Semalam. 29 Jun 2016


Alhamdulillah

Aku dah terima gaji Mei aku semalam (29 Jun 2016). Tak..Tak..Korang tak salah baca. Aku pun tak salah tulis. Memang aku terima gaji bulan 5 pada hujung bulan 6.
Itulah yang aku perjuangkan selama dua minggu lepas sehingga akhirnya aku mengambil keputusan untuk meletak jawatan dengan cara paling bermaruah (walaupun aku dimalukan dengan kata-kata yang sangat tak elok dan dilayan teruk selepas aku serahkan surat berhenti itu) kerana pertama bab gaji yang lewat dan kedua sebab aku dah menerima tawaran kerja yang lebih baik.

Aku belum cerita lagi kisah tragik dalam bilik bos masa aku bagi surat tu. Itu memang kena ambil masa sikit. Tapi dipendekkan cerita, dia memang tak suka aku berhenti sebab kerja dia akan melambak balik. Dia juga expect aku sangat tabah dengan kerja tapi tak bergaji macam ni. Katanya itu hal kecik je kalau nak dibandingkan dengan career development aku kat sini. Kalau bab gaji dia boleh cakap hal kecik, aku tak tahulah apa yang besar pada dia.

Aku bukan tetap pun untuk dapat gaji pending dua hingga ke tiga bulan. Lagipun deorang tak pernah maklumkan benda ni akan terjadi atau sedang terjadi. Maka haruslah aku expect gaji aku macam biasa walaupun tak macam orang tetap sebab bos aku pun cakap macam tu. Aku kontrak, dan nilai aku adalah pada kemahiran akademik aku. Maksudnya aku tak buat kerja pejabat macam orang dalam jabatan ni buat. Kerja aku macam belajar untuk orang lain. Kerja aku ni kan ada kolaborasi dengan university.

Haih...
Mengeluh panjang

Kenangan kerja tapi tak bergaji buatkan aku rasa lebih berhati-hati dengan jabatan ayam daging seperti ini. Aku tak akan cuba-cuba lagi untuk terima apa-apa jawatan kerajaan kecuali SPA yang panggil aku, aku datang temuduga, aku lulus temuduga dan aku dilantik secara tetap dan ada hitam putih yang jelas. Aku tak akan ulang kesilapan ini lagi.

Hari ini akan jadi hari terakhir aku di sini. Bos aku janji yang dia akan tandatangan gaji Jun aku hari ni. Tapi malangnya dia tak datang. Salah seorang staf dia cakap EL. Ini nak game aku ke apa ni~? Dia sikit pun tak mesej atau bagitahu aku yang dia tak dapat datang dan cadangkan sesiapa yang boleh tandatangankan bagi pihak dia; seolah-olah dia memang macam nak tengok aku susah. Kalau betul memang dia ada masalah, semoga urusan aku mudah. Tapi kalau dia ada niat nak buat aku susah, semoga Allah yang balas dia. Aku memang rasa teraniayai sangat sekarang ni, tahu?

Pesanan aku kepada diri aku dan juga kawan-kawan aku yang ada jawatan dan akan pegang jawatan besar, jangan susahkan urusan anak buah atau sesiapa saja yang berurusan dengan kita. Kadang-kadang tak payah tunggu jadi bos pun untuk buat semua tu. Jadi saja manusia yang baik hati. Baik dengan semua orang. Benda baik jugalah akan datang kepada kita.

Tak payah nak cerita lebat sangat pasal KARMA atau apa-apa saja.

Ingat tu?
Ingatan untuk aku dulu~

Gaji Mana Gaji?


Update 28 Jun 2016

Aku masih merayu, mengemis dan meminta-minta gaji aku sendiri. Dari Jumaat lepas bos aku cakap 'gaji you masuk hari ni'. Semalam pun 'gaji you masuk hari ni'. Berapa banyak hari ni daaaa~! Masuk hari ni memang aku tak percaya dah bila dia cakap macam tu lagi. Aku naik jelak.

Berdosa ke aku mintak hak aku sendiri? Tambah lagi dekat-dekat nak raya ni. Aku pelik betul dengan tangan-tangan mereka yang uruskan gaji aku ni. Takkan la tak ada sikit pun rasa kemanusiaan bila sampai bab duit-duit ni. Aku bukan mengemis duit orang lain. Itu duit hasil kerja aku.
Aku faham di mana-mana dalam urusan korang mungkin ada masalah dalaman, tapi takkanlah masalah dalaman tu berlarutan sampai 2 bulan sampai gaji aku pun ditahan tanpa sebarang notis macam ni?
Zalim, tahu?

Dengan nama Allah aku tak akan redha atas penganiayaan ni.

Aku sakit jiwa. Bukanlah sampai tak ada duit langsung. Tapi di mana 'reward' yang aku patut dapat sebaik aku dah buat kerja? Oh Tolong jangan cakap dengan aku bab ikhlas dan pahala. Itu bab lain. Korang pun kalau dah kerja turun naik tren, bayar tol, isi minyak sehari je RM15, belum masuk makan- Tiba-tiba tak ada gaji- Tidakkah kau rasa;

Dah buat apa aku kerja?
Charity work?

Semalam aku sudah hantar surat letak jawatan. Memang tragik habis. Itu aku cerita kemudianlah ok.
Hari ini pula aku sudah tandatangan surat terima tawaran kerja baru. Welcome to the family katanya. Itu pun aku cerita dalam entri lain nanti.

Kawan-kawan, doakan gaji aku masuk cepat. Aku ada weekend ni je lagi nak bersiap untuk raya. Nak la juga beli sebalang dua kuih raya untuk mak aku. Lepas tu dah nak balik kampung. Duit minyak dan tol, takkanlah suami aku spend sorang-sorang. Aku pun ada la niat nak bantu walau tak banyak.

Dan kepada CLI, BKA dan semua yang terlibat dengan kelewatan gaji aku ni, aku harap korang gembira di hari raya. Moga tidur korang lena sebab buat orang lain susah dan tak lena tidur. Gaji aku tak banyak. Suku je dari gaji bos aku. Tapi yang sikit tulah banyak pada aku dan aku nak bawa untuk family aku. Macam korang jugalah~ Ada mak ayah, ada adik beradik, ada anak buah. Habis kau ingat aku ada anak tekak je? Anak tekak pun kena bagi makan, kan?

Dah lah.
Aku nak memasak juadah berbuka. Tak boleh sedih-sedih sebab nanti tak ada perisa kasih sayang untuk suami aku.

Hahah
Dhiya
Gaji mana gaji?

24 Jun 2016 (19 Ramadhan)


Pagi ini aku tak ada semangat langsung nak ke pejabat. Kau tahu kan isu gaji aku yang tertunggak dua bulan tu? Ha...sebab tu aku masih aktifkan mod 'aku'. Aku geram dalam banyak hal. Aku geram sebab bos aku push-push suruh buat macam-macam tapi benda tu sebenarnya sangkut kat bilik pengarah tengah pending signature. Nak aku push Dato' Pengarah pulak? Boleh. Kalau aku ni anak bongsu dia :p
Aku geram sebab staf ayam daging kat sini dah mula pasang lagu raya konon-konon ambil semangat raya siap sambal anyam ketupat reben. Pooodah~ Di celah-celah keterujaan korang itu, ketahuilah ada seorang manusia yang dianiaya dengan tidak dibayar gaji. Akulah tu!

Aku gigihkan juga datang sebab aku fikir aku nak penuhkan punch card aku sampai hujung bulan ni, bos sign borang gaji aku dan letak jawatan sambil flip hair. Aku akan sudahkan mana-mana kerja yang boleh. Mana yang sangkut kat tangan orang lain, aku akan follow up sampai habis minggu depan. Kalau ada feedback, aku akan bantu selesaikan. Kalau sampai ke sudah senyap, maka aku pun akan senyap dan akan terussssss senyap. Lepas raya aku kan dapat kerja baru~

Sebut pasal kerja baru, hari ini orang HR sudah semangat call aku minta macam-macam dokumen. Jemput aku datang pejabat sebab nak tunjuk bilik aku dan terus nak minta tandatangan surat tawaran, siap ngorat aku untuk masuk kerja 1 Julai 2016.
Tapi aku cakap, aku tetap nak mula lepas raya. Aku nak cuti awal untuk raya sebab nak kemas beg untuk balik kampung. Hahahha!

Sungguh aku tak ada mood sekarang. Kalau boleh berhenti sekarang, aku memang akan buat.

Cepatlah pukul 4 petang. Aku nak balik rumah memasak juadah berbuka.

Dhiya

Kerana Aku Berstatus Kontrak: Pengalaman Gaji Dibayar Lewat 2 Bulan

Mode 'aku' activated

Aku malas nak cerita aku kerja sebagai apa, aku kerja di mana dan segalanya. Tapi secara randomnya, aku bekerja dengan salah sebuah jabatan kerajaan di sebuah wilayah pentadbiran negara paling gah di Malaysia (kau tekalah sendiri~hahahaha!) dengan kolaborasi sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia sebagai seorang penyumbang tenaga dalam bidang kajian akademik secara kontrak.

Berikut adalah kronologi kerja aku yang tak dibayar gaji bukan sebab masalah documentation dari pihak aku, tapi dari pihak kewangan. Aku minta justifikasi dari mereka, tapi setakat ini aku masih belum terima penjelasan dari mana-mana pihak. Aku masih tunggu sebab aku masih nak beri mereka peluang daaaaannnn aku nak mereka selesaikan perkara ini baik-baik dengan aku. Aku tak nak marah-marah di luar sana. Cukuplah aku zahirkan kekecewaan aku dengan mode 'aku' activated ini saja.

1 Jun
Hantar dokumen gaji Mei dengan penuh gembira, dengan harapan aku akan dapat gaji seperti yang mereka janjikan. Dalam 10 hari katanya.
Bos aku cakap - Selalunya tak sampai 10 hari pun, D. By 5 haribulan selalunya awak dah dapat gaji. Okay happy!

5 Jun
Buka M2U. Bersemangat ni! Tengok-tengok akaun, masih belum ada gaji. Hati bisik baik- 
"Tak apalah. 10 haribulan kut"

10 Jun
Buka M2U
Tak ada lagi
Sejak tarikh tu, aku semak akaun M2U setiap hari, tapi setiap hari jugalah harapan aku punah dan aku kecewa. 
Ini gaji bulan Mei kut. Aku mintak gaji bulan yang aku dah kerja. Bukan aku mintak gaji advance!
Bos aku pun tanya-tanya, tunjuk concern. Ok terima kasih. Tapi still concern dia tu tak boleh ditukar menjadi duit gaji yang aku nak.
Aku tanya CLI yang melantik aku. Kata mereka:
Kami baru hantar kepada kewangan 9 Jun. 
Pengarah baru tandatangan 7 Jun sebab kita terima dokumen gaji terakhir dari seorang staf lain pada 6 Jun.
I was like.....
"Habis aku yang hantar 1 Jun ni apa? Lurus bendul la?"


11 Jun
12 Jun
Kau agak-agak, ada ke duit yang akan release pada hujung minggu? Tak ada kan?

13 Jun
14 Jun
15 Jun
16 Jun
Tak ada

17 Jun
Gaji bulan Mei aku masih belum masuk. Aku ahirnya call **** cari pegawai bernama A. Bos aku yang beri nombor ini untuk aku tanya sendiri ke mana duit gaji aku. Orang yang angkat tu beri nombor lain. Katanya A boleh dihubungi melalui nombor tu.
Aku dah mula rasa macam kena tendang bagaikan bola. Itu sudah aku jangka.
Apabila aku dapat bercakap dengan A, dia cakap bukan dia yang uruskan gaji orang macam aku ni. Katanya ada seorang lagi pegawai yang uruskan gaji orang macam aku, namanya B. Nombor telefon B: ****. Again, aku rasa sudah jadi bola.
Menjelang tengah hari, aku call B. Berbelas-belas kali tapi tak berjawab. Aku kecewa.

Aku call balik A. Minta dia bantu aku.

Aku: Saya dah banyak kali call B ni. Tapi tak dapat. 
A: Saya pun tak pasti samada dia datang atau tidak.
Aku: Boleh bantu saya tak? Saya betul-betul nak tahu status gaji saya. Dah hampir dua bulan kerja tak ada gaji ni.
A: Ok nanti saya tengokkan B ni ye. Boleh tinggalkan nombor telefon cik? Nanti saya call balik.
Aku: 019-*******

Tak sampai 15 minit

A: Cik, saya A yang call tadi
Aku: Ada apa-apa perkembangan?
A: B bagitahu saya yang gaji staf (macam cik) ni kena hold dulu sebab kita tak terima MOF statement dari CLI
Aku: Ha? Saya tak tahu pun? Kenapa tak bagi tahu?
(Dalam hati aku dah penuh dengan kecurigaan tentang alasan MOF statement tu. Kalau dokumen tu tak ada, takkanlah selama ni gaji orang lain pun tak pernah berbayar? Aku pernah kerja dan aku faham bab bayaran ni. Kalau bayaran sebelum ni kau dah ada MOF statement tu, takkanlah kau tak ada copy untuk buat proses yang sama untuk bulan ni?)
A: Bos kami dah beritahu bos cik. Cuba tanya bos cik.
Aku: Siapa nama bos awak tu? Saya berurusan dengan seorang bos saja di sini. Bos saya tak cakap apa-apa pun.
A: Saya pun tak pasti bos saya yang mana. Cuba cik tanya kut-kut atas bos cik tu ada bos lagi ke.
(Wah wah wah...Nampaknya aku sudah kena game!)
Aku: Habis sampai bila gaji saya nak kena hold ni?
A: Tak pasti, cik. Selagi kami tak dapat MOF statement tu, selagi tulah kami tak boleh bayar gaji. Bukan gaji cik seorang je. Ada lagi orang lain.
Aku: Macamnilah...Saya nak something written. Tolong emailkan saya sebab-sebab gaji saya kena hold macam yang B cakap kat awak tadi. Ni email saya: **********

Aku letak telefon dan aku terus menangis. Bukan sedih, tapi geram!

Ada banyak sangat kecurigaan dan kegeraman aku dalam phone conversation dengan A ni (walaupun dia tak salah, dia cuma sampaikan fakta je) sebenarnya.

1. Awal-awal lagi aku dah kena tendang macam bola. Call nombor X, disuruhnya call Y. Dah dapat cakap dengan Y, disuruhnya aku call Z. Hal ini memang aku dah jangka kalau berkomunikasi dengan pihak ayam daging ni. Dulu zaman aku kerja (tapi jadi ayam hutan laa), jangankan tak angkat call, ringing 5 kali pun bos aku dah berdiri depan pintu tengok siapa punya extension yang tak berangkat tu dan kenapa lambat atau tak angkat phone.

2. Aku call B tu berbelas-belas kali sampai aku rasa dah nak putus asa dan assume dia cuti. Last effort aku call balik A dan tanya dia. Bila A revert balik bagitahu yang B tu ada, aku rasa geram sangat kenapa dia tak angkat phone. Kalau betul nombor yang aku call tu extension dia sendiri, aku terfikir betapa sampainya hati dia dengar phone tu ringing tak berjawab atau betapa keringnya hati dia untuk mute kan phone tu. A cakap B tu sibuk so tak boleh angkat phone. Aku geram dua kali sebab aku dulu pernah juga sibuk kerja macam Bangla tapi tak pernah tak boleh angkat phone! Aku benci alasan SIBUK sampai tak boleh angkat phone walhal itu adalah nombor telefon pejabat. Kalau kau tak ada kat workstation kau, itu cerita lain.

3. Kecurigaan aku terhadap MOF statement tu banyak sangat. Aku sakit hati macam kena kanser. Tak boleh nak tulis panjang di sini sebab aku nak terus dapatkan penjelasan bos aku, CLI dan sesiapa saja yang bertanggungjawab melambatkan gaji aku.

4. MOF statement ini aku pasti adalah internal documentation. Takkanlah disebabkan internal problem, orang macam aku yang terpaksa menjadi mangsa? Di mana keadilan?

5. Email yang aku minta tentang penjelasan pihak kewangan tentang kelewatan gaji aku tu- Aku tak dapat pun, dan aku dapat rasa yang aku memang tak akan dapat pun. Aku buat macam tu sebab aku nak bukti bertulis dan aku nak buktikan yang aku tak bodoh. Tapi aku tahu deorang bukan kisah sangat ikan bilis macam aku ni. Jadi aku tahu dan aku pasti yang aku memang tak akan dapat email tu.

Husband aku suruh aku habiskan kerja sampai bulan Jun ni, dan uruskan gaji Jun cepat-cepat. Selepas tu resign saja. Tapi resign dengan cara bermaruah.
Ya, aku akan resign dengan cara bermaruah walaupun aku sangat marah. Kalau ikutkan hati, aku nak resign notis 24 jam dan 'cuci tangan' bersih selepas itu dan laporkan hal ini kepada JTK bawah perkara lewat membayar gaji.
Tapi yang paling pasti, aku akan buat satu surat kepada pihak universiti kolaborasi untuk melaporkan hal ini. Aku akan turut mengesyorkan agar jawatan ini tidak lagi diwujudkan dan pihak universiti tak perlu lagi bantu jabatan berkenaan untuk dapatkan human resource kerana pihak jabatan tidak menjaga kebajikan pekerja. Aku akan buat ini. Janji.

Aku bermodal besar sebab aku berulang alik dari PJ. Aku tak isi tangki dengan air hujan. Aku tak lalu Tol Sg Besi hanya dengan seyum di tollgate dan barrier tu terbuka secara automatik untuk aku. Aku bawa bekal setiap hari selama sebelum Ramadhan dulu. Kalau modal aku untuk bulan Mei tak berbayar, macam mana aku nak roll dan survive untuk bulan Jun? Agak-agak koranglah, duit siapa yang modalkan aku untuk bulan Jun sekarang ni?
Duit husband akulah!
Jangan cakap: 'Eh takpelah...Husband awak kan enginner. Dia boleh tanggung awak~' Meh aku nak cili mulut tu
Dia memang boleh tanggung aku. Kalau aku tak kerja dengan jabatan lembap dan penipu ni pun, aku masih boleh hidup bawah tanggungan dia. Kalau macamtu buat apa aku kerja, kan? Dari dia modalkan aku (let say) RM400 untuk minyak dan tol aku, lebih baik dia bagi cash tu kat aku, aku duduk rumah tulis blog sambil uruskan rumahtangga. Blogging aku pun dapat buat duit siap boleh bayar road tax kereta dan cover Baby K masuk bengkel haritu, tahu?! Tapi aku nak kerja sebab ini personal and career goal aku. Cuma mungkin aku kena mengaku yang aku silap sebab terima tawaran ni. Silap besar sangat sebab aku ingat everything is ok memandangkan aku akan duduk dalam satu jabatan yang sangat stabil, gah lagi mahsyur di Malaysia. Rupanya tak. Fatamorgana betul~

Minggu depan orang dah sibuk nak bersiap untuk raya. Aku masih rasa sedih. Kadang-kadang aku rasa bersalah dengan husband aku. Niat aku bekerja supaya sedikit sebanyak aku boleh bantu dia nak buat persiapan raya. Tapi sebaliknya pula berlaku.
Husband aku pujuk; Sabarlah D. Dunia inikan bulat. Semoga susah ni, berkat sabar- Kita akan diberi kegembiraan. Hari ini kita mungkin di bawah. Esok lusa giliran kita pula di atas. Ayat klise. Tapi sebab keluar dari mulut orang yang aku sayang, aku hadam betul-betul sampai masuk dalam hati dan akhirnya aku mengaku apa yang dia cakap tu betul.

Lebih kurang 2 bulan aku tak ada gaji.
Dengan nama Allah aku tak akan redha pada tangan-tangan yang melambatkan urusan gaji aku. Nasihat aku, berhati-hatilah memohon kerja samada PSH atau kontrak. Gaji kau bukan automatik macam pegawai tetap. Gaji kau memang akan lambat sikit sebab kena habiskan sebulan kerja dulu baru boleh mohon gaji. Tapi dalam kes aku, agak malang sebab bukan lambat sikit, tapi lambat banyak.
Mujurlah suami aku kerja besar dan bergaji besar malah sebenarnya aku dah tak payah kerja pun~ Eh sedap juga ayat sindir ni kan?

Update:

Petang 17 Jun tu jugak aku dapat call for interview dari sebuah company pada 21 Jun di sebuah sentral di Kuala Lumpur (Kau tekalah sekali lagi). Masa tu aku tekad yang aku akan pergi dan aku takkan keluar dari company tu kalau tak dapat position tu (ok tu hyperbola).
Persediaan dilakukan secara senyap.
Bos aku tak tahu. Kalau dia tahu pun, biarlah. Biar dia tahu aku pun reti rasa kecewa. Bab duit gaji ini sangat sensitif, kan?

21 Jun
Aku pergi interview tu dengan memakai baju kurung kegemaran aku, kegemaran suami aku juga. Biar ada semangat kononnya. Aku dah telefon emak dan abah semalamnya. Mohon tembakan doa yang paling padu untuk perjuangan aku ni.
Korang boleh agak tak macam mana rasanya- Kau frust kat tempat kerja sekarang, dan kau betul-betul nak angkat kaki ke tempat lain? Ha itulah yang aku rasa.
Aku malas nak cerita bab interview tu.
Susah juga macam pandu kereta dekat bukit. Aku pun dah jadi terbelah bahagi. Entah dapat atau tidak. Kalau tak dapat, nampak gayanya aku kenalah kekal dengan jabatan yang bayar gaji lambat ni. Tawakkalna 'Ala Allah.

23 Jun
Pagi-pagi lagi aku dah gegarkan BKA mencari staf gaji B yang katanya uruskan gaji aku.
Aku cari sampai ke lubang gagang telefon tu dan akhirnya aku dapat dia. Fuh!
Aku: Encik, tolonglah bantu uruskan gaji Mei saya secepat mungkin. Encik pun dah dapat gaji Jun kan? Saya nak beli baju raya ni!
B: Ok cik. Nanti saya semak dulu ye. Saya kena pastikan gaji cik ni siapa yang bayar dulu. Kita di sini banyak bahagian.

Aku dengar dan layankan saja. Aku tinggalkan nombor telefon. Minta dia telefon balik dengan jawapan yang jitu.

Tak lama kemudian, dia telefon aku semula. Bagus. Sekurang-kurangnya dia bertanggungjawab.

B: Cik, gaji cik kita dah proses. Yang pasal MOF statement tu kan...Sebenarnya memang dah sedia ada. Cuma baru-baru ni dokumen tu expired. Jadi kita minta CLI perbaharui.
Aku: Tapi CLI sendiri beritahu saya yang dokumen tu TIADA dan cara deorang cakap tu macam bukan deorang yang kena sediakan dokumen tu. Kesian saya encik. Banyak online sale saya terlepas sebab tak ada gaji (Hahahah!)
B; Ok lah cik. Sekarang dah boleh standby depan Zalora atau boleh siap-siap ke Masjid Jamek
Aku: (Kuangasam kau game aku balik!)

Balik kerja, aku buka M2U. Memang laa belum ada. Siapa nak masukkan duit jam 4 petang. Tunggu sajalah esok, ya.

Sambil-sambil aku semak M2U tu, aku dapat satu email. Dari company yang aku interview dua hari lepas.
Tak ada (WALLAHI TAK ADA) apa yang mampu aku ucapkan. Aku menangis dan call suami aku.

Dia: Kenapa menangis ni?
Aku: D dapat kerja tu
Dia: Alhamdulillah
Aku: Thanks abang. Tengah speechless ni. I fight for my career goal for about 3 years since my last permanent job. Nanti kita cerita panjang ok. Malam ni D masak lauk berbuka best.

Yep, aku dapat kerja tu. Masih rasa macam mimpi dan terasa tak layak pulak nak terima kerja tu. Tapi aku bersyukur sangat-sangat. Pencarian panjang aku telah menemukan hasil. Semoga ini adalah jalan terbaik untuk aku, untuk keluarga aku. Hanya kawan-kawan rapat aku yang tahu bagaimana mencabarnya perjalanan karier aku. Jadi tak salah kalau aku rasa mereka adalah sebahagian daripada tiang kuat yang menyokong aku untuk bersandar.

Dan aku pasti korang pun dah boleh agak apa yang aku akan buat dengan kerja aku sekarang kan? Ya, aku akan letak jawatan dalam minggu depan dan tulis surat kepada universiti berkenaan tentang sikap jabatan ini melayan orang akademik seperti aku. Cuma aku tengah pening kepala macam mana nak menghadap bos aku yang agak bossy tu untuk aku bagitahu dia yang aku dah tak nak kerja dengan dia. Aku harap dia tak kena serangan jantung dan jatuh dari kerusi empuknya.

Apart from that, aku agak malu dengan Allah dan diri aku sendiri. Di saat aku diuji, sabar aku menjadi nipis. Sekarang bila Allah beri kegembiraan, aku sebenarnya rasa tak layak pun nak gembira atau apa. Aku malu. Aku rasa emosi aku tak adil dengan semua pemberian Allah. Aku memang teruk :(
Semoga Allah ampunkan dosa aku, semoga Allah jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak lupa diri.

Hari ini satu kebenaran agung telah terbukti. Kau pernah dengar ayat Quran: Bersama kesusahan itu ada kesenangan?
Nah. Allah dan bentangkan seluas-luasnya depan mata aku. Dan aku termalu pada diri aku sendiri tapi syukur- At least Allah masih sayang aku dan tunjukkan pada aku kekuasaanNya. Kalau dia dah benci dan lantakkan aku- Hanyutlah aku macam batang balak reput.

Sekian
Dhiya Dahlia
23 Jun 2016

Perkara yang Merosakkan Manusia


Bismillah

Sejak kebelakangan ni, banyak sangat terserlah kebenaran dan pelbagai hikmah yang Allah simpan selama ni. Setiap hari sebaik buka mata, kami sedar yang kami akan mendapat 'ibrah dan pengajaran yang baru. Hidup ini terlalu luas untuk diterokai. Ujiannya juga bukan sedikit. Kadang-kadang kami boleh handle, kadang-kadang kami tewas. Adatnya memang begitu.

Wang Ringgit, harta dan Pangkat Bukan Segalanya

Sebaik bernikah, kami dibentangkan dengan satu pengajaran yang sangat-sangat berguna. Hampir setahun berlalu, saya harap saya tidak akan membuka kisah ini. Tapi isi pentingnya adalah- Kekayaan, pangkat dan kedudukan yang tinggi belum tentu dapat membeli budi pekerti mulia. Jawatan tinggi dalam bidang profesional tidak boleh dibawa dengan lagak tak tentu hala apabila berjumpa orang. Allah lihatkan pada saya bagaimana sikap ini telah menghancurkan diri si pelaku sendiri.

Lantakkan apa kata orang. Kita buat kerja kita!

Tidak ramai yang tahu betapa struggle nya kami sebaik berpindah ke Kuala Lumpur selepas bernikah. Dengan apa yang orang lihat pada luaran, ramai yang sangka kami boleh terus senang selepas berkahwin. Kadang-kadang saya rapuh dengan pertanyaan dan sembang-sembang tentang kehidupan.
Duduk di mana?
Rumah apa?
Kerja di mana?
Naik kereta ke motor?

Saya tak suka soalan begitu, kalau di hujungnya ada cerita perbandingan.

Suami saya bilang- Biarkan apa orang nak kata, apa orang nak sangka. Kita jalani hidup kita, cara kita. Kalau ikut cakap orang, kita belum tentu bahagia.

Betul

Memang dua perkara itulah yang akan membuatkan hati manusia membusuk
- Kemewahan yang berlebih-lebihan
- Perkataan yang berlebih-lebihan 

Dan semoga kita tidak melakukan apa yang kita bencikan ini. Cukup untuk ingatkan diri.

Hati-hati
Dhiya

Bekerja


Bismillah

Kerja baharu sekarang mengambil masa 1 jam perjalanan dari rumah ke tempat kerja. Saya ambil WP1 (7.30 pagi) menuju ke kawasan yang agak padat di pusat kerja saya ini. Jadi anda boleh agak pukul berapa saya keluar dari rumah kan?

Dulu bolehlah terhegeh-hegeh macam anak itik. Sekarang waktu pagi saya kena flawless (Jangan ingat muka je nak flawless~). Semuanya kena sempurna, dari segi emosi dan persiapan fizikal. Kalau lambat 5 minit bertolak, saya boleh lambat 20 minit tiba ke pejabat. Itu semua gara-gara kesesakan lalu lintas.

Ha sebut pasal kesesakan lalu lintas ni, saya sebenarnya kalau boleh nak sangat elak perkara ni. Kalau boleh nak pergi tempat kerja tumpang suami, atau naik kenderaan awam atau jalan kaki. Pandu kereta dengan pakai cermin mata hitam (kadang-kadang) memang nampak cool. Tapi yang hanya pemandu itu saja yang tahu lenguhnya badan kalau terperangkap dalam kesesakan, ditambah lagi dengan dua tiga buah kereta kerek yang cari pasal. Sakit hati pula!

Saya bilang pada suami;

Saya janji saya akan usahakan untuk kembali bekerja dekat dengan rumah. Dia sendiri pun tak sanggup lihat saya begini, apatah lagi tuan badan yang menanggung. Tapi apalah pilihan yang saya ada. Tak banyak. Apa yang saya dapat ini pun bukan main susah lagi perjuangannya. Insya Allah moga atas semua kesukaran ini, Allah gantikan dengan suatu yang lebih baik suatu hari nanti.

Di zaman 2.6 juta bintang yang hilang, ditambah dengan kekejaman pemimpin sekarang- Memang susah nak dapat kerja. Nak berniaga pun bukan semudah petik jari. Marilah kita berfikir bagaimana untuk menjadi orang yang berpendapatan, walaupun tidak bekerja. Asalkan halal. Marilah.
Kerjalah apa pun. Janji kerja yang halal. Tak salah pun beli lembu dengan duit gaji. Cukup 10 ekor, boleh berhenti kerja- Balik kampung- Bela lembu.

Saya tak boleh bandingkan diri saya dengan orang-orang di dalam pejabat ni. Mereka sudah stabil. Malah sangat stabil. Attitude mereka terkenal di seluruh Malaysia dan boleh dianalogiakn sebagai 'ayam daging'. Semua spoon fed. Saya memang tak boleh berlama-lama dalam pejabat ni. Saya nak move on dan tak mahu jadi ayam daging. Dulu memang pernah teringin nak jadi ayam daging, tapi sejak kebelakangan ini, cita-cita saya telah berubah.

Cerita bab kerja dan kerjaya ni memang agak emosi pada saya. Career goal saya masih belum tercapai sedangkan usia saya semakin meningkat. Kadang-kadang down juga. Tapi sebab masih waras, saya cool kan diri.

Doakan
Doakan Ramadhan ini ada hadiah yang menggembirakan untuk saya.

Salam sayang
Dhiya

4 Ramadhan



Bismillah

Welcome, Ramadhan!

Ramadhan ini adalah Ramadhan pertama saya sebagai seorang isteri. Banyak ilmu baru yang saya belajar dan banyak sangat situasi baru yang saya perlu hadapi.

Sekarang kami berdua bekerja. Saya akan cuba sehabis baik untuk lesap seawal jam 4 petang (WP1, dan berita dapat pelepasan setangah jam awal sempena Ramadhan telah diumumkan oleh KSU kan?) Hahahha.
Suami saya beritahu, setiap kali Ramadhan- Kadang-kadang dia akan dapat jemputan berbuka puasa di luar samada oleh kontraktor atau client atau sesiapa saja dari kalangan networking kerjanya.

Habis macam mana tu? D boleh ikut tak?
Boleh kut. Alah D bukan makan banyak mana pun~

Heh

Dan saya baru terima mesej dari suami saya tadi. Minggu depan sudah ada satu majlis berbuka puasa yang menunggu. Boleh bawa pasangan katanya. (Berani ko ajak laki aku jeeee~!??) Kalau tak boleh bawa pun saya nak ikut!

FB wall sekarang penuh dengan perkongsian resepi sahaja. Kadang-kadang seronok juga melihat. Kadang-kadang rasa bosan pula. Setakat ini saya masih belum ada hati untuk kongsi juadah atau tag location berbuka puasa. Harapnya tidak perlu langsunglah kan.

Baju raya? Baju raya masih belum siap. Tahun ini kononnya istimewa sedikit. Almaklumlah raya pertama bersama si dia. Teringin juga nak melawa. Kut-kut terlajak ke kampung mertua, tak adalah kita ni nampak biasa sangat. Kena tunjuk hipster sikit tahu?

Oh ya. Tahun ini kami beraya di Pahang. Kalau boleh tiap-tiap tahun pun di Pahang. (Eh banyak cantik muka kau!) Kemudian kami akan fast trip ke Selatan dan balik semula ke KL sambil makan jem. Itu memang sudah dijangka awal-awal lagi.

Puasa baru 4 hari. Sudah seronok cakap pasal raya nampak? Haish.
Teruja
Teruja menulis dalam DDD, teruja nak membebel, teruja nak berkongsi cerita. Begitulah~

Nanti saya tulis lagi ok?

Selamat berpuasa.
Jangan makan waktu siang.

Dhiya

Menu menarik Pahang


Saya orang Pahang

Makanan menarik di Pahang ni banyak. Antaranya dalam senarai ini.

Image via Izaham / Wikispaces
Waktu saya kecil-kecil dulu, saya tak suka sangat masakan orang Pahang sebab emak jarang masak lauk begitu. Iyalah, walaupun kami tinggal di Pahang, emak saya asalnya dari Perak dan abah saya dari Selangor. Haruslah ada elemen Jawa dan Banjar sikit.

Dulu, kalau ada kenduri kendara di kejiranan rumah emak di Pahang, saya memang tak hiraukan lauk pauk tempatan. Saya akan cari ayam goreng ke, gulai ke, atau acar timun- Lauk pauk standard kata orang.
Tapi bila saya mula masuk UM, ramai kawan-kawan yang impress kalau saya bagitahu mereka yang saya dari Temerloh, Pahang. Pertanyaan pertama mereka selalunya adalah tentang Patin!

Sebenarnya di Pahang ni, bukan Patin masak tempoyak saja yang masyhur. Banyak lagi (macam dalam senarai pada link di atas tu). Apabila dah lama di Pahang, saya mula appreciate makanan-makanan tempatan. Sekarang, suami saya adalah antara die-hard fan Patin masak tempoyak. Saya pun dah suka dengan sambal hitam belimbing besi. 
Kadang-kadang tangan kita yang bukan orang tempatan ni masak, tak sama rasanya dengan orang yang betul-betul asal Pahang. Jiran kami ramai asal Pahang terutamanya Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Selalunya kalau kenduri kendara, mereka inilah ketua bahagian masakan. Memang tak boleh challenge

Banyak sangat masakan Pahang yang menarik. Saya tak habis taip kalau nak disenaraikan di sini. The best is, come and visit Pahang. Eh salah...

Moh ke Pahang!

Selamat berpuasa semua rakan DDD :)
Dhiya

Kuala Lumpur Food Truck @ Dataran Merdeka


Hai

Siapa pernah ke KL Food Truck Festival ni, angkat tangan!

Kalau yang belum pernah pergi atau yang masih belum tahu, KLFTF ini diadakan setiap malam minggu di Dataran Merdeka. Memang meriah sangat sebab masa kami datang tu, ada juga pameran automotif dan battle of the band. 

Rasanya ini adalah tempat terbaik untuk hang out dengan keluarga (saya tak suruh dating dengan boyfriend, ya!) sebab diadakan pada waktu malam dan tak panas.

Berikut adalah gambar-gambar yang kami sempat ambil untuk menggambarkan suasana malam di KLFTF di Dataran Merdeka. Rasanya sekarang mesti ramai yang sudah sedar kenapa jalan depan Dataran Merdeka tu selalu ditutup setiap kali malam minggu.
Ha inilah jawapannya.
Banyak food truck, tempat duduk pun ada. Cuma satu yang say agak kecewa, makanan food truck ni kat mana-mana pun mesti agak mahal sedikit (mahal banyak sebenarnya) dari harga makanan biasa. Takkanlah hipster sikit terus jadi mahal kan?

Kami tinggalkan KLFTF dan menghala ke pameran kereta. Yang ini kegemaran encik suami. Saya mengikut saja. Bingit telinga sebab bunyi muzik yang berdentum-dentum dari speaker kereta mereka yang macam-macam jenis dan kuasa. Adeehhhh!
Satu malam di Dataran Merdeka. Erm...macam tak berapa sesuai untuk bawak baby yang fragile tu. Banyak pencemaran bunyi!

Kalau orang tanya samada saya nak datang lagi tak? Saya nak datang lagi. Tapi nak bawa makanan sendiri dan lepak-lepak tepi padang tu dan makan. Tak mahu beli makanan di sana. Hahhahaha!

Dhiya

Pancake Treat


Hai

Hari Sabtu adalah hari untuk jadi malas. Tapi tidaklah malas apa pun. Memandangkan Isnin depan kita akan mula berpuasa, jadi hari ini dan esok sajalah kalau nak merasa sarapan pun.

Hari ini kami makan pancake . Tu je nak cerita.

Resepi tidak disertakan. Tapi percayalah resepinya mudah dan cara membuatnya pun senang lagi pantas. Yang sebenarnya pancake adalah resepi suami saya. Dia yang bekerja di dapur tadi. Hikhik!
Pancake ni sedap kalau makan dengan apa?
Makan dengan madu tu dah biasa. Kalau betul-betul Melayu cara kami, dengan sambal bilis pun jadi.

Ahhhh jemput makan, ya~!

Dhiya

Travelog: Tanjung Piai Titik Paling Selatan Semenanjung Malaysia


Bismillah

Sejak sejak sibuk dengan kerja baru ni, DDD memang sangat terabai. Nak cerita banyak benda, tapi kadang-kadang tak cukup masa. Tuntutan kerja di sini pun banyak (biasalah tu kan). Tapi kadang-kadang golongan bos ini pelik-pelik. Suruh buat hari ini, Tapi nak kena submit semala. Faham tak kebengongannya di situ~

Ok ini bukan entri luahan perasaan tentang kerja. Mari kembali ke cerita asal. Cerita ke Tanjung Piai. Ini adalah kedatang sulung saya ke sini bersempena mengikut rombongan kenduri sepupu sebelah suami saya. Sebelum ini memang saya tak pernah jejak kaki ke sini. Alang-alang sudah dekat sangat, jadi kami pergi sajalah.
Pintu masuk
Tanjung Piai ni adalah tanah paling hujung di Selatan Semenanjung Malaysia. Semua orang tahu Johor tu negeri di Selatan tanah air. Tapi tak semua orang tahu yang Tanjung Piai inilah tempat paling Selatan dalam Tanah Semenanjung.

Tempat ini asasnya taman yang dijaga dan dipelihara. Di dalam taman ini banyaklah haiwan-haiwan yang tinggal di habitat asal mereka sendiri tanpa diganggu dari sekecil-kecil ketam entah apa spesies sehinggalah sebesar-besar monyet di atas dahan pokok. Pihak Taman Negara juga telah sediakan laluan khas supaya kita tak ganggu habitan haiwan di situ dan dalam masa yang sama kita boleh berjalan menikmati alam semulajadi dengan selesa.

Tiket bayaran masuk: Dewasa RM5 sahaja (untuk warganegara Malaysia)
Kawasan bakau. Masa kami datang ni, air surut jadi kami nampak la macam-macam haiwan terutamanya ketam
Jalan menghala ke anjung tempat rehat yang menghadap Selat Melaka
Sambung jalan. Tempat ini agak luas. 
1. Jangan pakai kasut tumit tinggi. 
2. Bawa payung takut-takut hujan dan tak sempat nak lari keluar. 
3. Bawa topi sebab keadaanya agak panas (tepi laut kan)

Malangnya tempat yang dikatakan kawasan paling hujung itu sedang ditutup atas sebab-sebab baik pulih. Ada jalan ke sana yang runtuh mungkin sebab hakisan. Jalan menghala ke kasawan itu juga ditutup atas faktor keselamatan. Jadi kecewalah juga saya kerana hanya sampai takat yang dibenarkan itu sahaja.
Jalan menghala ke kawasan paling hujung yang ditutup
Tapi tak apalah. Banyak lagi yang boleh diteroka. Kami teruskan perjalanan dan terjumpa pokok ini:

Pokok bakau dengan akar jangkang paling tinggi. Dulu-dulu waktu sekolah rendah mesti biasa dengar akar jangkang ni kan? Ha inilah dia akar jangkang paling tinggi!

Kami ambil masa hampir sejam lebih juga untuk habiskan seluruh kawasan Taman Negara Tanjung Piai ni. Seronok sebab dapat tengok pokok-pokok bakau dari jarak dekat. Boleh juga tengok ketam-ketam kecil dan berwarna-warni menjalankan rutin hidup mereka di bawah jambatan.
Sebaik keluar, kami terus rasa lapar walhal kami baru saja pulang dari kenduri kahwin dan makan lauk pengantin. Metabolisma banyak terpakai, sebab tu lapar teruk~

Nah, sepinggan!
Sekian cerita

Dhiya