Nami Island: Pulau Cinta


Bismillah...

Entri ini agak terperam lama. Masuk minggu ketiga hingga minggu keenam (minggu hadapan), saya sangat sibuk. Tiga minggu ini hanya untuk fermentation sahaja. Sampai perlu stay back sampai jam 9 malam untuk test sample.
Hari raya pun kami gasak berkampung di dalam makmal. Tiga minggu ni memang tak best!

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya ke Nami Island pada 4 Oktober 2013 bersamaan dengan hari Jumaat. Ramai yang mengirim pesan antaranya berbunyi seperti berikut:
"Wah D....Bestnya dapat pergi Nami Island. Romantik gila tempat tu. Untungnya dapat pergi tempat Winter Sonata"

Winter Sonata? Hahaha
Untuk pengetahuan, saya tak pernah menonton drama tu. Masa zaman belajar, kawan-kawan saya sangat gilakan drama tu. Saya boleh kaku kejung dalam bilik, sedang mereka gigih berebut tempat duduk paling depan di bilik TV.
Apabila saya beritahu perkara ini kepada rakan saya tu, dia membalas:
"Aku tak faham kenapa manusia yang tak menghargai drama tu macam kau terpilih untuk pergi ke Nami Island tu. Aku yang feeling tengok cerita tu, yang selalu bercita-cita nak pergi sana, tak dapat pun!"
Hahaha. Kesian kawan saya tu.

Esok lusa saya akan minta suami dia bawakkan ke sana ok. Sungguh saya tak ada jawapan kepada soalan 'kenapa' tu.
Sebelum bertolak, kami sempat bersarapan di cafe. Punyalah gembira sebab sandwich pagi tu adalah sandwich tuna ada ketam. Makan pun sayang-sayang.
Perjalanan bermula jam 8.30 pagi, mengambil masa 3 jam. Ini gambar sewaktu kami berhenti rehat di RnR seperti nama di atas. Dapatlah kopi panas secawan- KWN500.
Dalam bas. Prof. Jung ni dah macam abah-abah. Dia suka kongsi pengalaman dia masa muda-muda. Ada tempat menarik yang kami lewati, dia mesti cerita dan cerita tu mesti akan ada kaitan dengan dia. Memang banyak pengalaman.
Kalau tak silap, ini railway KTX
Dipendekkan cerita, kami sampai lebih kurang jam 11 pagi. Rupanya habit orang Korea ni sama je macam di Malaysia. Kebetulan semalamnya (Khamis) adalah cuti umum bagi negara ini. Sebaik sampai di Nami Island, kami lihat ramai sangat manusia. Telahan kami tepat. Prof. cakap kebanyakannya ambil cuti hari ni (Jumaat) supaya dapat cuti hujung minggu lama sikit. Haha~!
Menara ni ada seat yang boleh membawa pengunjung terus ke pulau. Tak payah naik feri. Tapi bayaran lain sikit, malah lebih mahal. Kalau tak silap +- RM75. Tak payah~ Naik feri baru RM24. Buat penat je menjerit kegayatan kat atas tu. Nak landing kat Nami Island juga~
Masa ni tengah tunggu Prof. belikan tiket.
Dalam hati saya dah ada bibit-bibit kecewa. Tak boleh nak feeling Winter Sonata!
Mari buang rasa kecewa dan nikmatilah seadanya!
Ada imegresen sendiri tuuu. Jangan main-main.
Naik feri pun dah kena beratur. Kecewalah juga. Tapi alang-alang dah sampai sini, enjoy je lah.
The delegates
Dapat tangkap gambar bendera Malaysia!
Pintu gerbang yang menyambut kami sebaik turun dari feri.
Macamni je signage mereka. Puuuun masih berpusu-pusu manusia datang. Haha. Hebat tak hebat tempat ni~
Various greetings
Orang datang, kau suruh blah? Eh tak. Ini apa punya caption gambar pun saya tak pasti. Tapi gambar diambil dari dalam restoran tempat kami makan tengahari.
Memandangkan waktu kami sampai ni adalah waktu makan tengahari, jadi Prof. bawa kami makan dulu. Restoran halal di Nami Island telah ditutup kerana kurang sambutan katanya. Jadi dia hanya bawa kami ke restoran berhampiran. Hadapkan aje bibimbap yang penuh dengan sayur tu. Geram je tengok si Ann tu makan ayam masak kicap. Grr!
Bibimbap. Masa kat Malaysia, bukan main sombong saya bercakap dengan Elis pasal benda alah ni. Siap cakap lagi tak akan masuk tekak. Tapi bila dah sampai, inilah yang saya makan dan paling mengenyangkan. Kesimpulannya, jangan sombong sangat. Haha!
Selepas makan, kami pergi sembahyang. Alhamdulillah dapat jamak sebab Daejeon dengan Nami Island ni memang jauh. Dan ya, surau ada disediakan di sini. Kagum? Kagum la juga. Selama ni, kalau outing je, mesti kena solat dalam bilik menyusu. Siap ada ibu yang lari keluar sambil peluk anak lagi mungkin sebab takut. Itu belum kira kena halau dengan ajuma sebab saya masuk tanpa anak. Adoilaaa.
Tempat solatnya hanya satu. Tiada penghadang antara lelaki dan perempuan. Tempat ambil air sembahyang pun kongsi. Jadi pandai-pandailah nak selesai macamana. Kami pun bergilir-gilir dengan rakan-rakan lelaki. Alhamdulillah mereka kat sini sangat protective terhadap kami.
Tiang ni terbina dari susunan buku. Kalau rasa nak baca satu buku dalam susunan ni, tarik je. Kalau runtuh, boleh bina balik. Hahaha!
Dalam salah satu kawasan pameran. Tiba-tiba terasa macam kenal dia ni. Mawi.
Pelik juga tengok ramai betul yang beratur nak ambil gambar di sini. Oh mungkin kat sini ada scene yang penting masa pengambaran Winter Sonata kut. Kat mana saya nampak orang ramai, di situ saya akan serbu untuk ambil gambar. Fadz hanya gelakkan saya. Inilah nasib orang yang tak tahu menghargai. Dulu-dulu orang ajak tengok Winter Sonata, kau tak nak, Dhiya. Sekarang kan dah jadi pak turut je!
Lepas tu terus berazam nak tengok drama ni kat Youtube. Mungkin boleh habis kut sebelum balik Malaysia. Tapi sampai hari ni, satu siri pun tak pernah tengok. Memang. Memang!
Tapi tak apalah. Saya ada cara saya sendiri bagaimana nak menghargai tempat ini. Tak dinafikan tempat ini memang cantik, walaupun daun-daunnya masih belum sepenuhnya bertukar menjadi kuning. Jadi saya abadikan keindahan tempat ini dengan mata celik dan mata hati. Allah bagi pinjam sebuah Nikon, saya gunakan juga dengan sebaik mungkin. Semoga saya boleh berfikir akan kebesaranNya.
Orang sangat ramai.
Dapat kawan baru. Kakak yang duduk dua dari kiri tu tolong kami ambil gambar. Mereka ni baik dan ramaih-ramah belaka. Cumanya sebab masalah bahasa, mereka ramai yang memilih untuk menjauhi pelancong.
Abah si kembar sepasang ni pun tolong kami ambilkan gambar kami ramai-ramai. Jadi main-mainlah dengan anak dia. Masya Allah, comel sangat!
Janji dalam hati, Insya Allah nak datang lagi (sambil berazam nak tengok Winter Sonata)
Pasangan ni minta tolong Fadz untuk ambil gambar mereka, guna kamera mereka. Saya? Tunggulah. Cukup dapat pasangan nanti, saya bergambarlah kat situ.
Tempat ciuman pertama watak Winter Sonata tu. Bersusun pasangan manusia nak bergambar kat sini. Ceh~
Buah tangan dari Nami Island.
Kat sini pun sama. Beratur orang nak bergambar. Saya pun sama beraturlah~
Alhamdulillah dapat selesaikan seluruh pulau kecil ini tepat pada masanya. All in all, ini adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Terima kasih Allah, terima kasih penaja, emak dan abah atas kepercayaan saya untuk pergi sejauh ini untuk melihat tempat orang dan mencedok sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman. Moga bermanfaat, dan moga memberi bermanfaat, Insya Allah


Salam sayang,
Dhiya Dahlia

No comments