Nuha Food Journey: Pentingnya Pengurusan Masa dan Merancang Menu


Bismillah

Aku ada terima beberapa email yang bertanya lebih kurang begini soalannya: "Struggle tak untuk prepare makanan anak sebab sis kan kerja?"

Jawapan aku: Ya dan tidak. Depends.
Fellow mothers,

Bila dah jadi mak, tak boleh malas. Dulu masa bujang, makan mee segera pun takpe. Masa dah kahwin, makan fast food pun okay. Tapi bila dah ada anak, takkan la masih nak kekalkan gaya hidup macam tu? Kenalah ubah sikap. Kau bukan setakat struggle untuk prep makanan anak je. kau kena struggle untuk every single think in life! Bab prep makanan anak ni adalah sebahagian kecil je dari tanggungjawab kau sebagai seorang ibu. Tanggungjawab kau sebagai manusia banyak lagi yang tak terlangsai. So jangan anggap prep makanan anak ni disaster sangat.

And yes, it will happen progressively so that you can adapt. It's all about time.

Anak mula makan pada usia 6 bulan. Maknanya kau ada 6 bulan untuk belajar, untuk adapt dan untuk bersedia. Takde la hari ni anak kau lahir, esok dah kena makan, kan?

Gunakan masa senggang untuk belajar. Sekarang banyak je sumber bacaan untuk kau tambah pengetahuan tentang pemakanan anak. Tak semestinya kena buka buku. Buka FB, cari page yang sesuai dan kau boleh dapat info yang berguna. Bukan buka FB untuk mengecam dan membawang je.

Paling penting (pada pendapat peribadi aku) adalah pengurusan masa dan kemahiran merancang. Knowing that I'm a working mom, masa aku untuk keluarga amat terbatas dan aku kena fully utilize masa yang ada. Berikut adalah antara apa yang aku praktikkan dalam pengurusan masa dan merancang:

1. Atur waktu tidur anak

Pastikan anak mendapat tidur malam yang cukup supaya dia bangun pagi dengan ceria dan tak banyak drama. Nuha tidur seawal 9.30 malam atau paling lewat 10.00 malam. Selalunya aku akan tidur sekali atau sedikit sebanyak aku bersiap untuk keperluan esoknya seperti: Siapkan beg pengasuh, siapkan menu main meal dia. Itu pun aku tak akan lebih dari 10.30 malam. 

2. Parents, bangun awal!

Suami dan isteri; bangunlah awal. Bukan isteri je yang kena bangun sorang. Banyak benda kau boleh setel dengan bangun awal terutamanya hal di dapur seperti memasak makanan anak, sidai kain baju, dan mengemas ala-kadar. As for me, aku bangun 4.50 pagi terus masak nasi untuk bekalan Nuha dan pam susu untuk sesi pagi. Ni cara cepat aku masak nasi. Main course dia selalunya aku dah plan untuk seminggu dan bahan untuk memasak biasanya aku dah prepare dalam portion yang kecil supaya boleh ambil dan terus tumis atau masuk kuali. Kalau sup-sup, selalunya aku guna slow cooker. Malam sebelumnya dah letak dalam slow cooker. So pagi tu just nice je kejadiannya. Tapi kalua masak lemak selalunya aku masak awal pagi. Cepat je siap kalau semua bahan dah ready awal-awal.5.30 pagi aku dah siap mandi dan suami aku pun dah bangun. Selalunya dia akan tolong sidaikan kain baju lah.

Ideally waktu ni Nuha masih belum bangun. Kalau 'nasib tak baik', kadang kadang dia mengigau atau menangis dan aku akan stuck juga tak boleh buat kerja sebab kena susukan dia. Tapi inilah kelebihan bangun awal pagi. Waktu yang ada tu adalah sebagai contingency jika anak tiba-tiba bangun macam ni lah.

3. Siapkan diri sendiri sementara anak tidur

Jangan tangguh-tangguh. Inilah pengorbanan dan harga yang perlu dibayar apabila kau memilih untuk menjadi ibu dan ayah. Say good bye to late wake up, being lazy and cosy in the bed and layan mata sampai ke hujung waktu. Aku akan pastikan aku siap mandi by 5.30 pagi dan baju kerja dah ready. (Buat la macam mana pun...Nak iron malam ke, iron pagi-pagi tu ke, iron hujung minggu sekali banyak ke). Kenapa? Supaya by the time she wake up, kau dah siap kerja kau dan boleh siapkan dia pulak.

Tapi selalunya kalau Nuha bangun, suami aku yang akan uruskan dia sementara aku akan pack makanan yang perlu dibawa ke rumah pengasuh

4. Guna apps 

Aku tak guna apps canggih-manggih pun. Aku cuma guna Dropbox je. Dalam Dropbox tu aku create satu folder nama Nuha. Dalam tu cuma ada satu document dalam bentuk excel yang aku sync kan dengan laptop di pejabat. Apa-apa perancangan, notes, atau resepi-resepi menarik ke aku boleh update samada dari laptop atau dari phone dan boleh diakses dari kedua-duanya juga. Jadi kalau aku teringat apa-apa, tapi aku dah tak ada depan laptop, aku boleh update di phone je even aku tengah dalam tren. Esok kat pejabat aku boleh bukak update tu di pejabat sebab dia dah auto-sync. Senang, kan?

5. Rancang menu

Dalam excel file tu, ada tab rancangan menu untuk Nuha. So aku ikut je menu plan tu elok-elok. Selalunya menu Nuha ada 3 jenis; Sarapan, makan tengahari dan minum petang. Aku juga buat satu finger food dan satu portion buah untuk dia. Maknanya paling kurang ada 5 jenis makanan yang aku kena siapkan setiap pagi. Tapi tengok pada perancangan la...Selalunya minum petang dia seperti agar-agar, pengat aku akan sediakan sekali banyak dan tahan sampai 2-3 hari. Finger food pula aku siapkan frozen dan hanya tinggal digoreng je pagi-pagi. Tak kosser la aku nak menggentel potato stick subuh-subuh weii~
The only menu yang aku siapkan pagi-pagi adalah main menu dia iaitu nasi dan sejenis lauk. Yang ni memang kena plan elok-elok. 1-2 portion dihantar ke rumah pengasuh, dan 1 portion lagi aku tinggal di rumah untuk makan malam dia. Itu je.

Kalau korang perasan, 3 point pertama aku are all about time. Bagi anak tidur, kau kena tidur awal dan bangun awal serta utilize masa dengan baik sewaktu anak tidur. Nampak tak? Nampak kan?
So I wish all mommies out there good luck dan semoga setiap satu usaha yang dilakukan demi keluarga akan dinilai sebagai pahala yang banyak dan dianugerahkan syurga. Tiada ibu yang sempurna, tapi kitalah ibu selamanya.

Dhiya

No comments