Sabtu yang tenang


Sabtu yang tenang? (Huh. Tipu!)

Tapi satu yang saya sangat akui, ia sangat menggembirakan. Kalau tak silap, sejak tamat pengajian momen ini tak berlaku sehinggalah hari ini~

Seawal 7.30 pagi, kami sudah keluar untuk bersarapan. Huh. Inilah nasib orang bujang. Kesian! Hari ini kami memilih (saya tak pilih!) menu sarapan pagi Subway. Konon-konon sarapan yang sihatlah. Insya Allah sihat.
Tapi kalau hari-hari lain makan apa-saja-kecuali-batu-dan-kayu, (heh!) tak sihat juga~ kan?
Kami memilih Tasik Titiwangsa sebagai tempat untuk bersarapan sambil-sambil meraikan pemandangan pagi di sana. Di saat orang lain bertungkus-lumus berjoging mengelilingi tasik, kami dengan penuh bangga menayang Subway hebat kami. (Wajar kan?) Hahaha~
Sekali sekala memilih untuk santai dan relaks, apa salahnya. Selesai bersarapan, kami masih bermalas-malasan di situ menikmati home-made jus avokado (ada orang sebut jus avogadro~ ades!) dan menyelak-nyelak helaian akhbar tempatan. Sangat tenang okeh...(0o)

Tasik

Sebaik meninggalkan Tasik Titiwangsa, kami mencari-cari tempat terbaik untuk memandikan Elis. Sebelum sarapan tadi, sempat juga saya mencalit badannya dengan jari telunjuk. Pehhh! Hitam berdebu!
"Berapa bulan tak mandi?" Saya bertanya.
"Tak sempat la~" Tuan Elis membalas. Ya Allah. Sabar je lah. Tak menjawab soalan langsung!

Selesai semuanya, kami masing-masing pulang. Kebetulan salah seorang dari kami perlu ke Banting menghadiri majlis walimah teman. Saya pula perlu mengemas bilik yang tunggang terbalik macam kapal karam tu. Heee!

Sepanjang petang, saya berhibernat di bilik sahaja. Ketagih sungguh untuk memanjakan diri seperti ini. Sudah lama rasanya diri ini tidak saya ganjari dengan bersenang-senang sambil membaca buku. Tapi tadi, saya gembira kerana berjaya melakukannya. Selesai satu buku. Puas!

Tapi saya sedar, tak selamanya saya boleh begini. Empat-lima tahun yang lepas, ya saya boleh begini kerana saya hanya terikat dengan komitmen belajar yang punya sangat banyak ruang masa dan peluang meneroka.
Semuanya terhad kini. Sejak menjadi wanita berkerjaya, banyak momen-momen lepas yang saya rindui. Ah. Sungguh saya masih teringin berada di takuk sama yang hanya memberi rasa selesa, tanpa cabaran dan kurang survival!

Dunia kerjaya saya bukan suatu yang mudah untuk ditempa. Banyak halangan yang datang. Tapi apa yang berlaku sejak seminggu yang lepas, saya tetap bersyukur. Berita baik yang satu itu juga masih ramai yang belum tahu. Insya Allah kelak jika semuanya sudah rasmi, saya akan menulisnya di sini.

Jumpa nanti. Banyak lagi yang belum ditulis!

p/s: Malam minggu di rumah. Berehat sampai lebam. Ohu!

No comments