Melawat O! World, Daejeon


Bismillah...

Entri kali ini boleh dikatakan sebagai entri penenang. Saya letak banyak gambar supaya saya rasa gembira. 
Malas nak fikir yang bukan-bukan, yang menyentap jiwa~

Hujung minggu pertama di Daejeon, kami buat keputusan untuk ke O! World. Mula-mula saya tak mahu ikut. Banyak sangat yang ada dalam kepala. Macamana nak makanlah...Macamana nak solatlah...
Tapi mengenangkan dah alang-alang, apa salahnya kalau melihat tempat orang. Saya yakin Allah akan bantu langkah saya, kalau saya betul-betul mahukan Dia di samping saya.

Seawal pukul 8 pagi, kami sudah bergerak ke destinasi. Naik bas 604 dan tukar 301 di Emart. Cewah. Macam dah expert kan~ Perjalanan hanya mengambil masa 45 minit hingga sejam. Jalan selesa, bas pun selesa. Pengangkutan dan kemudahan awam di sini boleh dipuji. Memang bagus.

Eh macam biasalah. Kalau entri banyak gambar, saya tak berhajat nak menulis panjang. Saya akan bercerita dengan gambar, ok~!

Ini kerja si Fadz. Bunga tepi rumah kami je pun haaa. Dia memang minat sungguh dengan Nikon saya. Semua benda pun dia nak tembak. Tapi bagus juga. Skill dan kualitinya lebih baik daripada saya. Heheh
Sebaik turun dari bas 604. Sedang menunggu bas 301. Nanti dalam entri yang lain, saya akan cerita konsep bas di kawasan ni yang sangat menjimatkan. Kat Kuala Lumpur ada? Memang tak ada. Yang ada cuma traffic jam~
Menunggu bas 301. Alahai. Tunggu pun tak sampai 15 minit. 8 minit je rasanya. Sebab tu saya cakap tadi, memang boleh puji. Displayed estimation time mereka sangat tepat. Kalau nak tengok tak tepat, hanya waktu sesak je. Itupun jarang sesak.
Dalam bas. Masa ni kena berdiri sebab agak ramai orang.
Bas 301 betul-betul bawa kami sampai ke pintu O! World, stesen terakhir. Turun-turun je bas, semua gembira sebab survived.  Iyalah...kami pergi sendiri-sendiri. Mana ada orang Korea teman. Tanya jalan pun tak ramai yang boleh membantu sebab masalah bahasa. Ayam dan itik tetap ayam dan itik.
Kaunter tiket. Tutup. Yang lain ada.
Tiket. Memandangkan kami datang berkumpulan, tiket yang diberi hanya satu. Mungkin sebab kami kumpul-kumpul duit dan beli bulk kut. Oh ye...Tiket masuk untuk dewasa ke Zoo dan Flower Land berharga KWN12,000. Macam boleh buat loan kereta kalau dengar. Tempat ni besar. Dua tempat ni pun dah tak larat nak berjalan. Kalau termasuk safari dan taman tema, harganya adalah KWN29,000. Mahal. Jadi kalau ke sini, memang kena dari pagi. Kalau tidak, rugi sejuta kali :p
Partner in crime waktu team building dulu. Macam la pandai sangat baca bahasa Korea tu Ann~
Beruang dalam zoo. Zoo dalam O! World ni menampilkan konsep terbuka. Tak banyak beza dengan zoo di Malaysia, cuma lebih besar, lebih banyak haiwan dan lebih menarik. Haiwan-haiwan di sini boleh didekati dan diberi makan. Siap ada mesin jual makanan haiwan lagi. Boleh beli dalam KWN1000 dan beruang-beruang tu akan gembira sebab dapat 'makan luar'.
Mungkin sebab pagi sangat, haiwan-haiwan kat sini banyak yang masih tidur. Termasuklah dia ni. Harimau Malaya, tapi duduk Korea. Siap dapat PR lagi. Melampau sangat!
Yang ni pulak asyik ke hulu ke hilir ta kboleh duduk diam. Rasanya lapar kut. Bos tak bagi makan lagi. Jarak dengan kami memang dekat. Kalau masukkan jari, dia terkam...Memang boleh putus. Eh, tak cuba la kan....
Taman permainan!
Primate dan bayinya. Garang sangat. Mereka diletakkan dalam kaca. Bahagian atas sangkar mereka hanyalah grill supaya mereka boleh memanjat dan menerima makanan luar yang dilontarkan oleh pengunjung. Kalau rasa tak untung lagi dijadikan sebagai manusia...Tak tahulah nak cakap apa. Terasa? Kesian...
Taman burung, macam dalam Zoo Taiping yang saya pernah ceritakan dulu. Tenang je. :)
Peta O! World. Memang penat nak menghabiskannya. Tapi seronok :)
Siapa boleh terjemahkan? Kut tiba-tiba terambil rumah mayat haiwan ke.
Banyak tempat duduk disediakan. Kebanyakan keluarga yang datang akan bawa makanan dan duduk sambil berkelah. Saya rasa walaupun mereka punya keluarga yang kecil, tetapi mereka sangat menghargainya. Sweet je tengok pasangan berkelah sambil anak dua orang main-main keliling tikar.
Siapa nak rasa air pocket yang macam saya rasa dalam Korean Air haritu, boleh naik benda ni. Ada berani?
Permainan ini termasuk dalam pakej taman tema yang KWN29,000 tu. Jadi kami hanya pandang dari jauh sahaja.
Bila masuk tengahari, masing-masing dah kelaparan. Kedai-kedai macam KFC ni, janganlah tinggi harapan sangat nak makan ayam. Jarang dan hampir tiada ayam halal. Kalau ada shrimp atau squid burger tu dah cukup anugerah dah tu.
Ruang makan terbuka
Toppoki. Tepung beras, fillet ikan dengan kuah macam kuah kacang tu, tapi tak ada kacang. Bolehlah...Ada bawa bekal, tapi reserve untuk petang sikit.
Bukti jenayah. Bukti ni. Saya dah sampai ke O! World, Daejeon, Korea Selatan dengan gembiranya. Alhamdulillah. Dapat jejak negara orang dan melihat kebesaran Tuhan.

Alhamdulillah selesai menjelajah zoo sebaik waktu makan tengahari. Selepas itu kami terus ke Flower Land. Flower Land ni dalam kawasan yang sama juga, cuma ada pintu gerbang lain. Dalam tu penuh dengan bunga. Walaupun bukan musim bunga, tapi saya cukup berpuas hati.
Eh, tak nak cerita lebih. Flower Land akan ada entri lain.

Tunggu, ya!

Salam sayang,
Dhiya

1 comment