190


Alhamdulillah.

Saya sekarang sedang menulis entri yang ke 190 dalam Dari Diri Dhiya. Mula menulis pada Mac lalu, saya tidak pernah berhajat untuk kembali menjadi aktif dalam penulisan blog ini. Saya pernah punya blog sebelum ini, tapi malangnya saya dikhianati kawan sebilik sendiri pada waktu itu yang mungkin jelek dengan saya. Saya pun bukanlah seorang yang sabar sangat, maka blog itu akhirnya ditamatkan begitu sahaja. Sedih juga, maklumlah saya mula menulis di situ sejak di tahun 2 pengajian kampus kota mega. Akhirnya ia terabai begitu sahaja awal tahun ini. Sedih!

Itu cerita lama. Saya tak betah rupanya sendiri tanpa berkongsi idea. Mac 2011, saya kembali sebagai seorang Dhiya. Penulisan saya masih seperti dulu, tetapi lebih santai, bermotivasi dan 'selamat'- Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk ingatan diri saya sendiri.

Saya tak berhajat menjadi bintang besar dalam dunia blog ini. Cukup ianya sekadar medium untuk saya meluahkan apa yang patut- idea,pendapat, kisah, dan cerita. Walaupun tidak seaktif blogger-blogger lain, tapi saya yakin saya menulis sesuatu, untuk sesuatu. Tak mengapa jika tak popular, asalkan saya puas hati dan gembira. (^^)

Di entri yang ke 190, saya sangat bersyukur kerana masih berpeluang menulis dan dalam masa yang sama banyak belajar dan tahu akan perkara baru. Komuniti blogger juga sangat baik dan lebih rasa akan bonding nya walaupun tidak pernah bersua muka. Itu yang bernilai pada saya sebenarnya.

Alhamdulillah. Kini ada 190 entri dalam blog saya. Mungkin sedikit pada kiraan orang di luar sana, tapi banyak juga pada saya. Hee~!

p/s: Esok Jumaat...

5 comments

  1. akak pun suka menulis.. tak pa teruskan je, asal perbuatan kita x menyusahkan sesapa.. kalau akak blog la tempat akak nak meluahkan perasaan so teruskan jee...

    ReplyDelete
  2. sis dalilakadir dan sis aimaniman: terima kasih atas sokongan. saya rasa blogging lebih best daripada facecooking. heheh!

    ReplyDelete
  3. teruskan menulis ye kawan..hehehe..ada masa,mmg aku selalu follow penulisan ko..(^^)

    ReplyDelete