Maulidur Rasul


Bismillah...

Ramai orang fikir esok hanya sekadar cuti umum. Cuti yang diberikan oleh kerajaan. Cuti untuk berehat dan tidak perlu ke pejabat.

Salam Maulidur Rasul. Ini hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW :)
Mari banyakkan selawat. Moga mendapat syafaat di hari perhitungan!

****************************************
Pada suatu hari, ketika Siti Aishah menjahit baju pada waktu sahur, tiba-tiba jarumnya terjatuh. Secara kebetulan, lampu yang dipasang sejak tadi telah terpadam.

Nabi Muhammad SAW masuk dalam kegelapan tetapi wajahnya yang bercahaya itu menyebabkan Siti Aisyah berjaya mengutip kembali jarum yang terjatuh.

“Wahai Muhammad, alangkah bercahayanya wajahmu,” kata Aisyah.

Kemudian, dia menyambung, “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”

Nabi Muhammad menjawab, “Orang yang bakhil.”

Aisyah bertanya lagi, “Siapakah orang yang bakhil?”

“Orang yang bakhil itu ialah orang yang tidak mengucap selawat ke atasku apabila mendengar namaku disebut,” jawab Nabi Muhammad SAW.

Salam Maulidur Rasul. Jom perbanyakkan selawat :)
Salam sayang, 
Dhiya :)

Rabu


Bismillah...

Ini semua semalam punya hal.
Sedang saya bercakap dengan bos di talian, kelihatan Pam ribut-ribut. Tak tahu hujung pangkal, saya hanya dengar dia seperti menjerit- "Faster! Faster!"

Rupanya Pizza Hut di bawah pejabat kami sedang memberikan 100 pizza untuk seratus pemegang nombor yang diberikan. 
Huh, apa lagi. Satu pejabat kami rasanya dapat nombor tu. Mungkin separuh sahaja pemegang nombor itu adalah orang luar. Muahaha!

Pizza single je. Dapatlah dijadikan juadah makan malam. Jimat duit! Huuu!
Juadah makan malam!
Terima kasih,Pizza!
Ehem. Semuanya dah siap. Alih-alih akak  hantar sms mengatakan projek ini akan ditangguh sebulan dari tarikh asal sebab abang  Syai  patah tangan. (-.-). Ok lah. Sempatlah kumpul duit ribu riban dulu~
Hari ini adalah hari terakhir saya bekerja dalam minggu ini. Saya akan mula bercuti panjang bermula esok hingga Isnin depan. (Kalau boleh hari-hari pun nak cutiiiiiiii)

Salam sayang,
Dhiya Dahlia

Satu Hari Suntuk di Melaka- Malam


Sambungan...

Ini agenda terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Memang saya sengaja pilih untuk menaiki River Cruise pada waktu malam, tapi tidaklah lewat malam sangat. Usai solat Maghrib, saya terus mencari jeti River Cruise. Cis, sesat juga dibuatnya!
Antara pemandangan cantik yang sempat diraka.. Inilah sebab utama kenapa saya memilih untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Lampu-lampu yang memancar menghasilkan efek yang sangat cantik!
Waktu ni lebih kurang dalam pukul 7.30 malam. Good job, Nikon!
Ini baru sedikit. Saya agak boleh dapat lebih lagi sewaktu berlayar nanti :)
Disebabkan tersilap jalan, saya terpaksa berpusing-pusing di sekitar Dataran Pahlawan untuk mencari tempat letak kereta. Satu masalah di sini ialah kebanyakan jalan adalah jalan sehala. Jadi sekali kalau dah terlajak, terpaksalah buat satu pusingan tawaf lagi. Sabar eh~
Akhirnya saya meletakkan kereta berdekatan dengan Menara Taming Sari (sekali lagi) dan memilih untuk berjalan. Waktu malam tidaklah sepanas siang. Jadi tidaklah tertekan sangat. Huuu
Ini jalan menghala ke jeti River Cruise. Agak ke dalam sikit. Iyalah, nama pun jeti. Mestilah dekat dengan sungai.
Kaunter tiket. Alhamdulillah tak berapa ramai orang sangat. :)
Semasa menunggu bot. Dewasa dengan MyKad, RM10!
Perjalanan bermula! Sehala ini kami diberi peluang sepenuhnya untuk menikmati pemandangan. Seperti yang saya cakap tadi, pemandangan waktu malam adalah sangat cantik kerana dihiasi lampu-lampu yang berwarna warni.
Kami melewati hotel, motel dan restoran. Kelihatan beberapa pasangan Mat Salleh menikmati candle light dinner di tepi sungai sambil melambai mesra ke arah kami.
Menikmati pemandangan malam dengan angin yang bertiup. Syukur tak ada setitik hujan pun! Cuaca sangat baik.
Funfair
Bawah jambatan pun cantik~
Di satu kawasan bangunan tu, terdapat banyak lukisan seperti graffiti. Rupanya lukisan itu adalah jalan cerita sejarah Melaka yang telah dilukis oleh pelajar dari UiTM. Kreatif dan menarik. Tapi disebabkan malam, saya tak dapat melihatnya dengan jelas.
Sewaktu berpatah balik untuk ke jeti, barulah kami diberi penerangan oleh pemandu bot tentang segala apa yang kami nampak dan lewati sepanjang perjalanan. Bagus. Bnayak juga info baru yang saya dapat daripada penerangan pemandu tu. Sangat informatif dan membantu terutamanya pengunjung luar. Ini gambar kincir angin berdekatan dengan kubu yang ada meriam yang saya ceritakan sebelum ini.
Dan sekali lagi, pemandangan waktu malam sangat awesome! Jadi jika anda merancang untuk menaiki Melaka River Cruise, silalah menaikinya pada waktu malam! RM10 sangat berbaloi. Perjalanan mengambil masa 45 minit dan anda akan dijamu dengan pemandangan yang sangat menarik :)

Tamat pelayaran, terus saja ke agenda kedua. Malam makin larut dan memang hanya ada dua agenda sahaja.

Makan!

Udang mentega
Sotong goreng tepung. Owwh! Eh alamak, pari bakar tak sempat snap lah.
Di mana lagi kalau bukan di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Huuu!
Perancangan asal adalah untuk ke Umbai, tapi mengenangkan tuntutan masa sangat menekan, saya pilih mana yang sempat sahaja.
Hah, siapa yang berhajat besar, bolehlah membuat tempahan bagi mengelakkan kekecewaan. Ini saya kongsikan nama dan nombor yang boleh anda hubungi kalau-kalau nak makan besar di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.
Rating: Makanan ok dan boleh tahan (7/10). Layanan pun sederhana sahaja. Bila dah ramai orang, adatlah kalau lambat sikit-sikit (7/10). Suasana memang padat. Dah nama pun tempat terkenal. Harap pengunjung bersabar. Harga boleh tahan juga mahalnya. Dua orang makan, kami kena +-RM70. Tapi puas hati lah kalau dikenangkan balik apa menu yang kami makan! (Alamak, resit tak tau letak mana lah~) Kami sempat tengok seorang makcik ni buat bayaran dengan wang RM50 yang berlipat-lipat. Setelah diperhatikan dengan teliti, bayaran makanannya mencecah RM1000. Aaaaaaaaa! (-.-)
Alhamdulillah.

Cukup empat siri cerita. Fuuuh! Penat!

Kesimpulannya, melanconglah. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Sungguh Allah jadikan dunia ini luas terbentang untuk kita kutip setiap satu ilmunya sebagai hikmah.

Tunggu cerita perjalanan saya lagi nanti.

Salam sayang,
Dhiya Dahlia

Satu Hari Suntuk di Melaka- Petang


Sambungan...

Sesi petang, kami ke Taman Mini Malaysia. Dengan bayaran masuk sebanyak RM10, saya ingin meluahkan rasa kecewa apabila tidak banyak tempat yang boleh dilawati. Hanya rumah tradisi Malaysia sahaja dibuka untuk lawatan manakala rumah tradisi Asia ditutup sepenuhnya untuk renovation.

Semua maklumat tersebut diperolehi setelah saya membeli tiket. Mereka sepatutnya memaklumkan pelawat terlebih dahulu. :( Tapi apa boleh buat, bayaran telah dibuat. Tapi saya harap pihak pengurusan lebih telus dengan pengunjung di masa hadapan.
Rumah Selangor
Bagus juga boleh tahu nama-nama rempah ratus ni. Esok lusa kalau jumpa bakal mertua, tidaklah kaget sangat :p
Ini sajalah hiburan di sini. Rumah-rumah negeri di Malaysia.
Dalam pada kecewa tu, saya terjumpa ini. Siapa tak kenal ni, jangan berangan nak kahwin gadis desa. Ini namanya congkak. Permainan tradisi orang Melayu yang rasanya sehingga kini masih relevan. Sempat juga saya duduk bersila dan main congkak ni satu pusingan. Hahha! Menang ok, menang!
Pintu masuk bukan main gah lagi. Tapi apa yang ada di dalam tidak segah di luar. Banyak renovation dan rumah tradisi Asean kelihatan terbiar. Kalau begitu, saya cadangkan tempat ini ditutup sepenuhnya untuk proses ubahsuai menyeluruh. Tidaklah pelawat kecewa dan gigit jari...
Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk ke Taman Buaya Ayer Keroh. Harap-harap ini tidak mengecewakan. Namun ternyata saya tersilap percaturan. Dengan bayaran masuk sebanyak RM10, sekali lagi saya rasa tertipu. Taman buaya ini semacam tak terjaga. Rumput panjang dan nampak terbiar!

Malu sungguh rasanya nak ambil gambar banyak-banyak di sini. Instead of gambar buaya, saya lebih rela mengambil gambar-gambar miniature ini untuk dibuat kenangan :( Bayaran RM10 itu juga membolehkan saya menumpang surau di situ untuk menunaikan Solat Asar. Jadilah...

Tadi dah jejak tempat ni...
Ini pun dah jejak. Bezanya tak ada cendol je...
Argh. Ini hari hari pun saya lalu kalau nak ke tempat kerja
:(
Ini
Ini
Dan ini, semuanya boleh didapati di Kota Mega!
Takut juga kalau terkilan nanti. Nah, tiga ketul telur buaya. Saya sarankan agar Taman Buaya ini diceriakan lagi dengan aktiviti-aktiviti lain. Buaya pun bosan sampai tidur aja kerjanya :(

Petang yang kecewa.

Bersambung...

Satu Hari Suntuk di Melaka- Tengahari

Sambungan...

Selepas turun dari Menara Taming Sari, saya memilih untuk bersiar-siar di kawasan sekitar. Banyak juga tempat-tempat menarik :)

Senario biasa di sini. Kadang-kadang saya rasa kasihan apabila pengayuh-pengayuh beca ini yang mendekati pelancong supaya menaiki beca mereka. Iayah...Mungkin itu sahaja sumber rezeki mereka. Tiada penumpang maknanya tiada wang :(. Mereka menjal tenaga, bukan menjual barang. Saya tak tahu berapa kadar bayarannya. Saya memilih untuk berjalan kaki sahaja. Itu lebih jimat. Percutian bajetlah katakan.... Tapi saya lihat ramai pelancong asing memilih untuk menaiki beca. Mungkin kerana lebih selesa dan bagus untuk mereka yang tak berapa tahu kawasan menarik sekitar Malaka.
Bekas gereja yang terletak di atas Bukit St. Paul. Apabila Belanda mengambil alih pemerintahan, bangunan ini dijadikan kubur.
Saya tertanya-tanya juga bagaimana mereka boleh membina bangunan ini di atas puncak bukit yang boleh tahan mengah juga nak mendakinya. Melihatkan struktur dan bahan asasnya, saya dapat bayangkan kerja-kerja pembinaan bangunan ini memang sukar. Batu jenis macamni berat juga, kan? Siapa boleh angkat?
Selepas melawat Bukit St. Paul, saya menuruni anak tangga menghala ke A Famosa. Kota Famosa ini dikatakan dibina mengelilingi Bukit St. Paul pada zaman Portugis. Tapi hari ini hanya pintu gerbangnya sahaja yang tinggal.
Kubu ini terletak di pinggir Sungai Melaka. Bahan asasnya masih batu merah yang kasar seperti binaan gereja tadi. Dan sekali lagi saya kagum dengan perancangan dan strategi binaannya.
Pemandangan  di pinggir Sungai Melaka
Surau ini terletak betul-betul depan bulatan Bangunan Merah. Dah bukan main bergambar sakan kat gereja, takkan gambar surau pun berat tangan nak snap~
Waktu ketika ini menunjukkan jam 12 tengahari.Kenderaan sedang bertali arus munkin sudah ada yang keluar makan tengahari. Panas terik. Cuaca baik. Memang bagus untuk test power lens dan manual setting. Tapi orang cakap sunset lagi cantik terutamanya kalau dari Bukit St. Paul tadi. Owhh!
Bangunan Merah ni nama lainnya adalah Stadhuys. Ianya menempatkan muzium (di bahagian atas). Tapi saya tak masuk pun. Di tepi-tepi bangunan ini terdapat gerai-gerai yang menjual cenderamata.
Tapi AWAS. Jangan sekali-sekali bergambar dengan barang-barang jualan peniaga di sini. Dah terang-terang tertulis larangan mengambil gambar. Kalau nasib tak baik siap la tadah telinga di'sound' oleh tuan punya kedai.
Barang-barangnya terdiri daripada barang cenderamata dan kraftangan. Maaf, saya tak tahu berapa kadar harganya (murah atau mahal) sebab tak berani nak tanya. Nanti kalau dah tanya, letak balik...Sepasal lagi kena tadah telinga.
Kawasan Bangunan Merah ni cantik dan teduh. Ramai orang berehat sambil melihat gelagak orang lain. Di depan bangunan ni juga ada jam besar yang biasa dijadikan landmark. Kalau sesat tak susahlah kut~
Cendol yang terkenal di Melaka! Gigih saya mencari lokasi gerai cendol ini yang dikatakan tersedap. Alih-alih hanya setapak di depan mata. Terletak di tepi Sungai Melaka, berhadapan dengan jam besar yang saya ceritakan tadi. Dari Bangunan Merah, kena menyeberang jalan dan terus nampak gerai ni. Satu-satunya peniaga cendol di situ. Sila jangan sesat. Buat malu je. Rasanya biasa je. Cendol sejati. Yang orang asyik sangat puji sedap tu mungkin sebab dan letih dan dahaga sangat berjalan merata~
Saya nasihatkan kalau nak rasa cendol yang betul-betul cendol, jangan minta tambah apa-apa seperti ais krim. Rasa dan identitinya akan hilang. Dah rasa macam ais krim je. :(
Masuk waktu Zuhur, saya ke Masjid Selat. Ini adalah kali pertama saya ke sini. Masjid ini kelihatan baru dibina. Uniknya, masjid ini menerima angin dari laut yang terbentang luas. Allah! Sangat menenangkan :)
Turut disediakan anjung yang mengunjur ke laut. Bagus untuk mengambil angin dan melihat lautan yang terbentang luas tu!
Lagi pemandangan dari anjung Masjid Selat
Menara azan Masjid Selat
Ramai musafir yang datang bersolat dan berehat di sini. Bersih dan selesa.
Selesai solat, kami makan tengahari. Alamak, saya lupa apa nama kedai ni! Tapi apa yang pasti saya mencari menu  identiti Melaka yang terkenal iaitu asam pedas :) Tak dilupakan juga cencalok. Huuu! Disebabkan percutian ini diisytiharkan sebagai percutian bajet, makan pun hanya ala kadar sahaja. Not bad. Harga pun kurang dari RM20 untuk 2 orang.

Bersambung...