Bismillah...
Balik dari Flower Land, kami terus ke PPuri Park.
PPuri Park ni lebih kepada taman yang mengumpulkan sejarah keluarga bangsa Korea. Contohnya macam keluarga Jung, mereka akan pamerkan salasilah keluarga Jung ni dari origin tertentu hinggalah susur galur tertentu.
Tujuan taman ini diwujudkan adalah untuk mengekalkan nilai kekeluargaan dan hormat kepada orang tua.
|
Sebaik turun dari bas 301 dari O! World, kami berhenti di satu stesen lain untuk menukar haluan bas. Ini antara pemandangan yang saya dapat tembak. Kedai di bandar Daejeon ni rapat-rapat. Ni kalau malam ni, sure happening dengan lampu-lampu neon yang cantik. |
|
Semasa menunggu bas. Sempat ambil gambar sekitar. |
|
Oho. Sementara menunggu bas jugalah saya sempat menjamah makanan tengahari yang dibawa. Berjasa sungguh ketupat dan serunding pesanan mak ni! Makan tepi kaki lima. Hanya orang Melayu Malaysia je boleh buat ni! |
|
Trafik |
|
Bas 107 telah membawa kami betul-betul sampai ke kawasan PPuri Park. |
|
Bagi yang memandu, tempat letak kereta yang luas lagi percuma juga disediakan. |
|
Jambatan gantung yang menghubungkan antara pintu masuk dengan taman. Air sungai ni mengalir dari tasik di sebelah atas taman. Mereka buat macam empangan. Cantik. |
|
Empangan mini yang macam saya cakap tu. Tapi memandangkan yang mengambil gambar ni gayat orangnya...Jadi gambar-gambar yang ada semua tak semenggah sangat. Hai laaa...Oh ye. Bayaran masuk hanya KWN2000, termasuk tour muzium dan taman. |
|
Ini scene dalam muzium. Memandangka PPuri Park ni adalah taman buatan manusia yang ada kaitan dengan sejarah kawasan setempat, jadi muzium ni pun banyak cerita pasal sejarah. Jadi sebagai orang luar, saya tak berapa menghargai sangat cerita mereka, apatah lagi apabila ditulis dalam bahasa Korea. |
|
Naga yang termakan sumpahan datuk nenek moyang keturunan PPuri yang telah bertukar menjadi batu kini disimpan di dalam muzium. Macamtu lah kut ceritanya. |
|
Pandangan luar sekitar taman. |
|
Sebenarnya tempat ni tak ada apa-apa yang menarik sangat pun, kecuali pemandangan alam semulajadi yang indah. Saya beritahu awal-awal, sebab takut nanti ada yang kecewa pula. Batu putih yang terpacak tu bukanlah batu nisan kubur atau apa-apa. Ianya hanyalah monumen peringatan atas kisah-kisah tertentu yang mungkin diabadikan di situ. |
|
Daun masih hijau. Awal musim luruh. |
|
Inilah tasik yang saya cakapkan awal tadi. Subhanallah, memang cantik! Angsa ride tu kalau tak silap KWN4500. Agak mahal. Tak apalah. Taman Tasik Taiping pun ada benda alah tu. |
|
Fadz dan budak Korea. Seronok agaknya melihat Fadz bagi makan angsa. |
|
Angsa yang buat bising. Suara mereka ni boleh bergema sebab tempat ni sunyi. |
|
Kami tak lama pun di sini. Dapat duduk sekejap, hilangkan penat kemudian bertolak balik. Kami berjalan melalui pinggir tasik yang dipagar dan dijaga elok. Romantik pula rasanya. Aish! |
|
Pokok padi Korea. |
|
Last view sebelum pulang. Tempat ni sesuai untuk mereka yang mencari ilham atau perlukan tempat sunyi dan damai untuk tenangkan fikiran. |
|
Ini koleksi semua papan tanda trafik di Korea kut. |
|
Kami tak ambil masa yang panjang untuk pulang. Sampai di Emart, kami kembali menaiki bas 604 dan terus ke rumah. Satu hari suntuk berjalan, tapak kasut boleh nipis woo. Tapi all in all, memang seronok! |
Alhamdulillah done untuk review tempat-tempat yang saya lawati untuk minggu pertama. Masih ada beberapa tempat lain untuk minggu-minggu mendatang. Moga-moga sempatlah saya update semuanya sementara berada di Korea ni.
Maaflah sebab agak tertinggal ke belakang. Ini pun baru balik dari berjalan dan saya telah buat jenayah dengan memborong produk Skin Food. Ok, cerita Skin Food saya akan kongsikan sekejap lagi. Heheh~!
Salam sayang,
Dhiya
No comments