Bismillah...
Agak lama saya biarkan entri ini tanpa caption dan cerita. Sejak minggu ketiga, saya dah mula sibuk dengan microbial fermentation sampailah ke minggu lepas. Saya secara peribadi (yang patutnya tak payah diluahkan) memang tak berapa minat dengan topik tu. Susah dan tak best! Minta maaflah.
Gyeryongsan ni saya pergi dengan international delegate yang satu lagi, yang kebetulannya ada seorang wakil Malaysia. Memandangkan saya agak rapat dengan wakil Malaysia tu dan mereka pun hanya berenam, jadi saya dengan tak kisahnya ikut mereka. Supervisor mereka pun sangat baik dan sanggup temankan mereka berprogram.
Kami ke Gyeryongsan National Park hanya menaiki bas. Sempoi kan? Enam orang kami, termasuk supervisor yang bergelar Dr. sanggup naik bas, bersesak-sesak. Memang sangat humble dan down to the earth :)
|
Macam biasa, kami naik bas 604, berhenti di depan gereja sebelum Emart
tu dan tukar ke bas 107 menuju ke stesen paling akhir. Dalam bas, memang
ramai orang dengan hiking attire. Saya ni hanya pakai slack, blouse dan kasut reben-reben sebab Dr. tu cakap bukan hiking sangat pun. |
|
Sekali sampaaaaaaaai... |
|
Pemandangannya memang sangat cantik dan pendakian pun bermula. |
|
Di tepi-tepi jalan, ramai penjual yang menjual makanan, buah-buahan dan kelengkapan mendaki. |
|
Cenderamata pun ada sikit-sikit. Tapi lebih kepada kraftangan. |
|
Kebanyakan barang yang dijual sama sahaja. Kami pun tak perlukan sangat cenderamata di sini sebab bukan itu matlamat utamanya. |
|
Ini peta keseluruhan Gyeryongsan National Park. Sangat luas dan memang diwartakan sebagai taman negara di Korea Selatan. |
|
1.6 KM kalau nak patah balik. Baik teruskan saja, lagi 1.6 KM. Masa ni kami dah mula rasa yang lawatan 'jalan-jalan' kami memang dah benar-benar bertukar menjadi hiking. Uwaaa! |
|
Tengoklah trail nya. Tengok juga attire kami masing-masing. Semua pun ayu jelita sebab tak sangka nak mendaki selasak ini. Saya? Seluar slack, blouse dan kasut BATA. Masak! |
|
Hiking trail yang berbatu-batan. Ada masa sangat menegak. Memang rasa sikit lagi nak mengalah. Iyaah...Di Malaysia pun saya tak buat kerja macam ni. Tapi mengenangkan ini mungkin pengalaman terakhir saya di sini, saya kuatkan juga semangat. |
|
Ini antara wajah rakyat tempatan yang sempat saya rakamkan. Mereka di sini sangat peramah dan sangat suka menolong. Tengoklah attire mereka. Well prepared dan memang datang sini untuk hiking, bukan untuk jalan-jalan macam yang saya sangkakan! |
|
Sepanjang jalan mendaki tu, ada banyak tempat untuk berehat. Ada yang akan berhenti minum sekejap dan tak kurang ada yang siap bersila dan buka bekal. Bagi kami berenam, setiap 5 minit pun akan berhenti rehat sambil termengah-mengah. Dr. tu pun agaknya geleng kepala tengok kami. Nasiblah kan~ Siapa suruh tak cakap awal-awal yang ini memang betul-betul mendaki gunung. Huhu |
|
Penanda aras ni agak memberi motivasi kepada kami. 2.5KM mendaki, hanya tinggal beberapa meter lagi. Macam tu lah lebih kurang~ Penatnya tak payah cakap. Tapi sepanjang jalan, kami terhibur juga dengan pemandangan flora yang menghijau dan sedikit demi sedikit bertukar kuning dan merah. |
|
Sambil berehat melepaskan lelah, sempat menembak gambar oppa ni. Aish~ |
|
Agak-agak kalau kat Malaysia, ramai mana yang sanggup nak mendaki gunung macam ni ye? |
|
Habis jalan berbatu, ada tangga pula. Alhamdulillah sampai ke tahap ni, saya dah boleh handle keletihan saya. Dah jadi seronok pula. |
|
Ini antara pemandangan di antara tempat rehat utama. Ramai la yang berhenti rehat di sini. |
|
Kumpulan kami. Dari Kiri: Kai (Thailand), Naran (Mongolia), Ammar (Malaysia), Christine (Philippine), Asiah (Pakistan), Dr. Lee (supervisor) |
|
Mendaki sedikit lagi dalam 15 minit, kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah. |
|
Di puncak ni ada beberapa stupa dibina mungkin untuk tujuan sembahyang. Di bahagian bawah sedikit dari stupa ni pula ada tokong untuk sembahyang. Tapi apa yang penting bagi saya, pemandangan di sini sangatlah cantik! |
|
Musim luruh baru bermula. Daun-daun ada yang baru nak menguning, dan ada juga yang dah kuning dan merah keseluruhannya. |
|
Ini sudut yang paling mahal bagi saya. Terasa berbaloi sangat mendaki walaupun kepenatan yang susah nak ditafsirkan, siap pakai kasut anggun BATA...Sekali saya disajikan dengan pemandangan ini. Cantik sangat. Subhanallah! :) |
|
Lebih kurang 15 minit di atas puncak, kami pun turun melalui jalan yang berbeza. Jalan ni khas untuk pengunjung yang turun sahaja, bagi mengelakkan kesesakan dan risiko. |
|
Perjalanan turun lebih relaks dan tiada tekanan. Cumanya saya perlukan kekuatan kaki yang sekali ganda lebih sebab menurun bukit ni memang perlu kawal tekanan badan. Air terjun pun ada. Tapi kat sini tak macam Malaysia. Mereka bukan jenis yang nampak je anak sungai, terus terjun berendam. Lagi satu, cuaca pun sejuk...Siapalah yang berkenan sangat nak terjun kan :) |
|
Sepanjang perjalanan turun, kami berjumpa dengan ramai orang Korea yang peramah dan menegur kami. Ada juga yang boleh berbahasa Melayu Indonesia dan kami sangat teruja. Anggur ni pun ada orang bagi. Baik kan? Bukan setakat anggur, ada yang bagi tori dan buah epal. Ni lah namanya rezeki. |
|
Sampai satu tempat tu, kami dapat melawat satu lagi tokong yang dikhaskan untuk kaum wanita. Jadi ramailah wanita-wanita Korea yang berada di sini. Pemandangan pun cantik. Oh ye. Sampai di aras ni, perjalanan turun kami dah semakin mendatar. Cerun-cerun tu semua dah tak ada. :) |
|
Jalan turun pun berturap elok. Apa yang kami faham adalah jalan berturap ini adalah jalan menuju pintu keluar bagi kami, dan merupakan jalan masuk kepada pengunjung yang membayar tiket masuk. Maknanya kami tadi tak bayar tiket masuk, sebab tu kena lalu jalan susah. Kesimpulannya, nak senang memang kena pakai duit. |
|
Tak boleh nak utilize dua kerusi panjang tu. Maklumlah...Saya kan single :p |
|
Macam saya cakap tadi, kaunter ini adalah kaunter tiket bagi pengunjung yang memilih untuk menggunakan jalan elok dan tidak mahu mendaki. KWN2000 untuk seorang dewasa. |
|
Sebaik keluar dari kawasan mendaki, ada banyak kedai-kedai makan. |
|
Chestnut bakar. |
|
Kami jumpa semula jalan masuk tadi. Masa ni semua pun dah keletihan dan dalam perjalanan mencari kedai makan. |
|
Saya dan Ammar tak makan pun. Kami hanya tumpang meja makan dan buka bekalan sendiri. Sambal bilis ni buat saya rasa nak balik kampung cepat-cepat. Punyalah heaven dapat makan ni dengan ketupat! |
|
Dalam perjalanan balik, menuju ke stesen bas. |
|
Tengok apa dah jadi dengan kasut BATA saya. Huuu |
|
Semasa beratur menunggu bas, saya sempat ambil gambar ni. Cuba bandingkan saya dengan mereka. Memang layak la saya kena gelak pun masa di atas tadi. Ramai je yang tengok saya atas bawah, kemudian senyum. Ye saya tau saya sedang pakai baju nak pergi shopping :p |
|
Sampai di Bandar Daejeon, kami tukar bas 604 untuk balik ke rumah. Kaki dah macam nak patah minta direhatkan. |
|
Bung-o-pang: Makanan tradisi di sini. Macam waffle yang diisi dengan inti kacang merah. Sedap! Sempat beli ni sebungkus, niat di hati nak makan atas katil sambil rehatkan kaki :p |
Alhamdulillah cerita
hiking dah selesai.
Pengajaran:
Satu: Jangan mudah putus asa di saat kita baru sahaja memulakan cabaran.
Dua: Berbuat baiklah sesama manusia.
Humanity sudah cukup berharga walau berbeza agama.
Tiga: Bersangka baik.
Empat: Kagumi kebesaran ciptaan Allah (Subhanallah!)
Lima: Bersyukurlah menjadi diri kita, berusahalah tanpa henti untuk terus memperbaiki diri :)
Banyak lagi sebenarnya cerita yang saya nak kongsikan. Takut nanti kalau tangguh-tangguh, jadi macam cerita Beijing saya. Satu gambar pun tak ada lagi dalam blog ni. Haihlaaa.
Insya Allah akan terus berusaha menulis dan berkongsi :)
Doakan!
Salam sayang,
Dhiya
No comments