Membeli Produk Skin Food


Bismillah...

Sedikit lega apabila saya telah menghantar report untuk minggu lepas. Yang tinggal hanya sedikit bahan untuk pembentangan yang akan diadakan kelak. Masih dalam proses. Insya Allah siap pada waktunya.
Jadi hari ini memang agak free.

Untuk entri kali ini, saya nak kongsikan pengalaman saya membeli barang kosmetik di Korea. Rakan terdekat mungkin sudah maklum, yang saya ini bukan orang yang 'gila' barang kosmetik sangat. Tapi apabila mendengar komen dan review dari rakan-rakan yang mengatakan barang kosmetik di sini murah, saya pun terpengaruh la juga~
Hasil penyelidikan dan survey selama lebih kurang 3 minggu, akhirnya saya memilih untuk mendekati produk Skin Food.
Gila. Memang gila. Saya terpaksa membuat self-reading untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit saya, di samping bekerja keras untuk mendapatkan perbandingan harga. Agak berbaloi apabila saya mendapati harga produk tersebut memang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. (Sambil tarik rambut)

Tapi saya tidak terlalu tergesa-gesa untuk membeli. Untuk permulaan, saya hanya membeli satu produk sahaja- Black Pomegranate Voluming Serum untuk dipakai di sini pada harga KWN24000 dan selepas diskaun, saya membayar produk tersebut pada harga KWN21000. Di dalam kotak serum tu ada free gift. Tak tahu apa, sebab tak buka lagi.
Tapi yang heaven sangat adalah free gift yang saya dapat-

Black Pomegranate Special Kit (ada toner dan pelembap) 1 kotak
Black Pomegranate Cream 2 paket
Black Pomegranate Filler 2 paket
Black Pomegranate Gift Set 2 kotak
Skin Food Watery Berry 2 paket
Skin Food Shea Butter Body Emulsion 1 paket
Skin Food Shea Butter Creamy Body Wash 1 paket
Skin Food Egg Water Pore Foam1 paket

Yep. Semua yang saya senaraikan di atas tu adalah free gift. Banyak. GILA.

Bila saya bawa balik satu beg Skin Food tu, dah macam nampak bukan main lagi saya membeli. Kalau kat Malaysia tu, mesti dah macam +-RM200- RM300.
Sebaik sampai di bilik, saya keluarkan balik semua hasil jenayah saya. Ha nah...Semua ni.
Setakat dua minggu menggunakan serum tersebut, Alhamdulillah kulit saya dapat menerima produk tersebut dengan baik. Kalau sampai dekat-dekat nak balik nanti ada kesan lebih baik, boleh jadi saya borong dua ke tiga botol lagi.
Semua ni saya dapat...
...sebab beli sebotol serum ni je. Macamana tak gila?

Sebenarnya banyak lagi produk kosmetik Korea yang biasa ada di Malaysia seperti Innisfree, Etude House, dan Missha. Tinggal lagi nak pilih yang mana yang sesuai dengan kulit dan bajet. Jadi duduk sini memang kena jadi bijak dalam membuat pilihan. Kena study lebih sikit supaya apa yang kita beli tu berbaloi.

Ini baru jenayah pertama. Kita tengok dalam masa empat minggu lagi, jenayah apa pula yang saya buat.

Tunggu.

Salam sayang,
Dhiya

1 comment