Saya tidak gagal


Alhamdulillah, saya selamat tiba semalam (mengikut tarikh entri ini ditulis). Tiba saya bukan sebagai seorang loser, sebaliknya sebagai seorang yang taktikal dan penuh misteri strategi. Insya Allah saya akan berada di sini beberapa hari untuk menenangkan fikiran dan minda. Terlalu banyak yang terjadi minggu lepas. Maka saya sangat perlukan rehat otak dan jiwa.

Seminggu sebelumnya, saya memang meneka yang saya akan menjadi seorang loser. Tiada siapa yang akan peduli, malah mendengar masalah saya. Tapi nyata percaturan saya tidak sehebat aturanNya. Dia Maha Mengetahui bahawa telahan saya itu silap malah ditunjukkan pula apa yang benar. Sungguh!

Atas apa yang dianugerahiNya, saya sangat bersyukur dan redha dengan apa yang ditetapkan. Semoga saya menjadi hamba Allah yang bersyukur, dijauhkan dari sifat tamak hendaknya.
Pun begitu, untuk sekarang saya sangat perlukan ruang masa untuk bersendiri. Biarpun lokasinya biasa-biasa sahaja, tapi paling tidak saya gembira.

Untuk mereka yang jauh di sana, maaf kerana terpaksa pergi untuk beberapa ketika. Buat Nurul, selamat maju jaya atas urusan penting itu. Saya pasti mendoakan yang terbaik untuk kamu. Buat Mak Yan yang tidak pernah tidak berhenti membantu saya, semoga kita berjumpa lagi. Untuk yang tanpa jemu memberi sokongan, terima kasih. Jauh ini mengeratkan kita. (^^)

28 September 2011

Uh. Baru lepas bercakap dengan customer service executive penyedia perkhidmatan internet saya berkenaan dengan billing. Banyak sangat isunya. Maklumlah, pengguna baru. Serba serbi perlu ditunjuk dan diajar. Terima kasih En. Amirul yang tak jemu-jemu melayan pertanyaan saya ni. Blogging bukan main nak rak, tapi rupanya taklah hebat tentang pengetahuan dan penggunaan perkhidmatan itu sendiri. Dhiya oh Dhiya. Kehkeh! Kalau Elis tahu, pasti saya akan ditertawakan. Huk!

Malam makin lesu. Rabu yang cukup sepi, sedang jiwa saya ligat bergolak di dalam. Semoga ada berita gembira dalam tempoh rehat saya ini.

p/s: Selamat malam!


No comments