Sejak mula bekerja Isnin 5 September lepas, blog ini kembali sunyi. Payah sungguh nak mencari masa. Allah!
Betapa masa itu ibarat pedang, akan memotong jika tidak diurusi.
Seminggu bekerja, saya masih gagal mencipta jiwa. Kenangan raya (walaupun semuanya sederhana) tetap manis dalam kenangan. Wajah emak dan abah masih belum puas ditatap. Wangi embun desa masih belum cukup membasahi lantai hati. Burung-burung berkicau lunak sekali. Oh desa!
Dek kerana lagu raya masih menjadi halwa telinga di corong-corong radio, saya tekad untuk pulang ke desa lagi esok. Minggu kedua Aidilfitri masih terlalu awal untuk dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja. Masa yang ada mesti digunakan sebijaknya. Keluarga tetap yang utama!
Biarpun penat, tapi saya yakin ada yang terbaik di bumi ibunda. Saya tak akan jauh dari desa indah itu~
Untuk yang melawat Dari Diri Dhiya, terima kasih diucapkan. Penulisan yang lemah, dangkal idea dan selalu mendatar. Saya kadangkala hilang momentum. Semangat bagaikan dibawa angin.
Ketika idea melimpah ruah, saya terlalu teruja untuk menulis. Malangnya ia datang ketika saya sibuk bekerja mahupun di luar waktu menulis. Nasiblah...
Kepada yang masih beraya, semoga bergembira bersama keluarga dan insan tersayang. Saya sendiri pun akan pulang untuk sambung beraya! (eh~)
p/s: Oh, semangat kerja....Hadirlah!
No comments