Bismillah...
Terlalu banyak peristiwa yang berlaku lewat beberapa hari kebelakangan ini. Sayang sekali saya selalu gagal untuk menukilkannya satu persatu di sini. Sudah nasib badan, blog ini pasti terbiar lagi dan lagi.
Isnin
Pertemuan yang tak disangka-sangka. Dek kerana 'sifir siput' yang nampak tersangat bodo*h itu, saya ditemukan kembali dengan orang yang pernah menyakitkan hati dan perasaan saya lama dahulu. Selamat bertemu kembali. Saya gembira kita bertemu lagi. Sekurang-kurangnya saya tampil dengan Dhiya yang baru.
Selasa
Bangunan pencakar langit itu masih setia menerima saya memasuki perutnya sedang saya dengan susah payahnya membina jiwa dan motivasi diri untuk ke sana. Alhamdulillah. Semuanya ok. Saya gembira bersama mereka. Cuma keputusan untuk ke PD masih lagi 50-50. Terlalu sukar untuk membuat keputusan yang satu ini. Antara prioriti diri dan kepentingan rehat diri. Akan ada salah satu yang akan dilepaskan nanti.
Rabu
Huh. Hari yang paling malas apabila saya perlu ke 'pejabat jauh', bukan di tempat biasa. Terima kasih kepada yang bersusah payah dan berkorban masa menumpangkan saya ke sana. Nanti saya belanja ok~ (eh?)
Sesi bersama Encik Wong adalah sesi yang sangat membantu. Terima kasih Encik Wong~
Khamis
Er..
Terima kasih atas semua yang setia berada di samping saya selama ini. Saya doakan kita semua sukses dan maju jaya dalam kehidupan. Keputusan telah dibuat. Saya tak boleh menyertai kawan-kawan ke PD atas sebab-sebab sendiri.
Menjadi bidan terjun bukanlah kegemaran hidup saya. Tapi apa boleh buat, demi sebuah peluang keemasan, saya sanggup lakukan apa sahaja. Alhamdulillah semuanya ok. Semoga laba terbaik akan dituai daripadanya kelak. Terima kasih kepada yang terlibat. Ohu!
Malamnya saya bergegas ke UPM Serdang atas satu lagi misi yang belum selesai. Terima kasih Mak Yan yang sudi tumpangkan saya di sana. Allah pasti membalas kebaikan kamu. Jutaan kemaafan kepada yang terpaksa berpatah balik dari Tol Sugai Besi saat menyedari masih ada harta saya yang tertinggal. My bad!
Jumaat
Cemerlang sungguh pagi ini. Di saat semua isi rumah belum bangun dari lena, saya sudah siap semuanya. Siap boleh baca surat khabar lagi. Memang terkejut lah Mak Yan melihat saya begitu. Apa boleh buat, banyak lagi isu yang belum selesai. Kalau tidak, pasti masih
Terima kasih Mak Yan yang sudi menghantarkan saya ke destinasi. Syukur sungguh saya punya kawan yang sangat baik sepertinya.
Lebih kurang semuanya, akhirnya selesai juga urusan. Insya Allah minggu depan akan kembali lagi. Insya Allah, ya! Moga ada yang terbaik di sini.
Panggilan telefon dari Dr. Nabila sangat mengujakan saya. Terima kasih Nabila kerana sudi call back saya. Kami bersembang banyak perkara. Paling penting, esok (Sabtu 24 September 2011) adalah hari istimewanya- Majlis graduasi UKM yang ke 39. Tahniah, kawan. Doktor gigi!!!~
Panggilan Puan Jane pula mengejutkan saya ketika makan tengahari tadi. Insya Allah, saya ada DIA yang akan membantu saya dalam membuat keputusan. Saya yakin DIA akan melorongkan yang terbaik untuk hambaNya yang merintih doa. Itu keyakinan saya, kerana DIA adalah pergantungan saya.
Selepas solat Jumaat tadi, Mak Yan menghantar saya ke stesen LRT terdekat untuk pulang ke kota mega ini. Alhamdulillah, selamat sampai lebih kurang Asar tadi. Penatnya terasa, tetapi adatlah, UNTUK MENUAI, PERLU MENANAM. Insya Allah saya akan pulang ke desa kelak bukan sebagai seorang looser. Di sebalik apa yang berlaku ini, saya yakin Allahlah sebaik-baik perancang. Tanpa ragu juga saya boleh katakan pasti emak dan abah banyak mendoakan yang terbaik untuk anak manjanya ini. Terima kasih, emak dan abah! Terima kasih kerana selalu mengiringi hidup Dhiya dengan doa dan kata-kata yang baik. Semoga emak dan abah dipeliharaNya selalu.
Ok, habis catatan untuk seminggu hari bekerja. Siapa kata 'seronoknya jadi Dhiya', anda boleh cuba lakukannya. Memang seronok menjadi saya. Kerana saya tak perlu menjadi orang lain. Huu!
Rasanya cukup dululah~ Sedar tak sedar, panjang juga saya menulis. Mod tengah rajin, lebih baik diraikan. Tunggu cerita lain nanti, ya!
p/s: lalala
No comments