Bismillah...
Dua tiga entri yang lepas, galak betul cerita pasal berjalan ke sana ke mari. Sampai satu tahap, ada yang mengirim sindir, katanya saya seronok betul berjalan.
Eh...memang la. Siapa tak seronok. Free pula. Heh~!
Sebenarnya saya ke Korea atas urusan belajar. Alhamdulillah penaja dengan bermurah hati telah memilih saya dan 9 rakan yang lain untuk ke sini.
Memang tak ada istilah melancong, berjalan, merayap, membeli belah dan berseronok secara rasminya. Gambar-gambar dalam entri yang lepas dan mungkin akan datang hanyalah selingan dalam program kami. Itu pun ada yang telah dirancang oleh pengurusan di sini.
Jadi kepada yang PM saya (selama ni ada dalam friendlist, tapi tak pernah PM pun) minta fridge magnet atau sindir-sindir saya riak atau menunjuk-nunjuk, anda mungkin perlu cari kawan lain. Sekarang baru saya tahu siapa sahabat sejati, kawan baik, kawan jarang-jarang, dan apa-apa sahajalah.
Saya ke sini untuk menimba ilmu. Ada report yang perlu dihantar. Bukan melancong semata-mata. Untuk rakan-rakan yang bersusah payah mengiring doa hingga ke pintu berlepas, terima kasih. Moga Kita akan terus bersama melangkah ke pintu Syurga. Amin :)
Berikut adalah gambar-gambar belajar saya. Banyak juga gambar-gambar lain, tapi kalau masuk semua, bosan juga kan? Lain kali ok...
Lantaklah apa yang mereka tulis pun, yang penting: TRAINING PROGRAM |
Pertama kali dalam hidup dapat lab coat warna pink. Yang lelaki dapat warna biru muda. Alalala..Comel sangat! |
Sarapan hari-hari. Setakat ini, susu ini sahaja yang boleh diyakini dan boleh masuk ke dalam perut. Sedap pun sedap. Harga? Tak payah tanya. Bukan boleh bawak balik Malaysia pun |
Perisa strawberi. Yang di atas tu perisa pisang. Sedaaaaaap! |
Binch ye. Bukan Bitch. Biskut organik. Insya Allah boleh makan dan sedap. :) |
Nantilah, saya akan kongsikan gambar di makmal. :)
Rindunya,
Dhiya Dahlia
No comments