Kehangatan raya masih terasa. Eidul Fitri masih diraikan. Budaya kunjung mengunjung masih berlangsung.
Emak dan abah tidak putus-putus menerima kunjung ziarah dari jiran-jiran serta anak murid mengaji Quran mereka. Saya seperti biasa, menolong mana yang patut. Duduk di belakang tabir mungkin lebih baik. Tak mahu menanggung 'risiko'.
" Dhiya, bila nak menikah ni? Dah lawa ni ha... " Tanya seorang makcik di satu rumah terbuka jiran.
" Amboi makcik, tak boleh bisik-bisik je ke? Soalan tertutup tu!~ " Tak terluah, hanya bergolak di dalam hati.
Banyak kali saya ditebak soalan sebegitu. Malu ada, nak marah pun ada. Tapi saya sedar, marah saya itu tak berasas. Mereka yang bertanya tidak berbuat salah apa-apa. Cuma bertanya!
Minggu depan dan seterusnya, ramai kawan-kawan saya yang akan bertukar status menjadi isteri atau suami orang. Mengambil berkat bulan kemenangan ini, mereka akan bernikah dengan pasangan masing-masing. Jemputan ada yang bertindih, tak pasti boleh hadir ataupun tidak.
Soal jodoh ini tak boleh dipaksa-paksa. Tipulah kalau saya tidak punya perasaan melihat rakan-rakan 'pergi' dulu bersama pasangan mereka. Tapi itu bukan 'kerja' saya. Saya mungkin boleh berusaha ke arahnya, tapi implimentasinya hanya atas izin Allah Taala.
Jadi kepada makcik-makcik mahupun rakan yang bertanya, pasti kalian tahu jawapannya. Tunggu dan lihat. (^^)
Petang ini masih ada rumah terbuka di kawasan kejiranan ini. Sibuk lagi menyibuklah saya nampaknya. Selagi cuti tak berakhir, selagi itulah jemputan perlu dipenuhi.
Untuk yang jauh dan merindui Dhiya ini (chewah!), sabarlah. Tunggu nanti. Saya pasti akan pulang ke kota mega, kerana di sana saya mencari rezeki hidup.
4 Syawal sudah separuh hari. Tak sabar menunggu petang nanti. Banyak yang gembira lagi menggembirakan!
p/s: Salam Eid Mubarak!
No comments