Menu Korea


Bismillah

Untuk pembaca DDD yang dikasihi sekalian, saya doakan anda semua gembira dan sihat sejahtera. :)

Dalam entri kali ini, saya nak kongsikan pengalaman makan saya di tempat belajar.
Untuk pengetahuan, kami diberikan kupon untuk 3 kali waktu makan iaitu sarapan (KWN2500), makan tengahari (KWN3500), dan makan malam (KWN3000). Kalau ditukar ke dalam RM, belanja makan kami untuk satu hari adalah RM27. Mahal kan?

Mula-mula tu, saya selalu skip makan. Tapi apabila kawan-kawan cakap makanan dia ok, jadi saya teruja untuk mencuba.

Welstory Cafe, tempat makan kami tu berkonsepkan cafe, dan di sebelahnya ada macam dining hall. Makanan yang disediakan pula adalah mengikut chef. Sarapan selalunya ada satu menu sahaja. Makan tengahari dan makan malam selalunya ada dua pilihan menu- A atau B. Sampel menu selalunya mereka akan display dalam kotak kaca di luar cafe.

Setiap hari, keadaan macam ni memang akan berlaku:

Sarapan:
Kami akan berjemaah ke Welstory. Sampai di kotak kaca tempat pameran makanan, kami dah mula mencongak-congak apa yang boleh dimakan, dan apa pula yang tak boleh dimakan. Masa mula-mula dulu, Prof. Junglah yang jadi 'kepala'. Dia akan beritahu kami menu mana yang ada daging, menu mana yang ada ikan.

Selalunya, kalau menu tu sedap, melompat-lompat masuk ke dalam cafe sambil ambil tray. Hahaha! Cuba kalau menu pagi-pagi dah ada daging....Rasa macam time-time tu juga nak naik bilik dan sambung tidur balik!

Makan tengahari:
Lunch bermula jam 11.30 pagi. Menunya agak ok. Kalau ada ikan, bukan main lagi muka berseri-seri. Terasa macam kamilah manusia paling bangga kat situ. Tapi kalau ada masa-masa main course nya kami tak boleh makan, masing-masing monyok muncung sedepa. :P

This is life, wei~!

Makan malam:
Selalunya, kami ke cafe jam 6 petang. 6 petang Korea tak sama macam 6 petang Malaysia. Suasana dan gelap. 6.30 petang dan masuk wakto Solat Maghrib. Jadi masa makan malam kami memang just nice je.

Sama macam sarapan dan makan tengahari, menu yang ada daging memang saya tak akan ambil. Kadang-kadang ada makcik pelayan yang peramah tu akan beritahu yang mana ada gogi (daging). Kalau kita tanya "fish?" sambil tunjuk menu dia akan faham. Tunggu dia nak angguk atau geleng sahaja.

Paling kecewa kalau dia jawab "gogi" Muncung sedepa lagi.
Kalau tak silap, ini menu sarapan pagi. Sebab pagi je keadaan tenang sikit dan boleh santai-santai ambil gambar. Seaweed tu dia goreng. Cukup rasa masin dan manisnya. Suka! Eh sekejap. Spot the kimchi.
Ini pun menu sarapan. Masa ni bukan main gembira sebab ada lauk telur puyuh masak kicap. Sup cendawan tu pun bolehla sedapnya. Again, spot the kimchi!
Kami rasa paling heaven sangat dah kalau dapat lauk ni. Kesian kan?
Masa ni ada menu daging. Jadi saya tak ambil. Tapi suhun goreng tu sedap. Ada telur. Itu je la yang boleh jalan dengan nasi. Spot the kimchi (**)
Ini makan tengahari semalam. Menu yang satu lagi memang totally out. Daging siap buat masak kicap. Cis! Ini mee sup je. Tapi sup dia sedap, ada fishcake. Yang dalam pinggan hitam tu adalah lempeng (macam cekodok) dengan udang. Yang kuning tu? Jeruk sengkuang agaknya. Tak padan agaknya makan mee sup dengan kimchi. Hahaha~

Spot the kimchi~
Memang hari-hari ada kimchi. Hari satu, hari dua, hari tiga...Boleh lagi. Masuk minggu kedua, rasa nak pengsan dah. Hihi~

Ada juga yang tanya saya:
"Memang la makan ikan, sayur je...tapi tak was was ke dengan bahan masakan mereka? Minyak mereka? Bekas yang mereka guna?"

Perkara ini sudah saya utarakan kepada orang yang lebih berilmu dan dipercayai.
Memetik kata-katanya:
Kalau kita nak fikir sejauh tu, di negara yang memang nature mereka begitu- satu habuk makanan pun tak boleh masuk dalam perut!
Kondisi ini dianggap darurat di mana kita memang tak boleh elak dari guna bekas makanan mereka. Jadi jangan fikir sejauh tu. Anggap sahaja bekas yang kita guna tu memang suci dan bersih- Memang bersih.
Jangan beri beban kepada diri dengan soalan-soalan yang menyusahkan. Allah akan mudahkan urusan kita, selagi kita berusaha yang terbaik untuk memberikan yang terbaik kepada diri sendiri. Allahu A'lam :)

Sedikit perkongsian, moga bermanfaat :)

Salam sayang, 
Dhiya

No comments