Biannually Meeting


Bismillah

Cycle Meeting (CM).

Di tempat kerja aku ni, CM diadakan dua kali setahun - Januari dan Julai. Untuk pharma co, cycle meeting adalah medan di mana sales peoples (we call it as medical rep, product specialist etc.) dapat bertemu sesama sendiri dari pelbagai region untuk polish balik product knowledge dan berinteraksi tentang current situation of the field.

Dulu aku tak faham sangat and was like; Apelahh yang bos aku suruh aku buat ni. Yang aku tahu, CM mesti buat kat hotel, makan masa 2-3 hari dan kena well arranged. Tapi sekarang, akulah yang pegang portfolio CM ni dan akulah manusia paling seronok untuk belajar dan bertemu rakan-rakan. Buat kat mana-mana tak kisah asalkan bukan di pejabat. Lepastu tempat tu kena kondusif sebab CM ni sangat intensif dan kena guna otak. Kalau buat kat pejabat, nescaya otak kau jem!

So CM July baru-baru ni kami buat di Majestic Hotel Kuala Lumpur. Dekat je pun dengan pejabat tapi itulah...Nak juga keluar! Basically the CM was arranged by Marketing Department (me parked under Marketing btw). Segala urusan bermula dari tempahan hotel, dealing with hotel people, send invitation, agenda, etc. etc. aku yang buat (of course assisted by my team). Tapi bos aku memang bagi aku lead.
Personally aku rasa ini adalah peluang untuk aku polish kemahiran-kemahiran aku yang tak ada dalam buku. I feel so blessed to have this opportunity, dan rasa sangat bersemangat untuk urus dan attend CM ni.

Agenda bermula 8 pagi sampai 6 petang selama tiga hari berturut-turut.Packed teruk! Datang pagi bukan main lawa. Balik petang dah sloppy. Malam pertama tu kami ada dinner di Rebung by Chef Ismail. Makanan dia sedap betul. Insya Allah ada rezeki, aku nak datang lagi nanti dengan suami dan Nuha. Malam kedua, dinner di restoran seafood di PJ. Aku tak pergilah sebab dah pergi tunjuk muka semalamnya. Bos pun ok je sebab dia tahu aku ada anak kecil.

Hari terakhir tu, habis dalam pukul 12 tengahari. Tapi post mortem dengan bos sampai pukul 4 petang. Lemau jugalah; tapi at least 3 days were done! Boleh la bernafas dan lapang sikit kepala otak. Kalau tak semua benda pun masuk dalam mimpi.

Overall, aku sangat seronok dengan CM ni. Walaupun penat, tapi aku rasa happy sebab aku dapat belajar benda baru, jumpa ramai orang dan paling penting I found my passion! Aku memang berterima kasih pada bos aku yang sangat supportive, allow me to grow and tolerate despite ada je bos dari department lain yang macam benci dan selalu suba-cuba cari pasal dengan aku padahal I have nothing to do with them pun. Politik tempat kerja...Biasalah. Selagi tak usik periuk nasi aku, aku akan diam. 
Need some motivation? Check out this list of motivational quotes for work, to help you become motivated and focused on your goals #motivationalquotes #motivation #inspiration #quotes
Next CM will be on Feb 2020. Aku syak esok lusa aku dah kena buat proposal tu. Hahaha! Tapi takpe, macam aku cakap- Aku suka; asalkan jangan usik periuk nasi aku. Corporate knowledge ni aku akan kongsikan from time to time dalam entri lain yang lebih ilmiah dan bermotivasi. Untuk adik-adik yang nak tips di tempat kerja, boleh je email akak (akak???) Insya Allah akan dibantu sebaiknya :)

Salam sayang
Dhiya
P.E.S.P

1 comment