Bismillah
Pagi ni, aku ternampak ni.
Dipendekkan cerita, aku percaya akak ni seorang pengasuh dan jaga baby dengan gaji bulanan. Katakanlah sebulan satu baby RM350. Mak baby tu potong gaji akak ni separuh sebab mak baby ni tak hantar baby sebab pergi bercuti.
Soalan dia: Patut ke? Wajar ke? Memang macam tu ke?
Aku sebagai parent, jawab TAK PATUT. TAK WAJAR. BUKAN ITU CARANYA.
Ye, aku parent tapi aku sokong akak ni dan tak setuju langsung dengan parent yang potong gaji akak ni atas sebab-sebab berikut:
Potong gaji pengasuh sebab kau tak hantar anak ATAS PILIHAN KAU SENDIRI adalah tidak adil. RM350 tu adalah yuran untuk sebulan. Tak kisah la sebulan tu 22 hari, 26 hari atau 18 hari je kalau ada banyak cuti umum.
Kalau kau kerat separuh macam tu, pengasuh berhak caj anak kau ikut harga hari, which is sehari jatuh RM30.
Konsep dia mudah la. Kau sewa rumah sebulan RM1000. Hari yang kau balik kampung atau pergi bercuti, kau masih kena bayar RM1000 walau kau tak tidur kat rumah tu kan? Ke kau pergi cakap kat tuan rumah: Nak bayar kurang sebab saya tak duduk situ minggu ni? Hah?
Sebenarnya benda ni terjadi dekat pengasuh Nuha. Mama (panggilan untuk pengasuh Nuha) jaga 2 beradik dalam lingkungan 4 dan 2 tahun. Mama pernah mengadu yang mak 2 beradik ni sangat cerewet.
Ada sekali tu, mama ada kecemasan (kematian). Mama bagitahu kat aku pun dah tengah malam. Dalam pukul 12.30 malam. Dia cakap kalau nak tolak gaji pun tak pe (Ini dia yang volunteer suruh tolak tau!) Aku pun ambil je lah EL. Lepas selesai semua, mama ada mesej aku bagitahu; kalau nak surat pengesahan kematian boleh mintak dari dia nanti.
Lama kemudian, dia sempat bersembang (membawang) dengan aku. Dia kata, mak dua beradik tu bising sebab mama ambil cuti. Katanya dia (mak budak tu) dah banyak ambil cuti (yang dia ambil sendiri). Kalau nak kata mama kerap cuti, tak pun. Langsung tak. Dan paling sadis, mak budak tu memang potong gaji mama sampai RM50. Mama cakap dengan aku, kalau kira-kira balik, sebenarnya tak sampai pun RM50 untuk dua beradik tu. Kalau betul pun nak potong, tanya la dulu. Ni main potong je.
Dari sudut pandangan seorang parent, aku lihat mama ni kira macam pekerja dengan gaji bulanan juga lah. Cuma dia bekerja di rumah. Tak ada cubicle, tak pakai baju lawa dan tak duduk depan komputer. Dia dikira bekerja untuk jaga anak aku, gitu. Kan?
Kalau cuti di atas pilihan parent dan parent tak hantar anak ke pengasuh, kau tak boleh buat keputusan sendiri dengan potong gaji pengasuh. Macam situasi kat atas tu lah. Sebab tu aku cakap tak wajar.
Kalau cuti tu datang dari pengasuh, dia sepatutnya akan bagitahu awal. Macam mama, dia jarang ambil cuti kecuali dia ada pergi klinik untuk medical check-up dia. Itu pun sebulan awal dia dah bagitahu aku supaya boleh ambil cuti elok-elok. Cuti kecemasan pula mama setakat ni dua kali je itupun sebab kematian dan dia memang offer tolak gaji.
Tapi aku tak tergamak sungguh nak tolak. Bagi aku, nak tolak takat RM15 sehari tu apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan tenaga dia melayan budak kecil macam Nuha. Kerja dia ni kerja melibatkan nyawa.
Ingat, pengasuh bukan orang gaji atau maid. Mereka ada kelas tersendiri. Aku bersyukur ditemukan mama, di saat banyak cerita tak elok didengar tentang pengasuh. Aku dapat kerja dengan tenang sebab aku tahu Nuha berada dengan orang yang baik.
So parents yang acah-acah over protective tu, I'd advice you to resign and just rise your baby by yourself. Dah jumpa pengasuh yang baik, bersyukurlah. Jangan berkira, jangan cerewet dan jangan ingat kau tuan. Treat babysitter as human, not as your maid. Mama tu, dah seminggu hantar Nuha baru aku tau yang dia anak kepada somebody. Dia dah jenuh kerja di pejabat. Kalau kau pandang rendah kat dia sebelum ni, tak ke malu? So never underestimate people.
Aku harap kakak pengasuh ni bersabar melayan parent ni. Kalau tak tahan, resign je lah. Cari budak lain. Rezeki Allah yang bagi. Manusia ni alat je.
Ummi Nuha
No comments