Bismillah
Nuha dah 6 bulan. Sebagai amak mithali, aku dah mula buatkan solid food untuk dia. Minggu pertama dia makan, aku tak hantar pun makanan tu ke pengasuh. Aku bagi dia makan sekali je sehari, iaitu makan malam dalam pukul 8 macam tu.
Bila dah nak masuk dua minggu, aku baru terhegeh-hegeh fikir macam mana nak hantar makanan Nuha ke pengasuh. Kaji punya kaji- Akhirnya aku setuju yang food jar sangat membantu dan memudahkan urusan makan Nuha di rumah pengasuh.
Sebenarnya boleh je aku letak dalam bekas kecil dan pengasuh akan panaskan bila waktu makan. Tapi aku macam sebolehnya nak mudahkan urusan pengasuh sebab all this while pengasuh Nuha ni sangat baik Alhamdulillah.
Makanya semalam aku ke Parkson dekat dengan pejabat ni untuk misi mencari food jar. Aku aim jenama Thermos atau La Gourmet (too ambitious, harga dia mahal namatieyyy!) Tapi aku optimis kut-kut ada jualan murah hujung tahun ke apa namun hampa. Hahahah!
Tapi aku jumpa food jar jenama Endo ni. Ada juga review cakap heat retention dia not bad. Boleh dipuji. Kebetulan food jar jenama ni ada 20% diskaun, jadi aku teruslah sambar. Warna ada pink dan putih je. Jadi aku ambil yang putih lah. Pink nampak feminine sangat.
Perkenalkan, food jar Nuha, jenama Endo, buatan Jepun dengan kapasiti 500ml. Estimated heat retention: 7 jam (wow!) |
The features
|
Selainnya, food jar ni ada sudu yang dilekat khas pada penutupnya untuk memudahkan kerja. Heat retention pun agak lama dan lepas ni mudahlah urusan Mama untuk beri Nuha makan. Tak perlu nak panaskan makanan. Cedok je, sejukkan sikit dan boleh dimakan. Aku harap ini adalah sedikit usaha aku untuk mudahkan urusan pengasuh Nuha.
Food jar Nuha, amak beli. Nampak tak kaki dia yang tersentil tu? Merayap sampai masuk frame. |
Harga- Jauh lebih murah dari Thermos, RM56.51 je. Itu pun aku dapat 20% diskaun lagi. Tapi masa aku tengok tadi, ada je kombo food jar dan desktop mug jenama Thermos, RM99. Macam nak beli je- Tapi bila fikir balik, aku tak perlu sangat desktop mug tu.
Minggu depan, hantar bubur panas untuk Nuha!
Yeay!
Amak Nuha
UmmiDhiya
No comments