Bismillah
Semalam aku beli moisturizer baru sebab yang Neutrogena tu sudah habis. Moisturizer ni dah lama juga aku aim sebab harga dia boleh tahan mahal. Lagi pula, ianya tak ada dalam pasaran Malaysia. Tapi sebab highly recommended sangat oleh Dr. Ju masa di spa dulu, aku menabung jugalah sejak kecil untuk membelinya.
Moisturizer ni adalah untuk untuk wajah berminyak. It's a water based moisturizer. Setakat ni, aku baru pakai dua kali. Bau memang tak wangi siap ada macam bau ubat lagi. Tapi nak kata busuk pun tak juga. Siapa yang biasa guna produk Cetaphil tahulah macam mana kan. Memang tak ada bau, tapi berkualiti tinggi.
Oh ye. Moisturizer ni ada sunblock sekali. Jadi kalau dah sapu ni, tak perlu lagi letak sunblock. It feels very light dan tak ada kesan berminyak langsung. I'm impressed! Setakat ni aku memang puas hati dengan moisturizer ni dan juga moisturizer Neutrogena. Esok lusa kalau dah tak mampu, aku akan balik semula gunakan Neutrogena. Cetaphil ni memang aku beli sebab nak cuba je memandangkan doktor pun recommend.
So this is my new friend :) |
Tengok struktur dia. Nampak watery (sebab memang water based). Tak likat. Bila diletak pada kulit, rasa ringan je. |
Nak lawa
Mak Nuha
Memang best guna brang Cetaphil ni..
ReplyDelete