Percutian Keluarga Kami: Ipoh


Bismillah


Sejak ada Nuha, kami tak pernah ada proper vacation. Hence to have one, and to celebrate Nuha 6 months old, and to close this sweet year 2018, also to reward everyone in the family and before babah will be a super busy man- We choose Ipoh!

Kenapa Ipoh? Apa yang menarik sangat Ipoh?
All this while, kalau balik Taiping- Kami lalu je Ipoh ni. We don't really explore the hidden gems of Ipoh. Tapi dalam hati aku pernah cakap- One fine day, kami kena explore Ipoh ni tapi tak sangka that one fine day tu bila kami dah ada Nuha. 
22 Disember 2018 (Sabtu)


Kami keluar dari rumah dalam pukul 10 pagi. Nasib tak menyebelahi kami apabila sepanjang perjalanan kami sesak. Bayangkanlah, dari Tol Duta hingga ke Ipoh kereta bergerak perlahan. Masuk jalan dalam kat Sungkai pun perlahan. Nuha ni dari jaga, tidur, jaga balik, tidur balik- Takkkkk sampai-sampai. Mujurlah makanan dia semua dah stand by. Amak apak lapar takpe. Jangan anak lapar.
Sudut kegemaran. Kalau balik utara, ,mesti nak ambil gambar ni. Kali ni lah baru berpeluang singgah betul-betul. 
Exit tol Ipoh. Yeay dah sampai Ipoh!
Untuk hari pertama, kami check in di hotel Cheqinn. Macam biasalah aku kan pengguna tegar Booking.com. Tengok rating hotel ni ok, jadi aku pun book je lah cepat-cepat. Ini peak season, tak boleh lambat. Huhuhu!
Inilah dia hotelnya. Nampak buruk je kan? Tapi lawa, kemas, bersih dan ada lif. 
Hotel ni lot kedai je. Tapi dalam dia cantik dan bersih. Cuma tak ada parking yang proper lah. Ada tapak berbayar tapi mahal sikit. Kebetulan masa sampai, kami dapat parking depan hotel dan memang tak bergeraklah kereta tu sampai kami daftar keluar. Sebab? Sebab hotel ni dekat dengan banyak tempat menarik. Kami pun tak realize sampai lah suami aku duduk dan baca beberapa review. Jadi semua benda boleh diakses dengan berjalan kaki je. 

Hari menjelang malam, kami keluar mencari Nasi Ayam Hainan Ipoh. Masa kami sampai tu, kedai dah mula ramai orang. Kami minta menu signature dia. Nasi ayamlah~ Sepinggan RM6.30 je. Cuma portion dia agak sikit. Aku tak puas hati. Rasa sedap tapi kena order dua. Hhaahhahah!
The entrance
Sebab portion sikit kannnnn, kami order mee hailam jugak. Kalau tak, aku boleh kemurungan sebab lapar di malam hari.
Nasi dia. Sikit huh~ Hhahhahaha!
Lepas makan, kami sambung jalan. Niat di hati nak balik hotel dan rehat je. Tapi tiba-tiba kami terjumpa Gerbang Malam ni. Sebenarnya Gerbang Malam ni memang ada dalam itinerary aku cuma aku expect waktu lain. Tapi sebab benda dah ada depan mata, kita masuk jelah. Rugi kalau tak explore. Lagipun malam masih muda, dalam pukul 7.30 malam macam tu.

Basically Gerbang Malam ni macam uptown je. Tapi pergi jugak sebab suka nak tengok tempat orang.
Suasana malam di Gerbang Malam. Banyak tempat makan Cina kat sini tapi ada je tempat makan yang boleh disinggah.
Keluar dari Gerbang Malam, kami singgah di gerai ni beli makanan sikit sebab takut kelaparan di malam hari. 
Sampai di hotel dah dekat pukul 9 macam tu. Rehat dan tidur jelah sambil suami aku sibuk study tempat-tempat menarik yang nak dilawati esoknya. Suami aku ni, kalau ke mana-mana, Google memang kawan baik dia. Keyword paling dia suka adalah : "Makan menarik Ipoh, destinasi menarik Ipoh" yada yada. Dan yang paling best, tempat dia pilih memang selalunya kebabom! Thanks hubs!

23 Disember 2018 (Ahad)


Subuh-subuh lagi kawasan hotel kami tu dah bising. Rupanya dekat situ ada kedai dimsum (non-halal) yang terkenal. Jadi ramai orang dah mula beratur dan nak bersarapan di situ. Kami pun, dah siang sikit, kami berjalan untuk mencari sarapan. Kami 'terjumpa' pasar Loken atau pasar karat atau Memory Lane dan terus masuk. Di situ ada gerai-gerai yang jual makanan di samping menjual pelbagai barang termasuklah barangan antic. Alhamdulillah senang cari tempat makan sebab masih awal. Kami makan satay dan mee goreng mamak. Nuha aku bawa bubur dia siap-siap. Cayalah Nuha sarapan kat gerai je~ Memang on the go and adventurous sangat!
Pemandangan menuju ke pasar Loken. Lawa kan?
Pemandangan cantik. Hotel tengah renovate je pun. 
Welcome to Memory Lane!
Memang seronok berjalan kat sini. Tapi kena awal pagi lah sebab kalau matahari dah naik, agak panas dan tak selesa.
Lepas makan dan berjalan sikit, kami pun balik lah. Kejap lagi dah nak kena check-out. Hari pun dah mula panas. Dalam perjalanan balik tu, kami jumpa balik Gerbang Malam yang kami pergi malam tadi tu. Pusing-pusing, dok tang tu je. Memang semua tempat menarik di sini boleh pergi jalan kaki je. 
Sampai hotel, rehat-rehat sekejap dan bersedia untukk check-out. Next adventure begins!
Kami menjejak kehidupan rustic di sepanjang Jalan Concubine dan terus ke Plan B untuk makan tengahari.
Parking agak jauh, tapi masih boleh berjalan kaki. Syukur Nuha sangat behave. Tapi kami as parents memang dah sediakan semua kelengkapan dia lah macam kipas angin, minuman dan makanan dia. Sebelum sampai ke Plan B tu, kami melalui lorong yang dipanggil Concubine Lane. Di situ banyak orang menjual makanan dan minumam dan cenderahati yang menarik. Penghujung Concubine Lane adalah restoran Plan B dan kami makan tengahari di situ. 
Concubine Lane ada juga mural art yang menarik macam ni. Aku tak cari semua sebab tak larat. 
Antara pemandangan menarik Concubine Lane. Ia mengingatkan aku akan Myondong di Korea!
Plan B ni restoran sebenarnya. Ia menyediakan pelbagai menu, Asian dan Western. Walaupun harga dia agak mahal sikit, tapi apa yang menarik adalah suasananya. Plan B terletak dalam kawasan rustic, teduh yang sangat cantik. Those yang suka bergambar, ini memang tempat yang cantik.
Menu
Laksa Johor
Laksa Johor yang aku makan ni memang sedap. Rindu laksa Johor makcik di Johor. Selebihnya kami lepak je lama sikit di situ sambil menikmati pemandangan dan ragam orang.
Seterusnya kami berjalan di sekitar kawasan tu sambil bergambar. Di sini juga ada Muzium Yasmin Ahmad dan beberapa muzium lagi. Kena rajin berjalan sikit. Kami dah sampai, tapi ramai orang dan agak panas, kami undur diri lah.
Real frame
Selesai makan dan berjalan di sekitar Plan B, kami check-in di hotel kedua; Hotel Impiana Ipoh. Memang purposely aku ambil hotel yang selesa sikit sebab harini rasa macam nak rehat je. Rating Impiana ni so-so je sebab hotel ni macam old sikit. Tapi pada aku agak selesa. Cuma pihak hotel mungkin boleh perbaiki lagi. Lagipun, bulan madu kami dulu di Impiana Cherating. Jadi kami tau je Impiana macam mana. Masih lebih baik dari hotel lain disekitarnya.
Ni apesal ni?
Di Impiana, kami memang betul-betul rehat je. Tak keluar langsung kecuali makan malam. Itupun asalnya nak makan malam buffet je di hotel, tapi rupanya mereka tak sediakan makan malam buffet. Kami makan malam di 21 Grilled. 

24 Disember 2018 (Isnin)

Tidur pun lena (Nuha pun). Sarapan di Impiana pun sedap. Aku tapau sikit plain porridge dan buah-buahan untuk Nuha. Tepat jam 12 tengahari, kami pun check-out dan terus ke Restoran Simpang 3 untuk makan tengahari. 
Bye bye Impiana!
Manu makanan Padang. Kalau kat KL ni macam Selero Nogori lah. Tapi yang ni lagi sedap dan harga pun lagi berpatutan rasanya. Tempat pun luas dan selesa. Nuha tidur lena betul masa kami makan kat sini.
Dalam perjalanan balik ke KL, kami masuk tol Sungkai untuk makan durian. Gerai durian yang kami singgah ni dekat sangat dengan Nasi Bamboo. Durian kampung, RM10 sekilo. Ya rabbi nikmatnya!
Durian Sungkai RM10 sekilo.
Kami sampai di KL dah dekat jam 6 petang. Masuk je rumah, masing-masing tersadai kepenatan. Tapi inilah adat bermusafir. Walaupun penat, tapi kami gembira sebab dapat tengok tempat orang dan menambah pengalaman. 

Ini adalah percutian pertama Nuha yang kami rancang sendiri. Alhamdulillah dia baik-baik saja. Tips bawa anak kecil berjalan akan aku kongsikan dalam entri lain ya. Tapi aku percaya, jangan pernah anggap anak sebagai beban dan halangan. Kalau dari awal kita dah positif, Insya Allah everything will be okay.  

Next vacation? Kita hold dulu. Suami aku kena kerja setiap hujung minggu untuk beberapa bulan akan datang. Lepas tu Insya Allah kita akan ke mana-mana lagi, ya. Doakan aku tabah dan kuat fizikal dan emosi semasa suami aku bekerja.

Salam sayang
Dhiya

No comments