Ini adalah entri backdated :p
Dah lama kami teringin nak ke sini. Bukan sekali dua melalui MRR2 (dari arah KL-Ampang tu) dan melihat papan tanda restoran yang dipacak selepas sebuah kedai kereta. Tapi tiap kali kami cuba nak mencari, mesti gagal. Apatah lagi untuk naik ke atas nun~ Bila ternampak anjing yang semacam di depan kedai kereta tu, kami selalu akan berpatah balik :( (Jangan gelak ok)
Suatu hari tu, kami tekad. Walau Google Map tidak membantu, bloggers punya instruction pun kami tak faham-faham- Tapi kami redah juga. Showroom Ford di sebelah kiri (selepas Zoo) kami daki juga. Anjing yang menjaga kawasan tu hanya memandang sahaja. Kalau dia kejar, kami akan patah balik dan lari.
Terus ke belakang, kami terdiam. Restoran Intai-Intai sekarang di depan mata. Kenapa susah sangat nak cari kau, ha??? Memang padanlah dengan nama! Grr!
Horay, dah sampai. Pintu kereta kami buka. Makan Makan Makan. Itu matlamat kami. Banyak juga komen dari bloggers yang pernah ke sini. Ada yang kata OK, ada juga yang sebaliknya. Tapi kami tak kisah. Kami perlu laluinya sendiri.
The scene. Tak jelas sangat sebab guna BB sahaja. Tapi suasananya romantik dan sangat tenang. (Buat apa romantik-romantik, Dhiya) |
Menu- Betullah komen rakan-rakan blogger. Semuanya hanya average. Tiada apa yang istimewa sebagai identiti ekslusif mereka. Tapi servis mereka cepat. Pelayan pun baik je :) Pinggan kecil: RM 8.++. Pinggan besar: RM 13.++ |
Dik, kak tak mintak pun kau buat bentuk ni. Tau la hujan renyai-renyai, bunyi unggas romantik segala. Tapi balik-balik akhirnya masuk perut juga. (^^) Harga: ~RM 5. ++ |
Senarai menu. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi saya tertarik dengan nama-nama jus ni.Harga: Mula dari ~RM 3.++. Maaflah. Entri back dated ni..Banyak benda yang dah lupa. |
Restoran Intai-Intai. |
Tempat- 8/10 Ekslusif dan tenang. Pemandangan cantik.
Layanan- 7/10 Cepat (mungkin sebab tak ramai orang)
Menu- 6/10 Kami cuma makan ala carte. Rasa biasa sahaja. Tidak ada keistimewaan sangat. Tapi lain kali kami cuba pula menu lain dan akan update di sini.
Harga- 6/10 Average sahaja. Harga standard dengan kedai-kedai makan yang pernah kami lawat sebelum ni. Mahal sedikit pun mungkin disebabkan kos lokasi restoran mereka.
All in all, lepaslah hajat kami nak makan di Restoran Intai-Intai. :)
Salam Sayang,
Dhiya
No comments