pause sebab tak boleh terima air turbulence yang dah rasa macam kapal terbang ni nak terhem**s sangat.
 Oih. Ini baru karangan pengenalan. Banyak lagi. Sabar, ya!

Salam sayang,
Dhiya

Makan Durian


Bismillah

Enam hari di Kuala Lumpur atas urusan yang bermacam-macam telah membawa saya ke slot makan- durian-sampai-muntah ini.
Terima kasih Elis yang sudi melayan kerenah saya yang teringin sangat akan durian.

Saya tak pasti sangat tempatnya. Biasalah...saya kan memang tak kisah sangat pasal jalan ni. Tapi yang pasti, di kawasan Wangsa Maju dan Seri Rampai tu memang banyak terdapat lorry stall yang menjual durian. Bagi yang culas untuk membawa pulang durian dek sayangkan bau asli kereta baru masing-masing, mereka turut menyediakan tempat duduk untuk makan di situ sambil menikmati udara segar.

Pilihan banyak. Ada yang RM10 untuk 5 biji, RM10 untuk 4 biji bergantung kepada kualiti dan saiz. Ada juga yang jual kilo. Katanya itu durian bukit dan rasanya lebih sedap.
Kami pilih yang 2 biji RM10. Puaslah untuk dihadap berdua. Lebih kurang macam seorang sebiji. Tapi lepas tu melilau masuk Jusco sebab nak cari aircond. Mauahaha!
Eh ada sesiapa yang tak makan durian ke kat sini? Aish~ Ruginyaaa.

Saya ada kenal seorang rakan semasa di universiti dahulu- Dia memang tak boleh dekat langsung dengan durian. Kalau rakan-rakan bawa balik durian dan makan di dalam bilik, dia akan berlari keluar dan lebih teruk boleh jadi muntah-muntah. Hai laaa...
Tapi tak boleh nak cakap banyak juga. Mungkin dia memang tak boleh dengan durian macamana saya tak boleh dengan ikan keli.

Salam sayang,
Dhiya

Aiskrim Oreo Buat Sendiri


Bismillah...

Makin nak terbang, makin mengidam nak makan macam-macam. Hai la...dua bulan je pun, D.  :p

Semalam saya berjaya buat homemade ice cream dengan jayanya. Percubaan pertama ni agak menjadi. Bolehlah makan dengan gembiranya.

Sekurang-kurangnya dah tahu juga macamana nak buat ais krim sendiri tanpa kos yang tinggi. Ais krim Oreo lagi tuuuu~
Oreo Vanilla. Saya asingkan biskut dan krimnya.
Ovalett ni antara bahan paling penting untuk buat homemade ice cream. Sekarang dah banyak yang halal dan senang didapati di kedai-kedai kek.
Susu cair. Nestle Bliss tu saya tambah suka hati je. Eh kata resepi sendiri kan. Tambah je la ape yang rasa nak tambah. Jangan tambah cili kisar sudah
 Ok cara-caranya:

Blend kan bahan-bahan berikut menggunakan blender. Pastikan sebelum tu anda tidak menggunakan blender yang sama untuk blend cili atau serai atau sewaktu dengannya.

* Tiada sukatan spesifik. Ikut patut je.

1 kotak kecil susu cair Full Cream Dutch Lady
1/4 susu pekat
Krim Oreo yang diasingkan tadi
Sedikit gula
Esen vanilla
1 1/2 sudu ovalett

* Kisar sampai gebu

Ini hasilnya. Teksturnya akan nampak gebu dan berbuih halus. Dah nampak macam ais krim sikit-sikit.
Kemudian saya taburkan biskut Oreo yang saya hancurkan sedikit ke dalam bancuhan ais krim tu. Kalau tenggelam dalam bancuhan pun tak apa. Tak bahaya.
Siap dan bekukan sebelum dimakan! Yummeh!
Hasil yang telah dibekukan
Separuh sudah selesai. Nampaknya budak bertiga dalam rumah ni sangat sukakannya. Heh. Baru kau tahu yang CikD kau ni hebat kerja-kerja dapur. Hahaha~!

Senangkan? Heh.

Salam sayang,
Dhiya